DEEL & DEEN (B4)

By CutyLyn123

280K 23.4K 4.6K

AYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata... More

Deel & Deen...
Deel & Deen - 1
Deel & Deen - 2
Deel & Deen - 3
Deel & Deen - 4
Deel & Deen - 5
Deel & Deen - 6
Deel & Deen - 7
Deel & Deen - 8
Deel & Deen - 9
Deel & Deen - 10
Deel & Deen - 11
Deel & Deen - 12
Deel & Deen - 13
Deel & Deen - 14
Deel & Deen- 15
Deel & Deen - 16
Deel & Deen 17
Deel & Deen 18
Deel & Deen 19
Deel & Deen 21
Deel & Deen 22
Deel & Deen 23
Deel & Deen 24
Deel & Deen 25
Deel & Deen 26
Deel & Deen 27
Deel & Deen 28
Deel & Deen 29
Deel & Deen 30
Deel & Deen 31
Deel & Deen 32
Deel & Deen 33
Deel & Deen 34
Deel & Deen 35
Deel & Deen 36
Deel & Deen 37
Deel & Deen 38
Deel & Deen 39
Deel & Deen 40
Deel & Deen 41
Deel & Deen 42
Deel & Deen 43
Deel & Deen 44
Deel & Deen 45
Deel & Deen 46
Deel & Deen 47
Deel & Deen 48
Deel & Deen 49
Deel & Deen 50
Deel & Deen 51
Deel & Deen 52
Deel & Deen 53
Deel & Deen 54
Deel & Deen 55
Deel & Deen 56
Deel & Deen 57
Deel & Deen 58
Deel & Deen 59
Epilog
Deen & Qisha - 1❤️
Deen & Qisha - 2❤️
Deen & Qisha - End❤️
Shah & Trisha❤️

Deel & Deen 20

3.6K 302 14
By CutyLyn123

AYDEEN menyimpul senyuman sinis tatkala melihat seraut wajah ketakutan Qisha. Seorang demi seorang kawan - kawan Qisha diperhatikannya bersama - sama senyuman penuh memikat. Senjata utama untuk memastikan gadis - gadis itu mematuhi permintaannya tanpa sebarang larangan.

"Perempuan - perempuan yang cantik ni tengah belajar bersama ke?" Soal Aydeen mesra.

"Ah, ya! Kami ulang kaji subjek sejarah". Tukas seorang gadis bersebelahan Qisha. Manakala, Qisha langsung tak berani mahu membalas renungan tajam Aydeen.

Very rude.

"Bagusnya. Sudahlah masing - masing cantik. Pandai dan rajin pula. Beruntunglah lelaki yang dapat kau orang nanti". Pujian Aydeen membuatkan gadis - gadis itu tersipu malu.

Qisha memutarkan bebola matanya.

Jika dah namanya buaya darat selamanya akan menjadi buaya darat!

"Tapi, boleh tak kau orang masuk ke dalam kelas dulu? Aku sebenarnya ada hal penting untuk dibicarakan dengan Qisha. Please?" Soal Aydeen lembut.

"Baik!" Mereka mematuhi arahan Aydeen tanpa sebarang perasaan sangsi. Puas Qisha memujuk kawan - kawannya supaya jangan pergi namun mereka lebih mematuhi permintaan Aydeen berbanding dengan dirinya.

Qisha memandang Aydeen yang mengukir senyuman sinis.

Gadis itu bingkas mengemas bukunya untuk berlalu dari situ. Dia masih ingat pesan abangnya untuk mengelak dari Aydeen. Jadi, dia akan buat kalau itu dapat menjauhkan Aydeen dari dirinya. Namun, lengan Qisha terlebih dahulu ditarik Aydeen dan gadis itu dipaksa duduk semula.

Sepasang mata Aydeen mencerlung tajam wajah Qisha yang mula menikus.

"Aku kata yang aku nak cakap dengan kau kan? Celah mana lagi yang kau tak faham ni?" Tempelak Aydeen.

Qisha diam.

Aydeen memandang seraut wajah Qisha.

"Rajin kau baca buku. Mesti kau budak pandai kan?" Soal Aydeen spontan. Rasa pelik pula bila Qisha tak membalas kutukannya.

Diam.

Aydeen melabuhkan punggung bersebelahan Qisha.

Bicara Aydeen semalam kembali bermain di ruangan mindanya.

