"BABE..." Shah ukir senyuman miang sambil melangkah mendekati Trisha yang seringkali menayangkan wajah sombong apabila bersua. Seperti tidak mahu bertemu dengan dirinya.
"Shah, jangan kacau I. I rimas", Rungut Trisha. Wajah Shah ditolak menjauhinya.
"You ni kenapa hah? Asyik - asyik tolak I. Sebelum ni tak ada pun. Lepas jantan sial tu keluar dari sekolah ni, terus you berubah. Mengelak dari I!" Herdik Shah. Wajahnya membengis. Marah.
"I tak suka dengan perangai you ni. Suka memaksa", Gumam Trisha perlahan. Mata menjeling wajah Shah sekilas.
Shah tidak seperti Aydeen yang selalu menolak tatkala dia ingin menyerah diri. Shah lebih kepada sejenis lelaki yang memaksa untuk melakukan 'hubungan'. Itu yang menjadikan Aydeen berbeza dari Shah. Pakej pula, Aydeen sepuluh kali ganda jauh lebih kacak dari setiap senior mereka dan Shah sendiri.
"I memaksa? Oh, you tu apa? Betina jalang? Padanlah Deen suka panggil you pelacur. Memang kena dengan perangai you pun!" Hambur Shah. Dia ketawa sinis tatkala melihat wajah Trisha yang sudah merah padam.
Biar gadis itu rasakan sakit hati seperti perasaannya tika ini.
Memang dasar perempuan murah. Tak kenang budi!
"I benci you!" Jerit Trisha. Tanpa pamitan dia berlalu dari situ meninggalkan Shah sendirian. Memang tidaklah selepas ini dia mahu berhubung dengan Shah. Memiliki Aydeen, jauh lebih baik dari segala - galanya!
Shah merengus geram.
Kerusi batu yang terletak elok dihadapannya, menjadi mangsa tendangan untuk melepaskan geram.
Penumbuk dikepal. Rahangnya mengeras.
"Aku akan pastikan hidup kau merana, Deen. Aku akan buat kau rasa menyesal sebab cari pasal dengan aku". Tekad Shah. Penuh dendam.
KACA televisyen yang memaparkan siaran, langsung tidak menarik minatnya. Televisyen itu direnungnya kosong. Fikirannya tak ubah bagaikan pita rakaman rosak yang seringkali mengulang tayang figura lelaki berhoodie itu.
Siapa lelaki itu?!
Ayreena mengeluh kecil. Wajah diraup berkali - kali. Gusar, buntu dan risau.
Pada masa yang sama, dia takut. Takut jikalau lelaki itu punya motif buruk terhadap keluarganya. Justeru itu, bagaimana dia mampu mempertahankan keluarganya andai kata sejarah hitamnya terukir kembali?
"Sayang, kenapa ni?" Tatkala suara garau itu menyapa, Ayreena ukir senyuman hambar.
"Tak ada apa - apa". Balasnya.
Tangannya naik membelai rambut si suami apabila kepala si suami selamba saja direbahkan di atas pehanya.
"Ya ke? Muka macam risau je".
Ayreena tersenyum kelat.
Anak rambut yang terjuntai di dahi Harraz diraupnya lembut. Sesekali bibir halusnya mengucup dahi Harraz buat Harraz ukir senyuman manis. Dagu Ayreena dicuitnya lembut.
"Sayang sorokkan sesuatu dari abang. Beritahulah. Kata tak ada rahsia antara kita". Ungkit Harraz. Wajah manja sengaja di tayang. Mahu memujuk.
Ayreena diam.
Jarinya mengusap lembut pipi milik si suami. Hiba rasa hatinya apabila anak mata Harraz memanah tepat wajahnya. Tulus, polos dan ikhlas.
"Sayang...", Harraz menangkap lembut tangan Ayreena. Lalu tangan comel itu di bawa pada dada kirinya. Digenggam erat.
Dia bukan mengenali Ayreena sehari dua. Bahkan sudah bertahun - tahun lamanya. Setiap tingkah si isteri memang semuanya sudah tersemat dalam fikirannya. Apatah lagi perasaan gusar yang cuba disembunyikan si isteri. Dengan mudah saja dia dapat mengenalpasti.
