DEEL & DEEN (B4)

By CutyLyn123

280K 23.4K 4.6K

AYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata... More

Deel & Deen...
Deel & Deen - 1
Deel & Deen - 2
Deel & Deen - 3
Deel & Deen - 4
Deel & Deen - 5
Deel & Deen - 6
Deel & Deen - 7
Deel & Deen - 8
Deel & Deen - 9
Deel & Deen - 10
Deel & Deen - 11
Deel & Deen - 12
Deel & Deen - 13
Deel & Deen - 14
Deel & Deen- 15
Deel & Deen - 16
Deel & Deen 17
Deel & Deen 18
Deel & Deen 19
Deel & Deen 20
Deel & Deen 21
Deel & Deen 22
Deel & Deen 23
Deel & Deen 24
Deel & Deen 25
Deel & Deen 26
Deel & Deen 27
Deel & Deen 28
Deel & Deen 29
Deel & Deen 30
Deel & Deen 31
Deel & Deen 32
Deel & Deen 33
Deel & Deen 34
Deel & Deen 35
Deel & Deen 36
Deel & Deen 37
Deel & Deen 38
Deel & Deen 39
Deel & Deen 40
Deel & Deen 41
Deel & Deen 42
Deel & Deen 43
Deel & Deen 44
Deel & Deen 45
Deel & Deen 46
Deel & Deen 47
Deel & Deen 48
Deel & Deen 49
Deel & Deen 50
Deel & Deen 51
Deel & Deen 52
Deel & Deen 53
Deel & Deen 54
Deel & Deen 55
Deel & Deen 56
Deel & Deen 57
Deel & Deen 58
Deel & Deen 59
Deen & Qisha - 1❤️
Deen & Qisha - 2❤️
Deen & Qisha - End❤️
Shah & Trisha❤️

Epilog

6.4K 442 104
By CutyLyn123

Assalamualaikum, Deel & Deen. Aku kirimkan al - Quran pada Deen sebelum dia pergi sebab aku nak Deen sentiasa pegang al - Quran ini. Aku nak Deen terus untuk mempercayai Allah. Maafkan segala kesalahan yang aku dah lakukan pada kau orang berdua selama kita berkawan ya? Aku tulis semua ni sebab aku dah rasa aku takkan ada lama dengan kau orang. Aku takkan dapat menjaga Deel macam yang aku janjikan. Deel, maafkan aku. Demi Allah aku tak ada perasaan pada Deen. Aku menjaga dia sebab aku takut Deen buat kerja gila. Maaf sebab mendekati Deen dapat menjadi modal untuk Shah menyebarkan fitnah. Maaf, Deel. Maafkan aku. Aku doakan kau bahagia. Aku harap Deen juga bahagia dengan Qisha. Aku harap kau teruskan kehidupan demi aku. InsyaAllah, kita boleh berjumpa di Sana kelak. Selamat tinggal. Kirimkan salam terakhir aku pada Af dan juga Fir - Nelly.

"NELLY..." Sebak suara Aydeel sebaik sahaja selesai membaca nota terakhir yang diberikan Nayli. Mujur saja dia baca bersama - sama Aydeen jika tidak tentu dia akan meraung.

Aydeen mengukirkan senyuman hambar.

Belakang tubuh Aydeel diusapnya dengan begitu lembut. Memujuk avabg kembarnya.

"Aku berdosa dengan dia. Aku tak bahagiakan dia walaupun itu kali terakhir dia bertemu aku. Aku tuduh dia secara melulu. Aku lelaki yang teruk". Adu Aydeel bersama - sama tangisan.

Disebabkan perasaan cemburu dia hilang kewarasan akal.

Cinta memang boleh buat manusia menjadi gila!

Aydeen memeluk erat tubuh Aydeel.

"Jangan menangis, abang. Kau tak tahu apa - apa. Aku tahu Nelly takkan sesekali salahkan kau sebab dia sayang sangat pada kau. Setiap kali Nelly jumpa aku saja dia akan cerita tentang kebaikan kau. Disebabkan Nelly juga aku sayang sangat pada kau, Deel". Pujuk Aydeen lembut.

Aydeel menangis teresak - esak.

Hari mereka habis SPM sepatutnya mereka menyambut bersama - sama. Tapi, disebabkan Nayli sudah pergi menghadap Ilahi, mereka berempat saja yang keluar menyambut kemerdekaan SPM.

"Deel, aku ada untuk kau kan? Aku takkan pergi mana - mana. Aku akan temankan kau aje". Kata Aydeen lagi.

Dia memandang wajah Aydeel yang basah dengan air mata lalu wajah abangnya itu diseka dengan begitu lembut.

"Jangan menangis dah. Hari ni hari bahagia aku. Abang kembar aku pun kena happy juga. Lagipun, kau kan dah dapat adik baru?" Soal Aydeen bersama - sama sengihan.

"Mestilah aku happy sebab Qisha jadi adik ipar aku. Af pun gembira juga. Tapi, aku masih rindukan Nelly". Melihat wajah mendung Aydeel, Aydeen mengemam bibir.

"Sayang!" Aydeen bingkas menyambar tangan Qisha yang kebetulan sedang melintasinya. Gadis yang baru dinikahinya itu nampak sedang mengekori mama dan mummy menyediakan lauk untuk disedekahkan kepada orang masjid.

"Ya?" Soal Qisha hairan.

"Panggilkan Af dan Fir. Kita pergi melawat kubur arwah Nelly. Suruh mereka bawa tikar dan yassin. Kita sedekahkan untuk Nelly sebagai penzahiran rasa rindu dan sayang kita". Bicara Aydeen membuatkan Qisha mengangguk faham.

"Baik abang". Akurnya.

Aydeen tersengih - sengih memerhatikan Qisha yang sudah semakin menjauh.

Seraut wajah abang kembarnya dipandang dengan senyuman.

"Kau cintakan Nelly, kita akan melawat dia hari ni".

"Betul ni, Deen?" Soal Aydeel sekali lagi.

Aydeen mengangguk.

Tubuh Aydeen dipeluk Aydeen dengan begitu erat. Air mata Aydeen gugur untuk sekian kalinya namun bersama - sama perasaan yang bercampur aduk.

Aydeen tersenyum nipis.

Pelukan Aydeel dibalasnya. Ikhlas.

+++

AWAN mendung.

Lima orang remaja duduk berteleku di atas tikar mengkuang berhadapan dengan kubur Nayli iaitu perempuan yang sentiasa dirindui mereka berlima.

Yassin selesai dibacakan.

Firdaus dan Zafir menyeka air mata mereka yang tak berhenti menitis sejak dari tadi. Gagal untuk berlagak kuat apabila duduk berhadapan dengan kubur kawan baik sendiri.

Sedih?

Siapa yang tak rasa sedih melihat kawan baik sendiri sudah pergi menghadap Ilahi? Namun, mereka redha. Itu ketentuan takdir yang mereka takkan dapat ubah sampai bila - bila. Hari ini Nayli. Kelak nanti mungkin giliran mereka pula. Tiada siapa yang tahu bila ajal akan tiba. Kematian Nayli telah membuktikan bahawa bukan usia tua saja yang akan mati malahan usia muda juga akan merasai kematian.

"Aku nak balik dululah. Nak membantu keluarga kita menguruskan persiapan. Esok ada kenduri arwah untuk Nelly". Kata Firdaus seraya bangkit.

Zafir turut bangun.

Air mata yang berlinangan masih diseka.

"Aku pun pergi dulu". Pamit Zafir lantas mengikuti langkah Firdaus.

Aydeel menyentuh nisan yang tercacak.

"Assalamualaikum, Nelly. Terima kasih sebab kau ada dengan aku selama lima tahun kita berkawan. Terima kasih sebab menjadi tempat aku meluahkan rasa dan perasaan. Terima kasih sebab kau yang sentiasa cuba merapatkan hubungan antara aku dan Deen. Terima kasih, Nelly. Terima kasih untuk segala - galanya. Maafkan aku juga sebab terlalu hanyut mengikut perasaan aku. Aku cemburu bila aku tahu kau rapat dengan Deen. Aku hina kau macam - macam sebelum kau pergi. Aku minta maaf. Aku berdosa, Nelly. Aku harap kau tenang di Sana. Aku harap kita boleh bertemu di Syurga Firdausi kelak. Aku sayangkan kau, Nelly". Bisik Aydeel sambil tersenyum kelat.

Air mata diseka.

Aydeen menahan sayu.

Qisha juga menyeka air matanya.

Dia kena kuat demi Aydeen. Jika dia menangis tentu Aydeen juga akan menangis.

Qisha memandang Aydeen yang menggenggam tangan kanannya. Tangan kanan Aydeen turut menyentuh nisan yang telah disentuh Aydeel tadi.

"Nelly, aku bersyukur sebab kau jadi kawan aku. Aku bersyukur sebab kau datang masa aku buat kerja gila toreh tangan sendiri. Kau antara orang yang berikan harapan pada aku untuk terus hidup. Sekarang, usia kita dah 18 tahun. Macam - macam aku menghadap bersama - sama Deel tau untuk sampai ke tahap sekarang. Walaupun banyak memori yang pedih berbanding manis tapi aku redha sebab aku sedar ini semua kifarah buat aku. Aku dah banyak sakitkan hati orang. Sekarang, keluarga aku dah lengkap, Nelly. Aku dah ada abang kembar aku. Aku dah dapat Qisha jadi isteri aku. Kami akan bahagia sama - sama. Aku dah dapat kasih sayang papa dan mama. Mama sayang sangat pada aku. Apa yang paling best aku dapat kasih sayang double sebab mummy dan daddy pun sayang aku juga. Cuma, aku sedih sebab kau tak ada..." Aydeen tersenyum hambar.

Air matanya gugur jua.

"Aku sentiasa doakan kau bahagia di Sana, Nelly. Aku harap kau maafkan salah silap Shah. Dia sakit dan tertekan. Tak ada siapa yang sudi membantu dia. Aku juga mungkin akan jadi seperti Shah kalau tak ada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan pada aku untuk keluar dari kegelapan. Terima kasih, Nelly. Aku sayang kau. Assalamualaikum". Ucap Aydeen.

Qisha menyeka air matanya yang tak berhenti mengalir.

Tak. Dia tak mahu menangis.

"Sayang..." Aydeen menyeka air mata Qisha yang masih juga tak berhenti.

"Qi-Qisha pun sa-sayang Ka-Kak Nel-Nelly..." Qisha sudah mula teresak.

"Hey, tak mo nangis. Jomlah balik". Aydeen bangun membantu Qisha yang sudah teresak disebelahnya.

"Deel..."

"Kau baliklah dulu. Aku nak duduk sini kejap". Balas Aydeel tenang.

Aydeen menghela nafas.

Tanpa membantah dia terus sahaja membawa Qisha keluar dari kawasan perkuburan meninggalkan Aydeel sendirian.

Aydeel berteleku memandang kubur Nayli.

"Nelly..." Seru Aydeel lembut.

"Aku redha melepaskan kau pergi kerana Allah. Aku harap saat terakhir kau pergi itu kau memaafkan dosa, Shah. Maafkan aku sebab aku tak ada untuk melindungi kau, Nelly. Tapi, kau percayalah. Aku ikhlas cintai kau. Nama kau tetap akan ada disini". Aydeel menyentuh lembut dada kirinya.

"Aku takkan lupa dan jemu untuk kirimkan hadiah untuk kau senang di sana. Aku cintakan kau, Nelly. Aku pergi dulu tau. Selamat tinggal". Ucap Aydeel bersama - sama senyuman ikhlas.

Aydeel bangkit bersama - sama beg yang dia simpan yassin. Tikar mengkuang digulungnya lalu kubur itu dipandangnya dengan lama.

Berdasarkan hadis riwayat Muslim dan Bukhari: Rasulullah SAW bersabda; "Ada tiga perkara yang mengikuti seseorang setelah meninggal iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Yang dua kembali dan yang satu tinggal bersama - samanya. Yang pulang adalah keluarga dan hartanya, sedangkan yang tinggal bersama - samanya itu ialah amalannya".

Aydeel mengukirkan senyuman.

Terasa angin menampar kulitnya membuatkan hatinya tenang meninggalkan kawasan perkuburan.

Ma'assalama, Nelly.











TAMAT

---

Akhirnyatamat  jua  kisah  Deel  &  Deen. 

Terima  kasihsemua.

Continue Reading

You'll Also Like

213K 18.3K 79
Peristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masi...
EVERISA By liz

Teen Fiction

115K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
2.8K 240 36
Embun Adawiyah&Faid Qashaf Arjuna Si gadis yang telah putus asa untuk meneruskan hidup tapi takdir menemukannya dengan seorang jejaka yang hadir untu...
495K 20.6K 36
Code : Benci ⚠️ NurElva Tasnim & Noah Zafriel "Kalau bukan sebab perjanjian bodoh ayah kau memang tak mungkin aku jadi suami kau !" Kuat tengkingan y...