DEEL & DEEN (B4)

By CutyLyn123

280K 23.4K 4.6K

AYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata... More

Deel & Deen...
Deel & Deen - 1
Deel & Deen - 2
Deel & Deen - 3
Deel & Deen - 4
Deel & Deen - 5
Deel & Deen - 6
Deel & Deen - 7
Deel & Deen - 8
Deel & Deen - 9
Deel & Deen - 10
Deel & Deen - 11
Deel & Deen - 12
Deel & Deen - 13
Deel & Deen - 14
Deel & Deen- 15
Deel & Deen - 16
Deel & Deen 17
Deel & Deen 18
Deel & Deen 19
Deel & Deen 20
Deel & Deen 21
Deel & Deen 22
Deel & Deen 23
Deel & Deen 24
Deel & Deen 25
Deel & Deen 26
Deel & Deen 27
Deel & Deen 28
Deel & Deen 29
Deel & Deen 30
Deel & Deen 31
Deel & Deen 32
Deel & Deen 33
Deel & Deen 34
Deel & Deen 35
Deel & Deen 36
Deel & Deen 37
Deel & Deen 38
Deel & Deen 39
Deel & Deen 40
Deel & Deen 41
Deel & Deen 42
Deel & Deen 43
Deel & Deen 44
Deel & Deen 45
Deel & Deen 46
Deel & Deen 47
Deel & Deen 48
Deel & Deen 49
Deel & Deen 50
Deel & Deen 51
Deel & Deen 52
Deel & Deen 53
Deel & Deen 54
Deel & Deen 55
Deel & Deen 56
Deel & Deen 57
Deel & Deen 58
Epilog
Deen & Qisha - 1❤️
Deen & Qisha - 2❤️
Deen & Qisha - End❤️
Shah & Trisha❤️

Deel & Deen 59

6K 398 52
By CutyLyn123

TIDURNYA ditemani mama. Indah saja mimpinya apabila rambutnya dan pipinya dibelai mama. Hatinya tenang tatkala mama ada disampingnya. Sudah lama rasanya dia tak merasa bahagia sehingga begini.

Aydeen membetulkan postur tubuh badannya.

Kenyang perutnya disuap mama dengan sup ayam yang hangat. Malahan, mama menyediakan selimut yang cukup hangat untuknya.

Aydeen tersenyum suka tatkala mama mengusap lembut rambutnya.

"Masih rasa sejuk lagi?" Soal Ayreena dengan prihatin.

"Tak sejuk dah. Deen rasa semakin hangat sebab kasih sayang mama membantu menghangatkan tubuh Deen". Balas Aydeen jujur.

Ayreena memeluk erat tubuh Aydeen lalu dahi itu dicium penuh kasih.

Ya, Aydeen tak sesejuk semalam. Suhu tubuh Aydeen sudah kembali normal.

"Mama, Kak Qisha datang nak tengok Abang Deen. Boleh?" Soal Ayeen sebaik sahaja dia menguak pintu bilik Aydeel dan Aydeen tadi.

Ayreena memandang Aydeen yang sudah tersengih.

"Suka ea buah hati dia datang". Usik Ayreena sambil mencuit lembut pinggang Aydeen.

Aydeen ketawa.

"Suka!" Balas Aydeen jujur.

Ayreena mengusap lembut pipi Aydeen lalu dahi Aydeen diciumnya penuh kasih.

"Deen bersungguh ke dengan Qisha?" Soal Ayreena lagi.

Aydeen mengangguk.

"Deen nak kahwin dengan Qisha. Bila dah kahwin nanti kami boleh belajar sama - sama dan Deen senang nak jaga Qisha. Dalam masa yang sama boleh dah Deen... Ehem!"

"Gatal!" Meletus ketawa Aydeen apabila Ayreena mencubit pipinya.

Sekurang - kurangnya dia jujur. Dia memang nak buat macam itu.

"Kalau macam itu dua minggu lagi mama hantar rombongan meminang. Awal bulan tahun depan Deel dan Qisha nikah. Boleh?" Cadangan Ayreena membuatkan Aydeen mula tersengih lebar.