Setitis air mata jatuh mengena pada pipi kanan Harraz buat Harraz terus berkerut risau. Lekas saja dia bangun dari pembaringan lalu tubuh si isteri di tarik merapati tubuhnya.
"Kenapa ni? Deen buat sayang sedih lagi? Ada sesiapa buli sayang? Syafie mengusik sayang atau ada orang ganggu sayang? Beritahu abang. Biar abang tumbuk dia", Bertubi - tubi soalan yang dilemparkan Harraz.
Namun sepatah pun tidak dijawab sebaliknya hanya dibalas gelengan.
"Sayang, jangan buat abang risau". Rungut Harraz. Berkerut - kerut dahinya. Bahu Ayreena ditarik agar menghadapnya. Bertambah - tambah perasaan risaunya apabila esakkan si isteri makin kuat.
Kenapa dengan Ayreena?
"Baby, baby buat mama sedih ya? Kan papa kata duduk diam - diam. Jangan noty - noty dengan mama", Tak pasal - pasal, bayi yang dikandung pula menjadi tuduhan. Lembut tangan kekar Harraz mengusap perut nipis itu.
"Tengok, mama menangis. Baby tak kesian kat papa ke? Pujuk mama balik. Kalau tak nanti papa gigit - gigit baby", Tokok Harraz lagi. Berbual bersendirian seolah - olah anak yang dikandung si isteri itu mampu berbicara dengannya.
Harraz mengeluh halus tatkala tangisan Ayreena masih belum reda.
Dia ada buat salah ke dengan isterinya?
"Sayang marah abang ya? Abang minta maaf". Kata Harraz perlahan. Air mata yang membasahi wajah jelita isterinya di seka menggunakan jari kasarnya.
Ayreena menggeleng sebagai tanda bukan salah si suami.
"Habis kenapa ni?"
"Sayang takut". Dalam tersedu - sedan, Ayreena memberitahu juga pada si suami.
"Kenapa? Kenapa sayang takut? Ada jantan gatal mengorat sayang?" Soal Harraz sambil memandang wajah si isteri. Rahang diketap. Memikirkan itu, perasaan cemburu Harraz mula meluap - luap. Nak rampas isterinya? Langkah mayat dia dulu!
"Abang, abang jujur dengan sayang. Abang ada sorokkan apa - apa dari sayang ke?" Soal Ayreena perlahan. Air matanya di seka.
Laju Harraz menggeleng.
Lepas terjadinya kes dulu, memang tak lah dia nak buat lagi. Semua dia cerita pada isterinya. Lagipula, sejak akhir - akhir ni dia makin berisi. Manalah ada perempuan nak kat dia dah. Pipi tembam kalah shinchan bak kata Harriz.
"Abang jangan tinggalkan sayang. Anak - anak kita kecil lagi. Semua perlukan abang. Sayang pun perlukan abang", Kata Ayreena. Tangan kekar Harraz yang melekap pada perutnya di ambil lalu ditekup pada pipinya. Air mata kembali menitis.
Sungguh, dia takut kalau - kalau lelaki itu punya niat buruk pada suaminya. Apatah lagi banyak kes yang melibatkan pembunuhan yang perlu suaminya selesaikan.
"Sayang... kenapa cakap macam ni? Hey, abang takkan tinggalkan sayang sampai akhir nafas abang. Abang janji", Lembut suara Harraz memujuk. Ikhlas senyuman diukir buat si isteri.
Datanglah miss universe sekali pun, dia tetap pilih Ayreena dan takkan berubah sampai bila - bila.
"Sayang nampak seorang lelaki pakai hoodie masa sayang tengah sidai baju. Sayang takut, dia aim abang. Sayang risau kalau - kalau lelaki tu penjahat", Kata Ayreena tulus. Sekali lagi tangisnya terhambur.
Harraz tersenyum hambar.
Tubuh Ayreena terus ditarik ke dalam pelukan lalu pelipis si isteri dikucupnya penuh kasih.
"Selagi kepercayaan sayang ada untuk abang, insyaAllah segalanya akan baik - baik aje". Bisik Harraz perlahan. Namun cukup untuk didengari Ayreena.
