SEBAL hati lelakinya apabila memikirkan tindakan Aydeel yang lebih menangkan kawan - kawan berbanding adik sendiri. Salahkah dia ingin berang atas kecuaian kawan - kawan abangnya?
Aydeen berdecit geram.
Apa yang dia sedang fikirkan ni? Sejak bila dia sibuk mahu mengambil tahu tentang Aydeel? Dia bukan sukakan abangnya pun. Ya, dia sangat bencikan abangnya!
Langkah Aydeen mati apabila belakang tubuhnya terasa basah. Rahangnya mengeras dan dia berpaling untuk melihat gerangan manusia yang berani mengotorkan bajunya. Selama dia bersekolah, belum pernah lagi mana - mana manusia yang berani mengotorkan bajunya.
“Ya Allah, baju awak dah kotor! Saya minta maaf. Saya tak sengaja”. Kalut gadis yang manis bertudung itu memohon maaf. Gerun dia jadinya apabila melihat muka bengis lelaki di hadapannya. Menakutkan!
“Eh perempuan, kau ni jalan pakai mata atau lutut? Jalan tengok depanlah! Buta ke apa?!” Cemuh Aydeen.
Perkataan maaf yang di ucapkan oleh si gadis seketika tadi dibiarkan bagai angin lalu.
Hatinya cukup kebal dengan perkataan maaf. Dia sememangnya sudah muak dengan ayat itu.
“Saya betul - betul tak sengaja. Sumpah!”
Aydeen ketawa sinis.
“Kau pasti ke tak sengaja? Ataupun kau memang sengaja. Perempuan macam kau ni tentu akan buat apa - apa sahaja untuk dapatkan perhatian aku kan? Dasar murahan”. Hina Aydeen lagi.
Baginya, perempuan hanya layak di jadikan alas kaki. Dia tak perlukan perempuan untuk berdiri di sisinya.
Terkebil - kebil si gadis itu memandang seraut wajah kacak milik Aydeen. Tak faham dengan bicara angkuh lelaki itu.
Perasan sungguh. Bila masa pula dia acah - acah tersadung dan mencampak air kepada lelaki itu? Memang tak terniat langsung pun. Tak pernah walaupun sepintas lalu.
“Saya betul - betul minta maaf. Maafkan saya”. Ujarnya perlahan.
Kata abangnya, minta maaf sajalah. Tak kira sama ada betul ataupun salah. Menjadi orang yang pertama meminta maaf, bukan bererti hina. Malahan, tampak hebat kerana telah berjaya merendahkan ego sendiri.
Aydeen tersenyum senget.
“Kau ingat perkataan maaf tu boleh buat baju aku ni bersih semula ke?”
Si gadis mengetap bibir.
Dia bukannya seorang gadis yang sangat - sangat penyabar. Tak mustahil jikalau berlama - lamaan dengan lelaki yang kurang ajar seperti Aydeen, terlepas juga penampar sulungnya.
“Eh, kau dengar sini. Lain kali... jalan tu guna mata! Muka tu dah lah buruk. Jangan jadi buta pula!” Hambur Aydeen.
Seronok dia apabila melihat wajah gadis di hadapannya sudah bertukar merah. Marah. Sudah lama dia tidak bertengkar sejak keluar dari sekolah lamanya.
“Suka hati awaklah. Saya dah cakap saya minta maaf. Saya tak sengaja. Jadi, saya rasa tak perlu kut sampai awak nak menghina saya!”
“Suka hati aku lah. Kau memang buta pun. Dasar perempuan buruk”, Selamba sahaja Aydeen bertutur tanpa menghiraukan perasaan gadis itu. Apa yang penting, hatinya puas.
Sabar Qisha... Sabar.
Sedaya - upaya Qisha cuba memujuk hatinya daripada memberi penampar sulung pada Aydeen. Dia memang tidak teragak - agak untuk membuatkan mulut lelaki itu senget hanya kerana bicara sinis lelaki itu.
“Siapa nama kau, perempuan?” Soal Aydeen sambil tangannya mula naik menyentuh bahu kiri Qisha.
Laju saja Qisha menepis.