"Boleh!" Balas Aydeen pantas.

Ayreena tersenyum nipis.

Dahi Aydeen diciumnya lagi lantas Ayreena bangun untuk keluar dari bilik yang dihuni Aydeen.

Namun begitu langkahnya terhenti tatkala Aydeen menarik lembut tangannya. Ayreena menoleh memandang Aydeen.

"Terima kasih syurga. Terima kasih berikan kasih sayang pada Deen. Demi Allah, Deen bahagia". Ucap Aydeen bersama - sama senyuman ikhlas. Air menahan air mata dari jatuh.

Bibir merahnya melorek senyuman nipis.

"Sama - sama, Deen". Balas Ayreena seraya berlalu keluar tatkala Aydeen melepaskan tangannya.

Aydeen tersenyum.

Bahagia.

Papa dan mama ada dengan dia malam tadi. Papa yang memandikan dia dengan air hangat untuk memulihkan suhu tubuh badannya. Mama pula tak henti memberikan pelukan hangat dan kasih sayang seperti yang didambakan dia dulu.

"Deen!" Aydeen memerhatikan Qisha melangkah masuk ke dalam bilik dan gadis itu berlari mendekatinya.

"Bidadari dah datang. Oh tak... Diri ini belum bersedia untuk mati".

"Jangan cakap bukan - bukan!" Marah Qisha membuatkan Aydeen ketawa suka. Qisha menjeling Aydeen lalu dia melabuhkan punggung dihadapan lelaki itu.

"Jeling - jeling. Cium nanti baru tahu". Ugutan Aydeen membuatkan Qisha terkejut.

Cium?!

"Deen, awak dah ingat ke?" Soal Qisha teruja.

"Ingat? Ah, ya. Aku nak lapan orang anak. Aku pernah cium kau masa kat sekolah sebab mulut comel kau tu menggoda aku". Melihat pandangan tajam Aydeen pada bibirnya Qisha terus menutup mulut.

Aydeen ketawa.

"Dua minggu lagi kita akan bertunang. Awal bulan tahun depan kita terus nikah. Bila dah nikah boleh aku nakal - nakal dengan kau. Dalam masa yang sama kita boleh belajar sama - sama dan aku boleh jaga kau". Kata Aydeen sambil memerhatikan seraut wajah cantik Qisha.

Qisha tersengih.

Kahwin dengan Aydeen ialah impiannya.

"Kau rindukan aku, Qisha?" Soalan Aydeen membuatkan Qisha menarik muka.

"Jangan tanya soalan kurang cerdik boleh? Mestilah saya rindukan awak!" Marah Qisha.

Aydeen ketawa.

"Aku pun rindukan si cantik aku". Balas Aydeen seraya tayang sengihan menggoda.

Qisha diam sambil menahan malu.

Tak guna.

Aydeen sengaja menggoda dia!

+++

"KAU orang tak mahu tinggal di rumah kami lama sikit lagi? Nanti sunyilah aku nak memasak seorang". Ayreena mula tayang muka sedih tatkala Indah dan Saiful sudah berhajat mahu pulang.

Kata mereka, mereka mahu Harraz dan Ayreena meluangkan masa bersama - sama Aydeen. Kelak nanti Aydeen sembuh tentu Aydeen akan datang pula ke rumah mereka.

"Indah, tinggal saja di sini lama sikit..."

Indah mengukirkan senyuman manis.

"Tak boleh, Reen. Aku dan suami aku dah tinggal di rumah kau berdua dah terlalu lama. Lagipun, aku dah rindukan rumah aku. Nanti kau bawalah keluarga kau datang ke rumah kami". Kata Indah.

Ayreena memandang Indah.

Saiful mengangguk.

"Bawa saja semuanya. Rumah kami banyak bilik. Kami janji akan berikan layanan istimewa kepada kau sekeluarga". Ujar Saiful.

Harraz tersenyum nipis.

Bahu Saiful ditepuk.

"Terima kasih, kawan. Dua minggu lagi kami bercadang nak pergi meminang bakal menantu kita. Kalau tak keberatan ikutlah kami. Lagipun, kau berdua juga ibu bapa Deen". Tutur Harraz.