PADANG yang masih basah dek hujan semalam langsung tidak mencacatkan kelincahan kedua - dua pasukan di padang. Sama - sama hebat. Sama - sama cekap.
Ayeen hanya duduk bersandar pada tiang garaj basikal sambil tangannya memeluk erat beg milik Firash. Mata tidak lepas memerhati Firash yang berbaju jersey merah bernombor 10 menggelecek bola. Bibir diketap. Risau.
"Kusyuknya dia", Tegur Muiz tatkala dia melabuhkan duduk di sisi Ayeen. Lama sudah dia memerhati tindak - tanduk Ayeen. Mata bulat itu langsung tidak lepas memandang Firash yang beraksi di padang.
"Tu risau tengok Rash", Balas Ayeen. Pandangan kembali dilemparkan kepada Firash yang nampak cekap di padang.
"Risau? Kenapa pula Ayeen nak risau? Muiz tengok Rash cekap je", Dalam diam Muiz menjuih bibir melihat pandangan Ayeen.
Sayang sangatkah Ayeen pada Firash?
"Cuba Muiz tengok Firash betul - betul. Cara dia jalan tu pelik sikit kan?" Soal Ayeen lembut. Sekilas wajah kehairanan Muiz di pandang dan kemudiannya dia lemparkan kembali pandangannya kepada Firash.
"Haah, nampak macam terhijut sikit kaki dia. Kenapa?" Soal Muiz lagi. Tidak disangka pula selama ini dia menganggap Firash sempurna dalam segala hal. Tapi sebenarnya, ada sedikit kecacatan yang tersembunyi.
"Rash tu dulu, dia macam inilah. Suka sangat bermain bola. Sampai satu tahap, tulang kaki dia cedera sebab kena sabotaj dari pihak lawan". Kata Ayeen bersama keluhan kecil. Wajahnya sayu.
Firash memang degil. Berkali - kali dia tegah tidak mahu Firash bermain lagi tapi Firash degil.
Muiz terdiam.
"Sekarang tak sakit ke?" Soal Muiz lagi. Entah kenapa dia rasa berminat pula ingin mengetahui rahsia terbesar Firash memandangkan Firash juga bukannya suka kepadanya.
"Ayeen tak tahulah Muiz. Ayeen risau tengok Rash. Takut dia cedera macam hari tu. Masa tu, Allah je tahu perasaan Ayeen", Kata Ayeen lagi. Bibir mula tercebik - cebik mahu menangis.
Salahnya juga kerana memberikan cabaran kepada Firash untuk membawa pulang piala sebagai buktinya. Jikalau dia tidak bertindak sebegitu, pastinya Firash takkan tercedera.
"Ayeen, janganlah nangis". Pujuk Muiz lembut. Perlahan tangan dibawa untuk mengesat wajah Ayeen.
"Semua salah Ayeen. Kalau Ayeen tak buat macam tu mesti... mesti Rash tak cedera". Teresak - esak Ayeen menangis. Dia tak pernah berhenti dari menyalahkan dirinya. Alangkah bagusnya kalau dia tak ada, pasti Firash takkan cedera!
"Ayeen janganlah macam ni. Ayeen tak salah". Lembut Pujukan Muiz. Tangannya bermain peranan mengelap lembut pipi kemerahan Ayeen yang bersisa air mata.
Jujur, Ayeen memang nampak cantik tika menangis. Pipi dan hidung yang memerah serta bulu mata yang basah dek air mata.... buat Muiz sendiri tak berhenti mahu memuji kecantikkan Ayeen. Untungnya dia kalau punya Ayeen.
"Kalau Ayeen tak ada mesti Rash takkan sakit". Teresedu - sedan Ayeen masih menambah.
"Muiz ada ni dengan Ayeen", Pujuk Muiz. Tangan kecil Ayeen di sentuhnya lembut.
"Kau buat apa kat Ayeen. Hah, sial?!" Mahu tercekik leher Muiz dek kolar bajunya di tarik kasar oleh lelaki itu. Wajah Firash bengang benar melihat air mata yang membasahi wajah Ayeen.
"Le... lepas...", Tangan Firash di tampar - tampar kasar. Mahu terputus nyawanya saat ini.
