40

7.6K 717 193
                                    

🚨WARNING

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🚨WARNING .

TERDAPAT UNSUR KEGANASAN SIAPA YANG TAK BOLEH BACA JANGAN PAKSA DIRI.

GENGGAMAN pada lengan Humaira dilepaskan, menolak wanita itu jauh darinya.

Badan disandarkan pada pintu, tangan naik menyilang rapat ke dada.

"Boleh kau terangkan? Aku nak dengar dari kau."

"Terangkan apa ni?"

Kedengaran Qaid mendecit beberapa kali sebelum mata tajam itu menikam anak matanya.

"Kau tahu atau tak sebenarnya? Ke pura-pura tak tahu?"

"Kalau saya tahu saya cakap, masalahnya saya tak tahu langsung. Kanda balik sini terus suruh saya terangkan." Bukan tak perasan semasa berselisih dengan Adaskhan, lelaki itu memandangnya dengan gaya yang menjengkelkan.

"Susah betul aku nak suruh kau jujur. Memandangkan kau tak tahu, sini aku nak tanya." Dalam tutur katanya sempat dia memerli.

"Kau buat apa sepanjang aku tak ada kat istana?"

"Mana ada buat apa, saya baca buku macam biasa."

"Habis tadi kau pergi mana? Masih lagi nak bohong aku? Dah terang-terang kau keluar dengan lelaki lain kan masa aku tak ada kat istana, kau siap ada lelaki lain belakang aku."

Humaira mengerutkan kening lalu menggeleng, tak faham. "Apa kanda cakap ni? Bila masa saya ada lelaki lain selain kanda? Kanda suami saya buat apa saya nak ada lelaki lain."

Penumbuk digenggam erat, kesabarannya hilang.

"Kau bohong sama aku, Humaira." Keras Qaid bersuara memandang Humaira seperti ingin menelan hidup-hidup, tak puas hati dengan isterinya.

"Betullah saya cakap."

"Kau pergi mana tadi? Aku suruh kau duduk istana. Kau keluar kenapa? Curang belakang aku?"

Humaira terdiam. Sakit sangat kata-kata lelaki itu.

"Kenapa diam? Tak ada alasan nak bagi? Kau berzina dengan lelaki lain belakang aku kan?! Siapa lelaki itu?"

Allah.

Berat sungguh fitnah yang dilemparkan.

"Aku nak jawapan, bukan suruh kau diam! Dah pecah tembelang baru nak diam. Isteri jenis apa kau ni? Nusyuz!" Bergema bilik mereka dengan suara garau Qaid.

"Saya tak berzina dengan lelaki lain."

Wajahnya ditatap tajam oleh Qaid, Humaira menunduk. Pandangan yang dilemparkan kepadanya seolah-olah ingin membunuh. Air mata penuh bertakung, jika dirinya dijerkah sekali lagi pasti air matanya mengalir deras.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now