"Ya, aku bercadang awal bulan tahun depan pula Deen dan Qisha bernikah".

Bersinar - sinar mata Indah apabila mendengar cadangan Ayreena.

"Aku mestilah nak ikut. Kita kena beli barang persiapan untuk pernikahan Idlan nanti. Baju nikah Qisha pun kita pilihkan nanti. Tak sabarnya!" Bersorak Indah apabila Ayreena turut bersetuju dengan permintaan dia.

Saiful dan Harraz ketawa.

"Nanti datang tau, Zaf. Aku seronok betul kenal dengan kau". Kata Saiful.

Harraz tersengih.

"Takkan aku nak menghampakan permintaan kau? Lagipun, kau dan Indah juga yang tolong jagakan Deen dan didik anak aku jadi insan yang berguna. Aku bersyukur sangat". Balas Harraz tenang.

Saiful tersenyum.

"Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya Zaf. Cepat atau lambat kita tetap akan merasa bahagia. Kau dan Reen ialah kebahagiaan Idlan. Manakala, Idlan pula kebahagiaan aku dan Indah".

Harraz memeluk tubuh Saiful. Meskipun sedikit terkejut tetapi Saiful tetap juga membalas pelukan Harraz.

Sungguh, Saiful bersyukur kerana Harraz dan Ayreena langsung tak mahu memisahkan dia dan isterinya dari Aydeen.

+++

SENYUMAN Aydeel cukup tenang memerhatikan Firdaus, Zafir dan Hanan yang duduk bertentangan dengannya. Manakala, Ayeen duduk disebelahnya.

Semenjak Aydeel mengatakan sayangnya pada Hanan sekadar seorang adik... Hanan tiada pilihan selain menerima hakikat. Tambahan lagi apabila Firdaus pun mengaku bahawa dia sukakan Hanan. Maka, dari terhegeh - hegeh memilih lelaki yang tak menginginkan kita lebih baik memilih lelaki yang sedia memilih kita.

Jadi, Hanan pilih Firdaus.

"Kau korban diri untuk menunggu dalam bilik pembekuan dengan Deen?" Soal Zafir.

Aydeel mengangguk.

"Aku pilih untuk temankan Deen sebab Deen dah terlalu lama duduk kat dalam bilik pembekuan. Boleh mati kalau duduk terlalu lama. Aku takut aku akan hilang Deen. Jadi, aku pilih untuk temani Deen. Aku nak memanaskan tubuh dia dengan suhu tubuh aku". Balas Aydeel jujur.

"Tapi, cuba kau bayangkan kalau pak long kau lambat. Apa yang akan jadi pada kau berdua?" Soal Firdaus.

Aydeel tersenyum nipis.

"Aku tahu kami akan mati. Tapi, aku lebih rela mati dengan Deen berbanding aku biarkan dia mati sendirian. Aku tak mahu gila sebab tak boleh menerima hakikat". Kata Aydeel.

Hanan menyenggol bahu Firdaus. Muka marah ditayang pada lelaki itu apabila mendengar soalan Firdaus.

Firdaus mencebik.

Dia tanya saja.

"As-Assalamualaikum..." Suara itu.

Suara itu membuatkan Aydeel terus sahaja menoleh memandang Trisha yang datang bersama - sama Muiz dan juga Enrique.

"Waalaikumusalam, Trisha". Ucap Aydeel.

Terkejut dia melihat Trisha datang ke rumahnya dengan memakai baju kurung dan selendang yang menutupi rambut dan leher wanita itu.

Nampak lembut saja.

"Aku datang nak jumpa Deen. Dia ada di mana?" Soal Trisha.

"Atas. Kau dah okey, Trisha?" Soal Aydeel lembut.

Trisha tersenyum kecil.

"Aku okey, Deel. Terima kasih untuk nasihat kau dulu. Aku baru sedar sekarang aku sepatutnya buat dari dulu lagi". Tutur Trisha lantas dia berlalu naik ke atas diikuti dengan dua remaja lelaki.