“Apa sentuh - sentuh ni? Awak memang suka sentuh khinzir ke apa?” Soal Qisha geram.
“Aku tanya nama kau. Tapi kau pekak!”
“Qisha. Nama saya Nur Qisha”. Dalam rasa geram yang bertimpa - timpa terhadap Aydeen, dia tetap juga menjawab soalan lelaki itu.
“Qisha? Jadi, kau dengar sini baik - baik. Mulai hari ini, aku akan sentiasa mencari kau. Sebab kau dah kotorkan baju aku. Kau kena dengar cakap aku!”
Dengar cakap Aydeen?
“Awak ingat saya ni hamba awak ke?”
Ini tak boleh jadi. Dia pasti lelaki itu mahu membalas dendam!
“Mampuslah. Kau tu buruk. Hodoh. Pekak. Buta pula tu. Memang sesuai jadi hamba aku. Semat dalam kepala otak kau. Aku akan cari kau setiap hari!” Tutur Aydeen tegas. Lantas dia beredar meninggalkan Qisha terkulat - kulat seorang diri.
Puas hatinya apabila dapat melihat gadis itu hampir menangis.
Aydeen tersenyum sinis.
Padan muka!
MEREKA berpandangan sesama sendiri. Masing - masing mengunci bibir tatkala melihat Aydeel yang tampak gundah sedari tadi. Lelaki itu tidak ubah seperti cacing kepanasan.
Berkali - kali Nayli menggaru dahi apabila Firdaus dan Zafir tak lelah menghantar isyarat mata kepadanya agar dia memujuk Aydeel. Hendak menolak dan kata tidak mahu, dia risau semua pelajar di dalam kelas memandang aneh kepadanya. Tapi, jika hendak di bandingkan dengan memujuk Aydeel... itu mungkin akan menjadi sedikit rumit.
Bunyi kerusi bergesel dengan lantai kelas secara automatik mengalih tumpuan semua pelajar ke arah Aydeel.
Nayli kemam bibir apabila melihat Firdaus dan Zafir masih tak henti menggesanya.
Bismillah di ucapkan perlahan di dalam hati. Kemudiannya...
“Kau nak pergi ke mana?” Tegur Nayli dengan suara tenang.
“Aku nak keluar cari Deen. Dah setengah jam dia tak balik kelas. Mesti dia marah dengan aku”, Balas Aydeel lembut.
Firdaus dan Zafir mencebik. Manakala, Nayli menghela nafas perlahan.
“Bagi masa untuk dia pulang lagi setengah jam, tak boleh ke?”
Lambat Aydeel menggeleng.
Baginya, Aydeen itu satu amanah kepadanya. Apatah lagi dia sudah menabur janji pada papanya untuk mengubah Aydeen menjadi seperti adik kembarnya yang dulu dan tidaklah seliar ini.
“Tapi Deel, kau ingat tak Aunty Reen pesan apa pada kau?” Celah Firdaus. Ini tidak boleh jadi. Memang habis mereka kalau apa - apa teradi terhadap Aydeel. Sudahlah ibu kepada lelaki itu garangnya mengalahkan singa.
Aydeel tersenyum nipis.
“Aku boleh jaga diri. Jangan risau”, Jawapan itu terus sahaja menggusarkan tiga sahabat itu. Masing - masing buntu bila Aydeel tangkas sungguh meraih alasan.
“Kalau macam tu, aku temankan kau pergi cari Deen”. Suara Nayli membuatkan tiga lelaki itu terdiam memandang wajah bertekad Nayli. Jarang sungguh gadis itu mahu jadi sebegini rupa.
“Nelly...”
“Kalau kau berdegil juga mahu mencari Deen, aku nak ikut. Sekurang - kurangnya aku ada untuk bantu kau andai sesuatu terjadi”, Bicara Nayli itu secara magisnya dapat mengunci bibir Aydeel dari terus berkata tidak.
Tanpa membuang masa, kepala di angguk perlahan.
Aydeel redha. Lawan cakap Nayli pun tak ada gunanya.
Bak kata pepatah, girl’s always right!