"Rash.. Rash, lepaskan Muiz. Dia tak salah". Lembut suara Ayeen memujuk. Air mata di seka. Salah dia sebab terlalu melayan perasaan.
"Tipu. Aku nampak kau menangis!" Marah Firash.
Wajah Muiz di renungnya tajam. Mahu saja kaca mata yang terlorot pada batang hidung Muiz itu di ambil lalu di patahkannya.
Dia memang pantang benar kalau Ayeen menangis. Siapa saja yang buat Ayeen menangis memang dia carik - carik kulit orang yang berani buat sebegitu!
"Tak, aku sendiri yang menangis sebab teringat kau cedera dulu. Sebab aku", Kata Ayeen perlahan. Dia menangis lagi.
Pandangan marah Firash terus lentur.
Terus cengkamannya pada kolar baju Muiz dilepaskan kasar lalu dia menapak mendekati Ayeen. Wajah risau.
"Aku minta maaf Rash... Aku minta maaf". Teresak - esak Ayeen menangis. Menggeletar bibir halus itu tak henti mengucapkan maaf padanya.
"Berhenti menangis Ayeen, aku tak suka orang tengok kau menangis". Arah Firash. Tegang terus urat saraf wajahnya bila memikirkan Muiz sudah melihat wajah kemerah - merahan Ayeen tika menangis. Cemburu!
"Kaki kau cedera". Tokok Ayeen lagi.
"Kaki aku tak sakit dah. Benda jadi dua tahun lepas. Orang yang cederakan aku tu pihak lawan, tapi bukan kau Ayeen. Tak payah nak rasa bersalah sangat". Pujuk Firash lagi. Poket seluarnya di seluk lalu sapu tangan bercorak hello kitty di hulur pada Ayeen. "Lap muka kau",
Ayeen mencapai tanpa teragak - agak lalu sapu tangan itu menyapu lembut wajahnya.
"Jangan nangis dah ya? Pipi merah, hidung merah. Tu yang comel sedia merah tu... makin merah. Gerammm je aku tengok yang comel tu", Kata Firash bersama senyuman nakal. Mengusik.
Membulat mata Ayeen bila mendengar kata - kata Firash. Laju dia menekup bibirnya.
"Jahat!" Marah Ayeen lembut.
Meletus tawa Firash. Merah padam macam strawberry sudah muka Ayeen. Cantik!
"Kau bawa beg aku masuk kelas boleh? Aku nak tolong coach kemas padang". Kata Firash lembut. Awning tudung Ayeen yang sedikit senget dibetulkannya.
Melihat anggukan Ayeen, Firash hulurkan beg galasnya.
"Jalan elok - elok. Kalau ada mana - mana lelaki kacau kau... kau panggil aje aku. Aku akan datang". Pesan Firash lembut.
Ayeen tersenyum lalu mengangguk.
Masak sudah dengan perangai protective Firash. Adanya Firash... jarang mana - mana lelaki mahu menganggunya.
"Jom Muiz". Ajak Ayeen.
Firsh terus saja menahan tubuh Muiz dari bangun. Dia tahu Muiz diam memerhati mereka. Dia tahu.
"Kau balik kelas dulu. Aku ada something nak cakap dengan budak nerd ni".
"Tapi..." Ayeen mula serba salah.
Kalau dia tinggalkan Muiz dengan Firash, takut pula balik kelas nanti Muiz lebam - lembam.
"Aku takkan pukul dia, Ayeen. Aku janji". Tambah Firash lagi tatkala melihat raut Ayeen. Risau sangat!
"Tak apalah kalau kau kata macam tu. Muiz, Ayeen balik kelas dulu ya? Assalamualaikum". Pamit Ayeen lantas menapak pergi. Firash menjawab perlahan salam Ayeen.
Tatkala melihat kelibat Ayeen yang makin menghilang, dia terus melutut di hadapan Muiz agar ketinggiannya sama separas dengan lelaki nerdy itu.