Mereka memandang Aydeel.

"Sejak bila kau berkawan dengan perempuan macam tu, Deel?" Soal Zafir keliru.

Melihat pandangan ingin tahu Ayeen dan kawan - kawannya, Aydeel hanya mampu melorek senyuman.

"Apa kata, kita biarkan perihal ini menjadi rahsia antara aku, Trisha dan Allah". Jawapan Aydeel membuatkan tiada siapa yang mampu membangkang.

Namun, masing - masing bingung.

Apa yang berlaku antara Aydeel dan Trisha sehingga wanita itu kelihatan begitu menyayangi seorang Aydeel?

+++

AYDEEN tersengih suka memerhatikan Qisha yang sedang membawa keluar biskut buatan gadis itu. Bebelan gadis itu didengarnya tanpa sedikit pun perasaan bosan.

"Aku tak sabar nak gigit jari gebu kau". Kata - kata Aydeen menghentikan bebelan Qisha.

"Apa?" Soal Qisha terkejut.

"Aku tak sabar nak gigit jari gebu kau. Geram je tengok dari tadi. Agaknya mesti jari gebu kau tu cantik kalau pakai cincin tunang dan nikah kita. Kahwin dengan kau ialah impian yang kedua".

"Apa impian pertama awak?"

"Kasih sayang papa dan mama aku". Qisha terdiam mendengar jawapan Aydeen. Namun, dia bersyukur kerana impian pertama Aydeen sudah tercapai.

"Impian ketiga aku, membalas jasa - jasa mama, papa, mummy and daddy. Aku juga nak bahagiakan kau dan bakal anak - anak kita. Aku janji aku takkan kecewakan kau. Aku pilih untuk berubah sebab aku cintakan kau, Nur Qisha".

Dada Qisha sebak.

Air mata menitis. Namun, Qisha lekas menyekanya apabila pintu bilik kdiketuk dan dikuak dari luar.

Pandangan Aydeen dan Qisha teralih pada Trisha yang masuk ke dalam bilik bersama - sama Muiz dan Enrique.

"Brotha!" Tak menunggu lama Enrique lekas sahaja mendapatkan tubuh Aydeen.

Aydeen ketawa.

"I miss you, brotha". Adu Enrique sambil menggogoi.

Kepala Enrique digosoknya lembut.

"Aku rindukan kau juga. Rindu sangat - sangat". Balas Aydeen dengan lembut. Aydeen mengukirkan senyuman manis.

"Deen, Qisha..."

Mereka memandang Trisha.

"Aku sedar aku dah banyak buat salah dengan Deen. Aku sedar aku penyebab Shah buat kerja gila ni. Aku sepatutnya sedar bila Deel beritahu aku supaya lepaskan Deen kerana aku cintakan Deen sebab Deen takkan bahagia dengan aku. Jadi, tahniah Qisha sebab kau dah menang tanpa bertanding. Kau layak dengan Deen jauh dari mana - mana perempuan. Kau boleh bahagiakan Deen sedangkan aku tak boleh. Jaga dia elok - elok". Ujar Trisha seraya menghulurkan tangan pada Qisha.

Qisha menyambut huluran tangan Trisha.

"Sama - sama, Trisha. Aku akan jaga Deen sebaiknya. Terima kasih, Trisha dan maafkan aku sebab kenakan kau. Aku betul - betul serba salah". Ucap Qisha perlahan.

Trisha tersenyum nipis.

"Biarkan saja perkara yang berlalu". Bidas Trisha tenang.

Qisha memeluk erat tubuh Trisha.

"Bahagialah. Tolong bahagiakan diri kau, Trisha. Cari lelaki yang ikhlas debgan kau". Pesan Qisha lagi.

"Aku dah jumpa lelaki tu, Qisha. Aku pilih Shah. Shah lebih memerlukan aku berbanding Deen. Sebab aku cinta aku lepaskan Deen pada kau. Sebab aku sayang aku pilih Shah". Jawapan Trisha membuatkan Qisha meleraikan pelukan.

