DEEL & DEEN (B4)

By CutyLyn123

279K 23.4K 4.6K

AYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata... More

Deel & Deen...
Deel & Deen - 1
Deel & Deen - 2
Deel & Deen - 3
Deel & Deen - 4
Deel & Deen - 5
Deel & Deen - 6
Deel & Deen - 7
Deel & Deen - 8
Deel & Deen - 9
Deel & Deen - 10
Deel & Deen - 11
Deel & Deen - 12
Deel & Deen - 13
Deel & Deen - 14
Deel & Deen- 15
Deel & Deen - 16
Deel & Deen 17
Deel & Deen 18
Deel & Deen 19
Deel & Deen 20
Deel & Deen 21
Deel & Deen 23
Deel & Deen 24
Deel & Deen 25
Deel & Deen 26
Deel & Deen 27
Deel & Deen 28
Deel & Deen 29
Deel & Deen 30
Deel & Deen 31
Deel & Deen 32
Deel & Deen 33
Deel & Deen 34
Deel & Deen 35
Deel & Deen 36
Deel & Deen 37
Deel & Deen 38
Deel & Deen 39
Deel & Deen 40
Deel & Deen 41
Deel & Deen 42
Deel & Deen 43
Deel & Deen 44
Deel & Deen 45
Deel & Deen 46
Deel & Deen 47
Deel & Deen 48
Deel & Deen 49
Deel & Deen 50
Deel & Deen 51
Deel & Deen 52
Deel & Deen 53
Deel & Deen 54
Deel & Deen 55
Deel & Deen 56
Deel & Deen 57
Deel & Deen 58
Deel & Deen 59
Epilog
Deen & Qisha - 1❤️
Deen & Qisha - 2❤️
Deen & Qisha - End❤️
Shah & Trisha❤️

Deel & Deen 22

3.3K 299 20
By CutyLyn123

"QISHA!" Setelah penat mengejar Qisha, akhirnya Aydeen membuat keputusan untuk menghalang laluan gadis itu. Hanya kerana seorang Nur Qisha, Aydeen terpaksa mengerah tenaga untuk berlari di awal pagi. Haish.

"Awak nak apa?" Soalnya penuh dingin.

Aydeen menghela nafas.

"Aku nak minta maaf atas kekasaran aku terhadap kau dan aku betul - betul minta maaf sebab cium kau. Aku tak sepatutnya jatuhkan maruah kau depan orang ramai. Maafkan aku".

Qisha diam.

"Weh, dengar tak?"

"Saya dengar, Deen. Tapi tolonglah berhenti mengganggu saya lagi. Saya maafkan awak. Awak jangan tunjuk muka awak depan saya lagi". Pesan Qisha dingin.

"Kau bencikan aku?"

"Saya tak bencikan awak. Saya cuma nak hidup saya bahagia tanpa awak". Tutur Qisha seraya mengatur langkah meninggalkan Aydeen sendirian.

Aydeen menoleh memandang Qisha yang berlalu pergi.

Auch.

Rasa macam plastik sampah pula. Kena buang senang - senang je.

Aydeen menolak lidah ke pipi.

Qisha tak suka dia? Tak apa. Tak apa. Dia akan kacau hati Qisha sehinggakan gadis itu merindukan dia. Heh.

"Hai, Deen!"

"Eh, kakak ipar".

Nayli terkebil - kebil mendengar bicara Aydeen. Kakak ipar? Siapa? Dia ke?

"Ehem. Maksud aku, Nelly. Apa hal?"

"Kau ada nampak Deel tak? Aku cari dia kat library tadi. Tapi, aku masih tak jumpa dia. Kau tahu dia ada di mana? Atau dia masih tak datang lagi?" Soal Nayli perlahan.

"Dia dah datang sekolah. Aku pasti dia ada kat dalam kawasan sekolah ni. Nanti, aku dah jumpa dia... Aku akan lekatkan kau berdua dengan gam gajah". Tutur Aydeen bersama - sama sengihan nakal.

"Gam gajah? Apa yang kau merepek ni, Deen?"

"Abang kembar aku sukakan kau. Takkan kau tak nampak lagi?" Soalan Aydeen membuatkan Nayli terkedu.

Pipi gadis itu mula bertukar rona.

"Comel kau blushing. Tapi, kau bukan taste aku. Jadi, aku pergi dulu. Bye, kakak ipar!" Pamit Aydeen lantas membuka langkah berlalu dari situ.

Aydeen tergelak nakal.

Aydeel sepatutnya ada disitu bersama - sama Nayli. Tentu lebih menyeronokkan jika dia mengusik kedua - duanya sekali!

Aydeen mengatur langkah menuju ke kelasnya.

Ada beberapa orang gadis yang cuba menegurnya tetapi sengaja dia mengendahkan kerana minatnya hanya tertarik pada Qisha sahaja. Tak tahu apa yang menarik pada gadis itu sehinggakan fikirannya langsung tak mampu melupakan Qisha.

Adakah dia sudah mendapat kifarah dari Allah atas dosa yang dia lakukan?

"Deen!" Suara Aydeel yang menyeru membuatkan Aydeen mencari abang kembarnya. Bibirnya mengukirkan senyuman manis tatkala melihat Aydeel melambai mesra ke arahnya. Namun, senyuman itu hilang apabila seraut wajah sinis Shah menjamu ruang matanya.

Saat itu, masa terhenti.

Kenapa musuhnya ada di sini?

