44

7.2K 675 88
                                    

"BOLEH kita berhenti kejap? Saya sakit kaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"BOLEH kita berhenti kejap? Saya sakit kaki." Bukan kaki tetapi bahagian bawahnya sakit memandangkan impak tunggangan kuda yang kuat.

Furkan menganggukkan kepala.

"Kau nak air? Aku boleh tolong, kau tunggu sini aku cari air sungai." Lama wajah Humaira diperhati, terbit satu soalan bermain dalam mindanya ketika ini. Kenapa dia baru perasan muka wanita itu penuh dengan lebam dan bekas luka yang sudah kering?

"Awak ada botol ke nak isi air?"

Kepala di gelengkan sambil itu tangannya mencapai beg plastik. "Aku isi dalam plastik." Ditunjukkan plastik tersebut di hadapan Humaira.

"Tak susahkan ke?"

"Kalau menyusahkan, aku tak tanya. Biar kau dahaga sampai esok pagi." Jawapannya membuatkan si wanita tersenyum senget.

"Kau tunggu sini, jangan pergi mana-mana. Kalau ada musuh datang, pandai-pandai kau lah selesaikan. Itu masalah kau bukan masalah aku." Sejurus ayatnya habis, Furkan terus pergi meninggalkan Humaira tanpa mendengar balasan daripada wanita itu.

Pemergian Furkan dipandang sepi, jawapan yang sangat menjengkelkan baginya.

Sekarang dia tak tahu nak buat apa dalam hutan yang gelap. Nak main lampu suluh takut ada cahaya lain yang keluar, kepala di gelengkan. Seram.

Humaira menyuluh di bahagian belakang kudanya kerana terhidu sesuatu yang busuk, mungkin kuda milik arwah walid membuang najis. Sebaik sahaja tubuhnya dipusingkan, kelihatan susuk tubuh seseorang berdiri dalam gelap. Serta-merta bulu romanya berdiri tegak, seluruh badannya pula kesejukan.

Figura seseorang itu melangkah setapak demi setapak menghampiri dirinya. Humaira terus mencapai pedang, bersedia untuk berlawan jika diserang.

"Kau masih berani nak lari lagi?" Suara itu, suara milik..

Qaid.

Dengan sepatas kilat tubuhnya terjatuh dari tunggangan apabila dia ditarik kuat oleh Qaid. Pedang yang berada dalam genggaman turut terlepas dari pegangannya.

"Jangan." Menggigil habis tubuhnya ketika ini. Furkan datanglah cepat! Dia benar-benar dalam ketakutan.

Qaid menolak tubuh Humaira hingga ke batang pokok. Dicengkam pipi wanita itu sekuat hati, semakin membuak-buak perasaan benci kepada Humaira.

"Sakit." Tempat lebam dan luka menjadi sasaran, matanya jelas kelihatan dalam ketakutan.

"Sakit?" Qaid mula ketawa keji. Ini bukan Qaid.

"Jangan Qaid, sa.. saya sakit." Terasa luka pada wajahnya terkoyak apabila dicengkam kuat oleh lelaki itu.

Tangan naik menumbuk dada Qaid sekuat-kuatnya, minta untuk dilepaskan.

Cengkaman pada pipi dilepaskan tetapi tidak lama apabila Qaid bertindak untuk mencekik leher Humaira. Kaki Humaira naik untuk menendang alat sulit milik jejaka itu.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now