Trisha menyeka air matanya lalu dia memandang Aydeen yang masih diam memandangnya.

"Aku minta maaf sebab selama ni aku hina kau macam - macam. Aku minta maaf sebab aku berikan harapan palsu pada kau. Maaf". Kali ini Aydeen pula merendahkan diri meminta maaf.

Trisha mengukirkan senyuman kelat.

"Deen, Muiz pun minta maaf atas salah yang Muiz dah buat pada Ayeen. Muiz buat demi abang. Sumpah tak pernah terdetik pun hati Muiz nak buat bukan - bukan pada Ayeen. Muiz cuma terpaksa..."

Aydeen tersenyum.

"Tak apa. Aku maafkan. Aku faham macam mana perasaan adik pada abangnya. Aku pun sanggup buat kerja gila juga kalau aku jadi kau. Aku akan buat apa - apa saja asalkan abang kembar aku bahagia". Kata Aydeen.

Enrique memandang Aydeen.

"Aku sayangkan kau, Idlan. Jangan tinggalkan aku tau!" Aydeen ketawa lagi mendengar bicara tiber Enrique.

"Aku takkan tinggalkan kau. Kau kawan baik aku dan kau juga dah macam adik aku sendiri, Enrique". Balas Aydeen tenang.

Qisha diam memerhati tiga orang yang berada diruang ini.

Dua darinya memberikan kepahitan dalam hidup Aydeen. Seorang darinya memberikan kebahagiaan pada Aydeen. Tapi, Aydeen masih sayang ketiga - tiganya. Masih rela maafkan meskipun dia sudah banyak dianiaya.

"Aku minta diri dulu..." Pamit Trisha.

"Jaga diri". Ucap Aydeen.

"Baiklah. Bye Qisha..." Ucap Trisha pada Qisha.

Qisha melambai apabila melihat Trisha keluar dari bilik bersama - sama Muiz.

"Hey, gengster kenit". Enrique menyeru Qisha.

Qisha mengerut dahi.

Gengster kenit?!

"Kau nak apa?!" Soal Qisha kasar. Suka hati saja panggil dia begitu.

"Jaga Idlan elok - elok. Bahagiakan dia sebab dia dah pilih kau. Kakak aku sendiri mengalah sebab kau".

Qisha diam.

"Kau nak tahu tak? Lelaki takkan berubah disebabkan perempuan itu mencintai dia. Tapi, lelaki akan berubah sebab dia mencintai perempuan itu. Aku jamin Shah akan berusaha untuk berubah kalau Shah betul - betul mencintai Trisha dan mahu membina hidup bahagia. Semua manusia layak untuk peluang kedua". Balas Qisha tenang.

Enrique mencebik.

"Padanlah kau suka sangat dengan si kenit ni. Pandai melawan. Kau suka eh dapat perempuan macam ni". Kata Enrique.

"Haah. Perempuan ganas macam Qisha ni rough and sexy kat atas katil". Balas Aydeen nakal.

"Deen!" Memerah pipi Qisha mendengar bicara Aydeen.

Mengekek ketawa Aydeen melihat muka merah padma Qisha.

Comel!

"Aku balik dululah. Nak temankan kakak aku dan Muiz. Nanti kahwin jangan lupa jemput aku". Pesan Enrique.

"Bye gangster kenit".

Qisha tayang penumbuk sambil membuat muka bengis pada Enrique membuatkan lelaki itu bingkas keluar dari bilik Aydeen.

Aydeen ketawa.

"Kau betul, Qisha. Aku berubah sebab aku cintakan kau. I love you, Qisha. Impian aku yang kedua akan tercapai tak lama lagi". Tutur Aydeen tenang bersama - sama senyuman.

Demi Allah, ini bahagia yang dia inginkan.

Continue Reading

You'll Also Like

4K 534 80
Siapa sangka lelaki beku seperti Ferhat Aslan Lucas boleh jatuh cinta? Jatuh cinta pula pada cucu kepada musuh keluarganya. Keluarga yang membunuh or...
192K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
242K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
116K 4K 66
"You play the game, and I'll determine if you score." ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationsh...