"AYEEN menangis?" Soal Aydeel sekali lagi bila melihat Ayeen terdiam seribu bahasa. Melihat matanya mencerlung, laju saja adiknya menggeleng.
"Ayeen mengantuk sebab tunggu abang tadi. Mana ada Ayeen menangis", Nafi Ayeen. Dia tersenyum.
"Betul? Ayeen tak tipu abang?" Soal Aydeel lagi.
"Betul abang",
Pandangan Aydeel kemudiannya jatuh pada Firash yang dari tadi tak lepas memerhati mereka. Atau lebih tepat Ayeen.
"Kau usik Ayeen lagi ke?" Soal Aydeel. Wajahnya tak marah. Tak juga gembira.
Just normal.
Tapi matanya...
Tajam mencerlung bagaikan mahu membunuh!
"Mana adalah, abang. Rash to..." Belum sempat Firash membalas, Ayeen lebih pantas mencantas.
"Rash temankan Ayeen tadi. Ha, abang. Rash temankan Ayeen masa Ayeen duduk seorang diri tadi". Ayeen tersengih - sengih sambil memandang wajah si abang yang memandang aneh padanya.
Biar saja ia tak di ketahui abangnya. Jika tidak, memang habislah empat budak lelaki yang menganggunya tadi.
"Betul ke Rash?" Soal Aydeel pada Firash.
Firash terdiam seketika. Sekejap matanya memandang Aydeel, sekejap lagi dia matanya beralih memandang Ayeen.
Wajah berharap Ayeen itu... haih...
"Haah abang. Rash tolong temankan Ayeen. Dia duduk seorang diri kat sini. Pastu dia menangis bila ada 'ulat' jatuh atas kepala dia",
Melihat Ayeen membulatkan mata, Firash tahan senyum.
Aydeel pula tersenyum nipis.
Syukurlah, adiknya tak apa - apa. Risau juga dia kalau - kalau Ayeen di ganggu.
"Jomlah balik, Ayeen. Rash, thanks jagakan Ayeen untuk abang", Tangan di hulur pada Firash. Lekas saja dia sambut.
Senyuman ikhlas di beri khas buat Aydeel.
Jika tidak di pinta pun, Ayeen tetap akan di jaga. Itu janjinya.
BIBIR tersungging senyuman sinis. Lembut wajah gadis itu di elusnya. Rambut perang si gadis yang terjuntai di selit ke belakang telinga. Bibir itu kemudiannya hinggap pada leher si gadis. Tawa nakal mula terlepas dari bibir gadis itu.
"Deen", Gadis itu merengek manja. Batang leher Aydeen di peluknya erat.
Aydeen ketawa sinis.
Kasar tubuh gadis itu di sandar pada dinding lalu bibirnya menyinggah pada bibir gadis itu. Bertemu.
Tangannya yang di pandu si gadis terus meneroka lebih lagi bagaikan tika itu dunia ini hanya milik mereka.
"Deennn.. I.. I nak you", Bibir di ketap bila bibir Aydeen jatuh pada lehernya. Rambut belakang Aydeen di ramasnya kasar.
"Shh..", Sekian kalinya tubuh gadis itu di hentak pada dinding agar memudahkan kerjanya.
Butang baju kemejanya di buka si gadis, Aydeen mengukir senyum sinis.
Well, ikan dah menyerah.
Memang jangan haraplah dia nak lepas!
"SAMPAI bila Deen nak jadi macam ni?" Keluh Daffie. Bibirnya mencebik.
"Aku pun tak tahulah, Daf. Kalau abang dia tengok, mesti kecewa", Tambah Annas pula.
"Nasihatlah beribu kali pun, dia memang tak makan saman", Fadli turut menambah. Jiwa Aydeen terlalu keras untuk di lentur. Nasihat yang di tabur, memang langsung tak mahu di dengar.
"Hah tu, tuan punya badan dah datang", Tukas Adham. Bibir menghala ke arah Aydeen yang menapak ke arah mereka bersama sengihan sinis.
"Jom lah masuk kelas", Selamba Aydeen bersuara lalu berjalan mendahului kawan - kawannya. Baju kemejanya yang terdedah di butangkan semula.
"Sampai bila Deen?" Soal Daffie tiba - tiba menghentikan langkah Aydeen. Dia menoleh memandang wajah Daffie. Tajam.
"Daf.. jangan", Kalut lengan Daffie di tarik - tarik Aniq. Wajahnya sudah cuak habis.
"Sampai bila apa? Sampai bila aku nak buat benda ni? Hey, perempuan - perempuan jalang tu yang serah diri. Aku tak pernah paksa pun. Kau fikir aku nak sangat ke kat dia orang semua tu? Pelacur", Sinis bibir Aydeen.
"Kalau kau pandang rendah pada perempuan sampai macam tu, apahal kau tak tolak je?" Tukas Daffie, tak berpuas hati.