DIAM Ayreena memerhati seorang lelaki di sebalik jendela ruang tamu. Aneh sungguh, lelaki itu tidak berhenti dari mengunjungi rumah mereka dan menjenguk - jenguk seakan mencari sesuatu. Hatinya langsung sahaja gusar tatkala memikirkan kemungkinan suaminya bakal menjadi mangsa jika benar lelaki berhud itu punya niat jahat.
“Sayang...”
Suara Harraz membuatkan Ayreena lekas sahaja menoleh memandang wajah suaminya. Bibir nipisnya mengukir senyuman tawar.
“Sayang tengok apa kat luar tu?” Soal Harraz lembut.
“Tak ada apa - apa”, Tukas Ayreena bersama senyuman hambar. Matanya menjeling sekilas jendela untuk melihat kelibat lelaki berhud tadi. Seperti yang di jangka, lelaki itu tiada.
Harraz mengerutkan dahinya.
Separuh hatinya mahu mempercayai isterinya dan separuh lagi tidak.
“Kenapa abang cari sayang?” Tak mahu Harraz terus mempersoalkan kelakuannya tadi, Ayreena lekas sahaja memaut pinggang si suami membuatkan Harraz tersenyum senang. Seronok di perlaku begitu.
“Esok abang kena masuk kerja. Kes banyak sangat. Abang nak minta cuti tapi Syafie tak bagi”, Terang Harraz.
Rambut Ayreena yang terjuntai di selitnya ke belakang telinga. Kemudiannya, bibirnya melekap lembut pada pipi mulus si isterinya. Lama.
Ayreena tersengih.
“Abang ikut ajelah cakap Abang Syaf. Lagipun tak patut juga abang cuti lama - lama”,
“Kalau abang pergi kerja, siapa yang nak jagakan sayang? Tengok - tengokkan sayang? Kalau dulu abang nak minta Dian, memang boleh. Tapi sekarang dia dah kahwin. Anak - anak kita pula dah makin besar. Abang risau tau nak biar sayang tinggal seorang diri di rumah. Kalau jadi apa - apa macam mana?” Berjela - jela ayat Harraz membuatkan Ayreena hanya mampu menahan senyum.
Overthinking. Sifat suaminya yang satu ini memang langsung tidak pernah pudar meskipun umur mereka semakin meningkat.
“Abang...”
“Apa? Sayang jangan mengada - ngada kata boleh jaga diri dan nak tinggal seorang diri. Abang takkan benarkan”, Awal - awal lagi Harraz sudah memberikan amaran.
“Tak lah. Sayang cuma nak beritahu esok anak - anak kita cuti sekolah. Jadi, sayang tak lah takut tinggal seorang di rumah”, Bicara Ayreena membuatkan Harraz terkaku beberapa saat.
Matanya terkedip - kedip.
“Anak - anak kita cuti?” Soal Harraz semula.
Ayreena mengangguk laju.
Harraz tersengih kecil.
Buat penat ajelah dia risaukan isterinya merengek untuk tinggal seorang diri. Sudahlah dia lemah benar dengan rayuan isterinya.
“So, esok abang masuk kerja semula ya?” Pujuk Ayreena lagi.
Harraz mengeluh.
“Berat hati lah. Nanti baby rindu abang, macam mana?” Soal Harraz manja. Bibirnya di gesel lembut pada batang leher Ayreena membuatkan isterinya itu mengeliat geli. Jari - jemari runcing itu berterusan menolak lembut wajah si suami yang semakin nakal mengganggunya.
“Baby rindu nanti... mama dia akan call papanya”.
“Tapi sayang...” Harraz masih tak mahu mengalah.
Jika boleh, dia tak mahu langsung berenggang dengan isterinya. Mahu sahaja dia membawa isterinya sekali pergi ke tempat kerja. Namun, apabila memikirkan situasi pekerjaannya bukanlah sesuai untuk di kunjungi oleh wanita mengandung seperti isterinya... mahu atau tidak dia terpaksa biarkan isterinya duduk di rumah.
“No buts, abang. Kerja okey? Demi sayang dan anak - anak kita”.
“Fine. Abang akan pergi kerja esok. Cuma pastikan sayang tak buat kerja yang berat - berat. Abang tak nak apa - apa jadi pada sayang”, Pesan Harraz.
Ayreena hanya mengangguk.