+++

HAMPIR semua rakan sekelas mereka memandang aneh ke arah Firash dan Ayeen yang mula tampak janggal. Perkara ini kelihatan sangat pelik. Ayeen takkan pernah menjauhkan diri dari Firash meskipun lelaki itu begitu gengster. Ayeen memang kelihatan sebati dan arif dengan perangai Firash. Tapi kali ini Ayeen tampak enggan mendekati Firash.

"Ayeen..." Tegur Firash lembut.

Namun, gadis itu bertindak menjauhi Firash. Beg berwarna merah jambunya diletakkan di tengah sebagai penghadang antara mereka berdua.

Firash buntu.

Kenapa Ayeen bereaksi begini? Ayeen tak mahu langsung bercakap dengannya malahan gadis itu hanya cuba mengelakkan diri darinya.

Sepasang mata Firash meliar memandang ke seluruh kawasan kelas.

Muiz mengukirkan senyuman sinis padanya.

Memang tak syak lagi. Mesti Muiz melakukan sesuatu kepada Ayeen sehinggakan gadis itu menjadi sebegini!

Firash terus bangun dari tempat duduknya dan dia meluru ke arah Muiz. Kolar baju lelaki itu dicengkamnya kuat. Pandangan Firash mula bertukar bengis.

"Kau beritahu aku. Apa yang kau dah buat pada Ayeen?!" Tengking Firash.

"Aku tak buat apa - apa. Kau kena terima hakikat yang Ayeen dah bencikan kau. Dia tak mahu berkawan dengan kau".

"Tak gun-".

"Rash!" Suara itu. Suara itu mematikan tindakkan Firash yang mahu memukul Muiz.

Firash memerhatikan Ayeen yang mendekatinya.

"Lepaskan Muiz sekarang!" Arah Ayeen tegas.

"Kenapa?" Soal Firash perlahan.

"Tak ada sebab untuk kau pukul dia. Kau lepaskan dia sekarang!"

Firash menghela nafas. Dia melepaskan kolar leher Muiz.

"Ayeen..." Seru Firash lembut.

"Jangan berani buat macam itu dah. Aku tak suka lelaki kasar macam kau. Kau teruk dan mengancam keselamatan aku. Kau berbahaya dan tak terkawal. Muiz jauh lebih baik dari kau!" Kata - kata Ayeen membuatkan Firash menjadi kecewa.

  Muiz tersenyum puas hati.

"Apa kau cakap ni Ayeen?"

Ayeen menahan tangisan.

"Aku benci kau. Jangan kacau aku lagi!" Tutur Ayeen seraya berlari keluar dari kelas. Kendur bahu Firash melihat Ayeen menangis.

Seraut wajah Muiz dipandangnya tajam.

"Aku tahu kau punca Ayeen jadi macam ni. Aku akan cari bukti sampai aku dapat dan sekali aku dapat aku bukti tu, aku akan belasah kau!" Tengking Firash.

Kemudian, Firash terus keluar dari kelas itu. Mencari Ayeen.

Muiz tayang wajah bersahaja.

Ayeen takkan terima kau. Kau perlu terima hakikat tu, Rash.

+++

TAJAM mata Aydeen memanah seraut wajah Shah. Penuh benci.

"Jadi, ini pelajar baju sekolah kita. Dia akan masuk ke kelas yang sama macam kita. Shah, ini adik kembar aku. Namanya, Aydeen Hyraz. Kau boleh panggil dia, Deen. Deen, ini Shah". Terang Aydeel teruja.

Lelaki itu langsung tak perasan ketegangan antara adik kembarnya dengan Shah.

Shah mengukirkan senyuman sinis.

Tangan dihulurkan kepada Aydeen.

"Shah".

"Deen". Aydeen menyambut huluran tangan Shah dan tangan itu digenggamnya sekuat hati.

"Kau orang tunggu kat sini sekejap. Aku nak pergi jumpa pengetua". Pesan Aydeel lantas kembali menghilang ke dalam pejabat.

Aydeen menjauhkan tangannya dari dipegang Shah.

"Apa yang kau buat kat sini?" Soal Aydeen kasar.

"Mudah. Aku nak musnahkan hidup kau kat sini macam kau musnahkan hidup aku kat sana, Deen".

"Kau takkan boleh buat macam tu".

"Malangnya, aku boleh buat macam itu. Mungkin sekarang kau bahagia disanjung tinggi di sekolah ini. Tapi, semua ni hanya sementara sebab tak lama lagi kebahagiaan kau akan musnah macam sampah". Tutur Shah penuh sarkastik.

Aydeen mengetap rahang.

"Kau si-".

"Aku dah selesai!" Suara Aydeel membuatkan Aydeen hanya menelan carutan itu didalam hati.

"Mari Shah. Aku tunjukkan kelas kita". Aydeel menggamit Shah dengan begitu mesra.

Aydeen pasti.

Perkara pertama yang Shah akan lakukan ialah merampas Aydeel darinya. Takkan sesekali dia benarkan perkara itu berlaku.

Aydeel Hyriz hanya abang dia dan Ayeen!

Shah pula harus ditendang keluar dari sekolah ini secepat yang mungkin.

Continue Reading

You'll Also Like

641K 41.3K 131
[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❤️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Be...
50.8K 2.7K 39
[ Book 1] Tiada apa yang sempurna pada diri aku . Aku hanyalah seorang wanita yang biasa . Aku dibesarkan oleh makcik dan pak cik aku kerana kedua...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
185K 8.9K 60
[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima r...