Mata Aydeen mencerlung tajam wajah Daffie bagaikan ingin membunuh.
"Kau nak cari pasal ke...?!" Aydeen mara ke hadapan namun lekas Aniq dan Fadli menahan tubuh Aydeen.
Adham dan Annas laju menarik lengan Daffie hingga terundur ke belakang.
Aydeen mengetap rahang. Jelas urat menengang sehingga terlihat di lehernya. Matanya mencerlung tajam.
"Kau kalau setakat nak kritik apa yang aku buat, putus aje kawan dengan aku. Aku tak hadaplah dengan kau!" Tengking Aydeen. Jarinya di tunding - tunding berterusan. Seusai mengungkapkan kata, tangan di rentap sehingga terlepas dari hadangan Aniq dan Fadli. Tanpa pamitan, terus dia berlalu meninggalkan kawan - kawannya.
Carutan? Usah di kata, berbakul - bakul terluncur dari bibir Aydeen.
Adham dan Annas melepaskan perlahan tubuh Daffie.
"Dia memang makin teruk", Keluh Daffie. Kecewa wajahnya memandang tubuh Aydeen yang semakin menghilang.
"Kita kena buat sesuatu", Tegas Annas.
"Buat apa? Deen bukan Deel. Dia panas baran, tak boleh dinasihati", Tambah Adham pula. Wajah di raup kasar.
"Sesuatu yang mampu ubah dia", Fadli mencelah.
Mendengarkan itu, lama mereka berempat berteleku. Sebelum bibir masing - masing membentuk senyuman.
"Deel", Ucap mereka serentak.
"SAYANG", Harraz menyeru lembut si isteri. Tubuh kecil isterinya di kepung lalu di peluk erat dari belakang. Kucupan berkali - kali singgah di pipi si isteri.
"Hisy, malu kat anak", Ayreena menolak perlahan tubuh si suami yang makin merapat. Sesak rasa dada bila di himpit begini.
"Mmm... rindu", Harraz tersengih - sengih.
Wajah di sembam pada leher isterinya. Bau strawberi di hidu dalam. Wangi.
"Abang", Ayreena ketawa kecil bila bibir nakal sengaja menggigit lehernya. Wajah si suami di tolak - tolak menjauhinya. Ada juga nanti puding marble tak menjadi semata - mata kerana suaminya.
"Abang rindu. Hampir sehari tau tak jumpa", Rengek Harraz manja. Wajah di gesel - geselkan pada leher Ayreena seperti kucing jantan yang gatal.
"Alah tak sampai sehari pun kan? Dah pergi duduk depan tu. Nanti anak - anak nampak. Malu", Pipi Harraz di cubitnya geram. Makin tua, makin mengada. Makin tua, makin gedik. Makin tua, makin gatal. Makin tua, makin kuat cemburu!
Harraz memuncung.
"Tak mau. Nak duduk kat dapur dengan sayang".
"Abang rindu. Masa buat kerja ingat sayang dan anak - anak je tau". Adu Harraz tulus.
Ayreena tersenyum.
Mengada.
Harraz terus di abai. Kata - kata si suami langsung dia tak endah.
Buku masakan kembali di rujuk.
"Sayang", Tangan memegang tangan si isteri. Mengalihkan peralatan yang di guna pakai. Lalu, tubuh kecil itu di pusingkan lembut. Dia mencengkam lembut rahang si isteri.
"Apa?" Soal Ayreena bersama senyuman.
Layankan ajelah sikap mengada - ngada si suami.
"Abang rindu sayang". Tulus Harraz bertutur. Ikhlas dari hati.
Bibir nipis itu di kucupnya berkali - kali sebagai tanda menzahirkan rasa rindu yang terbuku buat si isteri.
"Abang sangat - sangat rindukan sayang tau", Tutur Harraz lagi.
Ayreena tersengih.
"Ya abang, sayang tahu".
"Sayang macam tak nak layan abang je", Rungut Harraz.
Ayreena diam memerhati. Bibir tahan senyum.
"Sayang tak sayang abang dah ke?" Soal Harraz lirih.
Ayreena tersenyum manis.
Alahai, suaminya tak pernah tak comel. Ada saja perkara yang mencuit hati.
"Mestilah sayang, sayang kat abang. Siapa aje dapat ganti tempat abang?" Soal Ayreena lembut. Terjengket dia untuk menyamai ketinggian si suami.
"Ya ke sayang kat abang? Lately ni asyik berkepit dengan Reel je", Rengus Harraz.
Sebelah kening terjungkit naik.
Lah, dia teman sebab abangnya tak pandai pilih barang dapur memandangkan kakak iparnya, Evelyn baru saja bersalin.
"Abang Reel kan abang sayang? Takkan lah dengan Abang Reel pun nak jealous? Sayang dengan Abang Reel mana boleh kahwin", Ayreena ketawa kecil melihat gelagat suaminya.
Harraz mencebik.