"Esok kau minta maaf pada Qisha. Dia nampak aje lembut tapi sebenarnya dia keras hati. Kalau kau berterusan buat dia marah kau takkan kenal Qisha yang sekarang ni".

Aydeen mengemam bibir.

Dia melampau sangat ke?

Dia cuma mahu membalas dendam terhadap Zafir. Jadi, dia gunakan Qisha sebagai alat untuk dia membalas dendam. Malang sekali percaturannya silap kerana semalam mindanya tak mampu lupakan seraut wajah Qisha yang tampak sangat kecewa dengan apa yang telah dilakukannya.

"Aku minta maaf". Ujar Aydeen senafas.

Qisha diam.

Aydeen mengangkat wajah memandang Qisha.

Kenapa perempuan itu diam tanpa jawapan? Dia dah minta maaf. Sekurang - kurangnya, balaslah 'saya dah maafkan awak'. Hmph!

"Kau ignore aku ke perempuan?" Soal Aydeen bengang.

Qisha menjeling Aydeen lantas buku yang dikemasnya tadi bawa rapat ke dada dan dia melangkah meninggalkan Aydeen sendirian.

Aydeen berdecit kasar.

Aku minta maaf, kau jual mahal pula.

Dasar perempuan cetek akal!

+++

SETIAP perlakuan Ayeen diperhatikannya penuh minat. Semua yang dilakukan gadis itu lembut - lembut aje. Tak kiralah sama ada bercakap, bermain, membaca, menulis mahupun makan memang semunya tampak menarik di mata Firash.

"Kau tengok apa?" Soal Ayeen hairan.

Firash tersengih.

"Tengok kau mewarna. Rajin betul kau mewarna". Puji Firash.

Ayeen mengukirkan senyuman nipis.

"Ini Cikgu Zu yang minta aku warna sebab dia nak tampal dalam bilik bahasa. Jadi, kena buat cantik - cantik sebab kita nak beri pada orang". Terang Ayeen lembut.

"Oh, cantik. Kalau apa yang kau warna tu kena tampal dalam bilik bahasa. So, apa kata kau pula aku tampal dalam bilik aku". Cadang Firash bersama - sama sengihan yang cukup nakal.

Mata Ayeen membulat memandang Firash.

"Cakap sekali lagi. Aku bagitahu mama". Ugut Ayeen.

Firash ketawa.

Welk, dia langsung tak takut. Malahan, jika Aunty Reen dan Uncle Zaf sudah tahu perasaannya pada Ayeen tentu sahaja dia akan booking Ayeen terlebih dahulu!

"Rash!" Tiga orang lelaki datang menyepa mereka.

Ayeen hanya fokus mewarna tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Apa hal?" Soal Firash kasar.

"Coach suruh kami panggil kau berlatih bola. Perlawan dah tak lama lagi. Jadi, coach nak kita bersedia". Terang salah seorang daripada tiga lelaki itu.

Firash menghela nafas.

"Ayeen".

"Apa?" Soal Ayeen seraya mengangkat wajah memandang Firash. Kemudian, gadis itu turut memandang ketiga - tiga orang lelaki yang sedang tersengih memandangnya.

"Mata kau orang tu nak kena korek ke?" Sergah Firash kasar.

Mereka mengalihkan mata dari terus memandang Ayeen. Masing - masing berpura - pura berdehem.

"Aku nak berlatih. Kau nak ikut? Senang aku nak jaga kau kalau kau ada dekat dengan aku". Ujar Firash.

Ayeen mengemam bibir.

"Tak naklah, Rash. Tempat kau berlatih tu ramai lelaki. Lebih baik aku duduk dalam kelas dan mewarna". Bidas Ayeen mudah.

"Kau boleh mewarna masa tunggu aku".

"Tak nak". Penolakkan Ayeen membuatkan Firash menghela nafas.

Seorang Ayeen Hazreen kadang kala amat susah untuk dipujuk sehinggakan Firash terpaksa mengangkat bendera putih.

"Macam inilah. Aku pergi latihan sekejap. Kau duduk dalam kelas diam - diam sampai aku datang semula. Kau faham?"

"Okey".

Firash meletakkan topi yang dipakainya di atas kepala Ayeen lantas dia berlalu pergi bersama - sama tiga orang lelaki itu menuju ke arah padang sekolah. Ayeen menghela nafas lembut.

Buat yang terbaik, Rash.

"Ayeen!"

Pandangan Ayeen beralih ke arah Muiz yang sedang melambai ke arahnya. Kening gadis itu mula bertaut tatkala melihat Muiz mengorak langkah mendekatinya.