"Nerd, aku tak tahu apa masalah kau. Tapi apa yang aku tahu... aku nak kau jauh kan diri kau dari Ayeen. Kau ingat aku buta ke? Kau ingat aku tak nampak yang kau tu ambil kesempatan sentuh - sentuh dia? Kau jangan ingat kau tu nerd... aku kesiankan kau. Sorry bro, aku bukan macam tu. Sekali lagi aku nampak kau ambil kesempatan ke atas Ayeen aku takkan teragak - agak akan patahkan setiap satu jari kau yang gatal tu. Faham?" Soal Firash tegas. Matanya mencerlung Muiz seperti mahu saja di tumbuk - tumbuk. Bila mengingatkan Ayeen, dia terus batalkan niat itu.
"Faham tak?!" Soal Firash lagi. Geram dia bila Muiz tidak mahu menjawab. Sengaja mahu bermain api dengannya.
"Fa.. faham", Balas Muiz dengan suara tertahan. Tertahan dengan marah.
Firash ketawa sinis. Pipi Muiz ditepuk kasar.
"Bagus nerdy. Aku perhatikan kau". Bisik Firash. Dahi Muiz di tolaknya kasar. Tanpa pamitan, dia berlalu pergi meninggalkan Muiz berseorangan di situ.
Muiz memerhati Firash dengan pandangan mata.
Dia mengetap gigi. Perlahan - lahan, tangan mengepal penumbuk.
MASAM wajah Aydeen memerhati si abang. Ceria sungguh abangnya pagi ini. Senyuman manis langsung tak lekang dari bibir abangnya. Makin mencuka jadinya bila telinganya mula terngiang - ngiang suara yang kurang menyenangkan memanggil abang sulungnya abang. Hello, bila masa pula abangnya punya adik lain selain dia dan Ayeen?!
"Kenapa masam je pagi - pagi ni?" Bila suara lembut itu menegur, terus saja Aydeen angkat wajah. Bibir terus ukir senyuman menggoda bila wajah Nayli memenuhi retina matanya.
Jadi, inilah dia perempuan yang diam - diam diminati oleh abangnya? Menarik. Cantik. Tapi tak secantik Ayeen.
"Hai beutiful. Aku Aydeen Hyraz. Kau boleh panggil aku Deen. Nak panggil sayang pun tak apa", Kata Aydeen sambil tersenyum nakal.
Terkebil - kebil Nayli memandang wajah Aydeen.
Inikah sikap sebenar Aydeen? Wow, sungguh dia terkejut. Manakan tidak, dari segi paras rupa... semuanya sama. Langsung tiada beza. Tapi apabila bersuara, sekelip mata saja dia mampu membezakan kedua - duanya.
"Nayli. Panggil Nelly". Balas Nayli sambil tersenyum tawar. Huluran tangan Aydeen dibiar sepi. Sengaja dia tak bersambut.
Aydeen tersenyum sinis melihat Nayli langsung tidak menyambut hulurannya. Jual mahal? Not bad...
"Jadi, Nelly. Kau dah berapa lama kawan dengan abang aku?" Aydeen memulakan bicara saat dia melihat Nayli seolah - olah menunjukkan minat mahu berbual dengannya.
"Masa dia form one. Masa tu, dia tak ada kawan langsung. Abang kau, jenis yang tak suka berkawan. Bila orang datang... dia suka mengelak, menyendiri. Jadi, aku... Fir dan Af pun berpakatlah datang usik dia hari - hari. Bila dah lama - lama mengusik, dapat juga kami ambil hati dia dan kami pun berkawan sammmmmpai sekarang!" Terang Nayli teruja. Bibirnya mekar dengan senyuman lebar.
Masih terbayang - bayang di ruangan matanya, wajah sayu Aydeel. Suka melarikan diri bila bersua muka dengan mereka bertiga.
Namun, setelah Aydeen datang... semuanya berubah. Dia seolah - olah melihat seorang Aydeel Hyriz yang baru. Seorang yang periang dan peramah. Tak seperti dulu. Jauh berbeza.
Aydeen diam bila mendengar kata Nayli.
Entah mengapa, ada sedikit perasaan aneh seperti mencucuk - cucuk tangkai hatinya. Cemburu ke dia dengan Zafir?
Laju kepala dia menggeleng. Tak, dia tak cemburu! Buat apa dia nak cemburu? Dia bukannya sayangkan Aydeel pun.