"Tak boleh kahwin pun, orang tengok pun akan salah faham. Sayang cantik, Reel pulak boleh tahan handsome. Mesti dia orang kata sayang isteri Reel", Rungut Harraz. Pipi di kembungkan tanda protes.
"Alah, biar ajelah". Ayreena tersenyum.
"Mana boleh! Sayang isteri abang".
Ayreena tergelak kecil.
"Alolo...",
"Next time, sayang bawa abang sekali okey? Dah, tak mau jealous - jealous sayangkan isteri abang", Tukas Ayreena lalu pipi Harraz diciumnya.
Harraz angguk perlahan.
"Janji tau", Ucapnya lagi.
Ayreena tersenyum lalu mengangguk.
"Janji",
Tercuit dengan tingkah Harraz. Mengada - ngada aje kerjanya. Tak padan dengan umur.
"Kenapa muncung - muncung tu?" Soal Ayreena sambil tayang muka geram bila lihat Harraz tarik muncung sedepa.
"Cium", Pinta Harraz, manja.
Tawa Ayreena meletus.
Semerta itu, rahang si suami di tarik lalu dia merapatkan wajah mereka. Lembut bibir si suami di kucupnya.
"Ma... Astaga...!" Mata Aydeel terus membulat. Dia mengalihkan wajah bila terpandangkan adagen tak sepatutnya.
Terus dia memusingkan tubuh ingin berura kembali ke bilik.
"Deel!" Tubuh si suami terus di tolak lembut. Kalut anak sulungnya di panggil kembali. Pipinya turut memerah. Malu juga kantoi depan anak. Erk?
Harraz tarik muncung sedepa.
"Deel nak ke mana sayang?" Soal Ayreena lembut tatkala melihat tubuh anak sulungnya lengkap t-shirt dan seluar jeans.
Aydeel pusingkan tubuh memandang si mama.
"Deel nak bawa Ayeen pergi library", Tukas Aydeel perlahan namun lembut. Telinganya memerah.
"Oh, jaga Ayeen elok - elok". Pesan Ayreena.
Tangan di hulur pada Aydeel, lekas saja di sambut lalu di kucup. Tangan si papa juga begitu.
"Balik awal", Pesan Harraz pula. Dahi Aydeel di kucupnya sayang.
Aydeel hanya mengangguk.
"KENAPA susah sangat nak dengar kata mama? Jangan ajak abang kamu keluar bermain? Kamu nak main, pergi aje keluar!" Memerah wajah si mama tika sedang marah. Wajah menyinga di tayang menandakan mama tidak bergurau.
Aydeen tertunduk.
"Sayang, janganlah marah. Deen tak salah", Pujuk Harraz lembut. Belakang tubuh si isteri di urutnya lembut. Memujuk.
"Tak salah? Tiga kali Deel pengsan sebab Deen. Susah kalau jenis tak faham arahan!" Amuk Ayreena. Tajam matanya merenung Aydeen.
"Tapi sayang..", Harraz cuba memujuk.
"Dah. Kalau nanti jadi apa - apa pada Deel, dan di sebabkan Deen juga.... mama takkan maafkan Deen sampai Deel sendiri yang cakap dia maafkan Deen", Tegas Ayreena bertutur lantas berlalu pergi.
"Sayang!" Harraz mengeluh kasar lalu meraup wajah.
Pandangan sayu di lemparkan pada Aydeen.
"Dah.. jangan terasa. Mama stress tu", Pujuk Harraz lembut. Dia mencangkung agar tingginya setara dengan Aydeen yang dua tahun lagi menjangkau usia remaja.
"Deen minta maaf papa", Tutur Aydeen perlahan.
Setitis demi setitis air mata membasahi wajah.
Harraz tersenyum kelat lalu tubuh Aydeen di peluknya erat.
"Tak apa, papa tak marah". Bisik Harraz lembut.
"Argh!" Aydeen menjerit kuat. Meja kayunya di hempas kuat. Deru nafasnya laju. Matanya tajam merenung dinding kosong.
Setiap kali bersendiri, memori lama terbayang kembali.
Pahit.
Kelat.
Buruk.
Ngeri.
Kerana itu dia nekad menghabiskan usia remajanya di sekolah asrama swasta. Tidak mahu pulang ke pangkuan keluarga bila bercuti. Langsung tak rela apabila dilawati.
Bibir Aydeen tersungging senyuman sinis.
Tiada istilah melawat untuk keluarganya. Papanya selalu sibuk dengan kerja. Mamanya sibuk dengan abangnya. Yang selalu datang melawat pun, pak longnya saja. Memang betul - betul buat dia rasa tersisih.
Dan bila dia di bandingkan pula dengan si abang....
Rahang Aydeen mengeras. Jelas urat hijau di lehernya. Pensil di genggamnya kuat sehingga terpatah.
"Aku benci kau, Deel". Gumamnya sendiri. Kasar!