Harraz tersengih. Dagu isterinya di raih lalu kucupan nipis singgah pada dahi isterinya.
“Jom makan”, Ajak Harraz.
“Baby kata dia nak dukung”, Rengekkan manja Ayreena mengundang ketawa Harraz.
“Baby atau mama dia?”
“Dua - dua. Mama pun nak juga papa dia dukung”, Balas Ayreena.
Tidak berkata banyak, terus sahaja tubuh genit isterinya di cempung seraya membuka langkah menuju ke dapur.
Bagi Harraz, bila Ayreena bermanja - manja dengannya... itu adalah satu peluang yang harus di manfaatkan. Apatah lagi isterinya itu jarang mahu bermanja.
SEBAIK sahaja mendengar bunyi loceng berdering dengan begitu lantang, semua pelajar berpusu - pusu keluar dari kawasan sekolah untuk pulang ke rumah masing - masing.
Sesudah Ayeen mengemas barangan milik Firash, beg sekolah lelaki itu di peluknya erat. Sebagai mana amanah yang di berikan oleh Firash. Beg lelaki itu harus di jaga.
Ayeen menguntum senyuman sambil menapak mendekati Muiz yang sudah berura mahu pulang. Anehnya, muka Muiz masam saja sejak bertemu Firash tadi. Entah apa yang Firash katakan sehingga Muiz marah sebegitu.
“Muiz okey?” Soal Ayeen lembut.
Muiz diam.
Namun matanya merenung wajah cantik milik Ayeen. Bibirnya terkunci rapat.
Rasa amarah di dalam hatinya bagaikan di tiup - tiup untuk lebih membara tatkala fikirannya kembali mengimbas kata - kata Firash seketika tadi. Sakit betul hati dia!
“Muiz...”
“Ayeen boleh berhenti ganggu Muiz tak?!” Herdikan Muiz membuatkan Ayeen tersentak. Spontan gadis itu terundur selangkah. Matanya tampak berkaca - kaca.
“Apa salah Ayeen?” Soal Ayeen perlahan.
Lama juga Muiz merenung Ayeen. Tanpa sebarang pamitan, terus sahaja dia beredar dari situ meninggalkan Ayeen sendirian.
Ayeen terdiam sendiri. Bingung.
Dia tidak mengerti mengapa Muiz betul - betul marah pada dirinya. Apa yang telah Firash lakukan sehingga perilaku Muiz berubah secara drastik? Setahu dia, Muiz bukanlah lelaki kasar sebegitu.
Ayeen menghela nafas.
Dalam hati, dia memujuk perkataan sabar. Dia perlu tahu ini adalah satu dugaan buat dirinya. Kelak, ada kemanisan yang terselit di hujung kepahitan itu.
Mendengar derap tapak kaki yang menghampiri kelas, Ayeen lekas sahaja menyeka air matanya. Beg milik Firash dipeluk erat bersama senyuman manis. Senyuman itu bertambah lebar apabila wajah Firash menyapa matanya.
“Kau tak balik lagi?”
“Belum. Aku sengaja tunggu kau”. Balas Ayeen. Beg hitam milik Firash terus sahaja di suakan kepada pemiliknya itu.
“Kau ni Ayeen...” Firash simpul senyum.
Seronok pula dia dengan perangai Ayeen yang satu ini. Bukan dia tak tahu yang gadis itu takut untuk pulang sendiri gara - gara kerap di ganggu oleh insan yang bergelar lelaki.
“Aku apa? Jangan nak tuduh bukan - bukan ya... aku tunggu kau pun sebab abang tak bagi aku keluar seorang”.
Firash tergelak.
Beg hitamnya di galas. Lantas buku milik Ayeen di capai.
“Jom balik”.
“Eh, buku aku tu”, Berkerut - kerut dahi Ayeen tatkala melihat bukunya sudah selamat di dalam pelukan Firash.
“No worry. Biar aku je yang tolong bawakan buku ni untuk kau”. Bicara Firash yang diakhiri dengan kenyitan mata, mengundang rasa malu Ayeen. Segan pula gadis itu bila melihat Firash bereaksi nakal sebegini.
Boleh sesak nafasnya!