"Deen". Sekali lagi suara Nayli menyerunya dan terus membawanya kembali ke alam nyata.
"Apa?" Soal Aydeen sambil menyandarkan tubuh pada kerusi. Wajah Nayli ditatapnya lama. Nampak comel pula pengawas di hadapannya ini lengkap dengan seragam pengawas. Sedondon dengan abangnya.
"Aku masih tak kenal lagi sepenuhnya diri kau. Tapi, aku kenal siapa abang kau. Apa yang aku tahu, Deel betul - betul sayangkan kau. Tolong jangan kecewakan dia kalau tak memang kau akan menyesal suatu hari nanti. Ingat tu", Pesan Nayli. Lembut pada suara tapi tegas pada wajah.
"Aku nak menyesal? Tolonglah. Buang masa", Katanya sambil ketawa sinis.
Abang dia sayangkan dia?
Pergi matilah dengan sayang tu. Dia kisah apa?!
Nayli merenung tajam wajah Aydeen.
"Jangan bongkak, jangan riak. Ingat pesanan aku ni Deen sebagai seorang kawan kepada kau. Kifarah is real". Tegas Nayli. Tanpa pamitan, dia berlalu saja meninggalkan Aydeen.
Aydeen mengerutkan dahi.
Kifarah? Nama siapa pulak tu? Kifarah dia tak kenal. Kirana dia kenal lah. Awek yang selalu dia jumpa masa kat bilik rehat.
"Abang Deel hati - hati!" Suara seorang pelajar lelaki jelas menyentakkan Aydeen yang termenung sendiri. Spontan dia bangun dari duduknya lantas dia berlari mendekati si abang yang hampir - hampir saja jatuh melepasi penghadang tangga yang rosak.
"Deen", Aydeel tersengih melihat wajah si adik. Wajah risau adiknya jelas memenuhi ruangan matanya.
"Bodoh. Kau nak mati pun, jangan mati depan aku la!" Marah Aydeen.
Berderau darahnya seketika tadi. Gila ke sampai sanggup berjalan hujung tangga yang rosak penghadangnya. Kata alim, tapi tak tahu membunuh diri tu berdosa?!
Aydeel tersengih.
Dia menjarakkan tubuhnya dari Aydeen.
"Deen, kau dah salah faham ni. Aku nak selamatkan anak kucing ni je sebenarnya. Tapi tergelincir sikit". Tukas Aydeel sambil tersengih serba salah. Anak kucing yang sebesar tapak tangannya dihulurkan pada Aydeen.
Tajam betul mata adiknya memandang dia. Aydeen memang marah.
"Sebab kucing sial ni je kau sanggup mati? Kau memang lembablah. Biar ajelah kucing ni mampus. Tak payah susah - susah nak mati sama - sama". Herdik Aydeen.
Aydeel tenang saja mendengar kata - kata si adik.
Kepala anak kucing itu di usapnya lembut.
"Kau tahu Deen, anak kucing pun ada nyawa juga. Ada perasaan. Tak adil lah kalau kita buat tak tahu je sedangkan anak kucing ni perlu kan bantuan. Aku tak tergamak tengok anak kucing ni mati. Kesian dia", Gumam Aydeel sambil tersenyum. Lembut pipi anak kucing itu diciumnya penuh kasih.
Aydeen merenung tajam wajah si abang.
Dadanya masih berombak dek takut tadi. Mati - mati dia ingat mimpinya itu akan berulang lagi. Benci - benci dia pada Aydeel pun, dia taklah sampai nak tengok si abang mati depan mata. Terkilan dia nanti.
"Comelkan anak kucing ni? Kalau aku bawak balik bagi kat mama mesti mama suka", Kata Aydeel lagi.
"Tapi...",
Berkerut dahi Aydeen bila melihat wajah si abang tiba - tiba bertukar mendung. Apahal pulak ni?
"Tapi kenapa?"
"Ayeen alergik kucing. Sorry miow, abang tak boleh bawa miow balik rumah. Budak manja abang alergik. Sorry", Macam faham - faham saja Aydeel berinteraksi dengan anak kucing itu.
Aydeen pegang dahi.
Abang dia gila gamaknya.