"Ada apa, Muiz?" Soal Ayeen lembut.

"Saya nak Ayeen tunaikan janji untuk ikut saya. Hari tu Ayeen batalkan janji sebab Ayeen risaukan Rash. Hari ni Ayeen mesti tunaikan janji".

Ayeen mengemam bibir.

"Tapi, Rash suruh saya duduk dalam kelas sampai dia balik. Nanti Rsh cari saya". Balas Ayeen serba salah.

"Ayeen jangan nak gunakan Rash untuk memungkiri janji. Ayeen dah janji dengan Muiz. Jadi, Ayeen tunaikan janji Ayeen!" Bentak Muiz tegas.

"Baiklah, saya ikut". Akurnya.

Sebenarnya, Ayeen tak mahu Muiz menimbulkan kekecohan. Ayeen takut Firash akan melenting jika melihat Muiz mengganggunya.

Muiz sembunyi senyum tatkala melihat Ayeen bangun.

"Kita pergi sekejap aje kan?"

"Ya".

Ayeen mengemam bibir.

Minta maaf, Rash. Aku pergi sekejap aje.

+++

"KAU dah semak ke rekod pelajar datang lewat Nelly? Aku nak beri pada Ustaz Razli". Ujar Aydeel seraya membuka langkah mendekati Nayli yang sedang menyusun file.

"Rekod pelajar datang lewat? Bukan kau suruh Fir yang tolong semakkan ke?" Soal Nayli hairan.

Aydeel terdiam.

Sepasang matanya meliar memerhatikan Zafir dan Firdaus yang sedang fokus memeriksa rekod disiplin pelajar.

"Aku tukar fikiran. Aku nak kau tolong semakkan".

"Baiklah". Akurnya.

Aydeel cuba mengawal perasaan berdebarnya apabila Nayli merapatkan jarak mereka berdua.

Dub..

Dab...

"Deel?" Soal Nayli hairan.

Aydeel cuba menahan wajahnya yang semakin menghangat tatkala sepasang mata Nayli memandang seraut wajahnya. Sepasang mata bulat Nayli itu cukup cantik membuatkan Aydeel pantas mengalihkan pandangan ke arah buku rekod kehadiran pelajar ke sekolah..

Rekod yang dicatat oleh pengawas yang bertugas menjaga pagar.

"Jadi, kau nampak kan bilangan pelajar yang datang lewat semakin meningkat semenjak akhir - akhir ni?" Soal Aydeel.

Nayli mengangguk faham.

"Kau rasa kita patut buat perjumpaan pengawas?"

"Aku rasa kita mesti buat sebab perkara ni tak boleh dibiarkan. Walaupun nampak remeh tapi reputasi sekolah kita akan merosot". Bidas Nayli penuh yakin.

Aydeel menyimpulkan senyuman nipis.

"Kalau macam itu kau beritahu Ustaz Razli. Aku nak semak file yang lain".

"Jaga diri". Pesan Nayli risau.

Aydeel mengukir senyuman nipis.

"InsyaAllah".

Nayli tersenyum manis pada Aydeel lantas dia berlalu meninggalkan Aydeel sendirian.

Aydeel meletakkan rekod yang dibeleknya tadi di atas meja. Nafas dihela perlahan.

Allahu...

Dia memang dah jatuh cinta dengan Nayli.

Apa yang dia hendak buat sekarang ni?

Continue Reading

You'll Also Like

300K 12.1K 103
Tengku Nur Iruna . Seorang gadis yang dingin , perahsia tapi mempunyai perangai yang berjenis, Kejap kejam kejap kasar kejap ayu. Razeen , Adryan...
2.8K 240 36
Embun Adawiyah&Faid Qashaf Arjuna Si gadis yang telah putus asa untuk meneruskan hidup tapi takdir menemukannya dengan seorang jejaka yang hadir untu...
52.9K 2K 59
[ ON-GOING ] a story about Princess Dania 🦋 . [ ROMANCE + ACTION ] . TENGKU DANIA MALAIKA - Namanya dikenali ramai. Kekayaannya menjadi sebutan. K...
74.8K 3.8K 78
Karya ketiga akbnea 🅒︎🅞︎🅜︎🅟︎🅛︎🅔︎🅣︎🅔︎ Masih belum bahagia sepenuhnya dengan dendam yang masih belum dilangsaikan? Masih ada lagi yang berden...