"Deel!" Suara itu buat Aydeel dan Aydeen melemparkan ke arah punca suara itu.
Wajah kerisauan Nayli, Firdaus dan Zafir terus saja terpancul di hadapan mata Aydeel.
"Ya Allah, kau okey?" Soal Nayli lembut.
Risau dia bila seorang pelajar lelaki mencari mereka dan mengatakan Aydeel hampir - hampir jatuh. Perasaan takut mereka ketika itu, hanya Allah saja yang dapat tahu.
"Kau bertiga pergi mana?!" Aydeen mula mahu mengamuk.
Nasib dia ada. Kalau dia tak ada? Mungkin mati sudah abangnya itu.
"Eh yang kau nak jerit - jerit ni dah kenapa?" Soal Zafir kasar. Menyampah dia dengan muka sombong Aydeen. Tak semegah langsung dengan muka!
"Kau bertiga harap je kawan dia. Tapi bila dia susah, kau bertiga ke mana?!" Hambur Aydeen. Kasar soalannya.
"Kau dah kenapa?!" Soal Zafir.
"Af... sudah lah". Firdaus menolak lembut dada Zafir menghalang kawannya itu dari menyerang Aydeen. Dia tahu, kalau tidak di halang... pasti bertumbuk sudah jawapnya. Nanti bukan Aydeel yang mati. Silap - silap budak berdua ni yang mati. Mati jatuh tangga sambil bergaduh.
"Kita orang dalam stor kemas buku. Tak perasan", Lembut suara Nayli membalas. Mata memandang Aydeel serba salah.
Tahu sangat Aydeel tak suka keadaan huru hara begini.
"Oh, kemas stor sampai tak fikir pasal abang aku? Wow... kawan yang bagus. Tahniah", Sinis Aydeen.
"Deen, stop please. Aku tak suka tengok kau semua bergaduh. I hate it", Suara Aydeel buat semua melemparkan pandangan ke arah lelaki itu.
Aydeen tergelak sinis. Nampak sangat abangnya jenis yang menangkan kawan. It's okey. Dia dah biasa. Sangat - sangat biasa.
Mata mencerlung memandang satu persatu kawan abangnya.
"Bullshit". Keras. Kesat.
"Deen, aku minta maaf". Mata menjeling Aydeel yang serba salah menatapnya.
"Pergi mampus dengan maaf kau". Balas Aydeen sinis. Seraya itu dia berlalu dari situ.
Sayu wajah Aydeel memerhati Aydeen.
"Aku abang yang teruk". Adu Aydeel bila Firdaus mengusap lembut bahunya.
"No, Deel. Kau abang yang hebat. Sangat hebat", Nafi Firdaus. Manakan tidak, dia sendiri jadikan Aydeel sebagai idolanya.
"Aku tahu Deel, Deen tu dia macam besi. Lama - lama lebur juga". Tokok Nayli pula.
Aydeel mengangguk perlahan. Ya, dia harus kuat untuk mengubah Aydeen. Kalau dia lemah, bagaimana dia mahu membetulkan Aydeen yang terpesong?
"Tapi Deen, aku tak suka adik kau", Celah Zafir pula. Bibir dijuihkan. Aydeen terlalu sombong dan angkuh. Sangat angkuh.
"Kau ni dari tadi asyik cari salah dia je. Nanti dia jadi adik ipar kau batu tahu". Kata Firdaus berbaur ugutan.
Membulat mata Zafir. Laju kepala menggeleng.
Nauzubillahiminzalik! Dia tak nak Aydeen jadi adik iparnya. Kalau Aydeel dia okey lagi.
"Betul tu cakap Fir tu Af. Kau bencilah kat dia. Nanti dialah yang kau terpaksa pujuk rayu demi adik kau nanti". Kata Nayli pula. Menyokong setiap bait kata Firdaus.
"Tak nak!" Bantah Zafir.
Nayli dan Firdaus ketawa melihat wajah cemas Zafir. Tahu takut.
Aydeel ukir senyuman.
Dia percaya ada hikmah disebalik semua ni. Sekurang - kurangnya, dia dapat berbakti pada keluarganya. Dia jadi anak yang soleh.
Terima kasih Allah.