DEEL & DEEN (B4)

By CutyLyn123

280K 23.4K 4.6K

AYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata... More

Deel & Deen...
Deel & Deen - 1
Deel & Deen - 2
Deel & Deen - 3
Deel & Deen - 4
Deel & Deen - 5
Deel & Deen - 6
Deel & Deen - 7
Deel & Deen - 8
Deel & Deen - 9
Deel & Deen - 10
Deel & Deen - 11
Deel & Deen - 12
Deel & Deen - 13
Deel & Deen - 14
Deel & Deen- 15
Deel & Deen - 16
Deel & Deen 17
Deel & Deen 18
Deel & Deen 19
Deel & Deen 20
Deel & Deen 21
Deel & Deen 22
Deel & Deen 23
Deel & Deen 24
Deel & Deen 25
Deel & Deen 26
Deel & Deen 27
Deel & Deen 28
Deel & Deen 29
Deel & Deen 30
Deel & Deen 31
Deel & Deen 32
Deel & Deen 33
Deel & Deen 34
Deel & Deen 35
Deel & Deen 36
Deel & Deen 37
Deel & Deen 38
Deel & Deen 39
Deel & Deen 40
Deel & Deen 41
Deel & Deen 42
Deel & Deen 43
Deel & Deen 44
Deel & Deen 45
Deel & Deen 46
Deel & Deen 47
Deel & Deen 48
Deel & Deen 49
Deel & Deen 50
Deel & Deen 51
Deel & Deen 52
Deel & Deen 53
Deel & Deen 54
Deel & Deen 55
Deel & Deen 56
Deel & Deen 58
Deel & Deen 59
Epilog
Deen & Qisha - 1❤️
Deen & Qisha - 2❤️
Deen & Qisha - End❤️
Shah & Trisha❤️

Deel & Deen 57

4.3K 411 74
By CutyLyn123

DIA berjalan sendirian meskipun sedikit payah. Apa yang mahu dikata? Dia benar - benar sakit hati dengan mama.

Apa yang dia buat semua tak kena di mata mama!

Jadi, biar dia saja yang membawa diri biar dia hilang dari pandangan mama. Tentu mama akan berpuas hafi.

"Deen". Langkah Aydeen mati tatkala dia mendengar suara Shah memanggilnya. Aydeen memusingkan tubuh lalu dia memandang seraut wajah Shah tanpa sebarang perasaan.

"Apa yang kau nak?' Soal Aydeen dingin.

"Aku nak bunuh kau. Tapi..." Pandangan Shah tertumpu pada kaki Aydeen yang sudah berbalut.

"Kau cacat. Aku rasa tak seronok kalau nak bunuh kau dengan keadaan yang kau tak boleh melawan aku. Jadi, aku buat begini saja". Baju Aydeen dicengkamnya lantas Shah menghentakkan kepala lelaki itu dengan kuat tanpa berhenti.

"Ini balasan sebab kau rampas semuanya dari aku!" Jerkah Shah.

Kepala Aydeen mula mengalirkan darah barulah Shah berhenti menghentak. Malahan, Aydeen juga sudah tak sedarkan diri.

Shah melepaskan tubuh Aydeen biar remaja lelaki itu terbaring di situ.

Tubuh Aydeen ditendangnya kuat lantas Shah berlalu pergi.

+++

NAFAS terasa tercungap - cungap. Berpeluh tubuhnya tatkala dia menyedari bahawa dia telah mengingati kesemua memorinya. Kenapa dia boleh lari dari rumah sehinggalah punca dia hilang ingatan.

Aydeen berusaha bangun dari pembaringan.

Tubuhnya yang terasa menggigil kesejukan cuba diabaikan. Dia sedar bahawa dia berada di dalam bilik beku sebegini dia akan mati sekiranya dia tertidur di dalam tempat ini. Jadi, dia juga takkan berupaya untuk membina bahagia bersama - sama Qisha.

Kau kuat, Deen.

Aydeen membuka langkah perlahan - lahan menuju ke arah dedaun pintu bilik itu.

Aydeen memerhatikan keadaan di luar.

Kelihatan seperti ruang pembekuan daging untuk sesebuah restoran terkemuka..

Aydeen menendang kuat pintu itu agar dia dapat melepaskan diri dari tempat itu. Shah memang bodoh gamaknya. Mengurung dia dalam kawasan sebegini. Tentu saja dia akan dilepaskan.

"Sesiapa!" Jerit Aydeen lagi.

Pintu ditumbuknya kuat.

"Tolonglah. Keluarkan aku!" Rayu Aydeen lagi.

Sunyi.

Aydeen melorot jatuh. Air matanya yang mengalir terasa mula membeku. Bibirnya menggeletar. Kulitnya memucat.

Sejuk.

"Mama...." Aydeen menangis teresak - esak.

Dia nak balik.

Dia nak beritahu mamanya yang dia sudah dapat memorinya semula. Dia nak minta ampun sebab dia dah melukakan hati mamanya.

"Mama..." Ulangnya sayu.

+++

AYDEEL resah. Semua kawasan yang dicari tiada Aydeen.

Mana kau pergi, Deen?

Aydeel memandang keadaan yang sudah huru - hara. Mamanya yang paling teruk menangis kerana risau keberadaan dan keselamatan Aydeen.

Telefon bimbit Aydeel tiba - tiba sahaja berdering membuatkan perhatian Aydeel bingkas menekan ikon hijau yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya. Aneh, nombor yang tidak dikenali tiba - tiba sahaja membuat panggilan disaat begini.

"Hello?"

"Deel". Air muka Aydeel berubah tatkala mendengar suara Shah.

"Mana adik aku, tak guna? Kau pulangkan adik aku sekarang!" Api amarahnya terus menggelegak bila mendengar suara Shah ketawa.

Lagak Shah seolah - olah dia tak membuat sebarang kesalahan!

"Aku dah hantarkan lokasi untuk kau datang bertemu Deen. Hanya kau saja. Kalau kau mungkir janji aku akan pastikan kau akan jumpa jasad tak bernyawa milik adik kembar kau". Sinis Shah seraya mematikan panggilan.

Tak guna!

"Deel, kenapa ni?" Soal Aysyafie apabila melihat muka bengang Aydeel.

Dia sudi menghulurkan bantuan pun kerana Aydeen sudah hilang dan Aydeel datang merayu untuk membantunya kerana Aydeen diculik oleh orang sama telah membunuh Shah.

"Deel nak jumpa Shah kat lokasi yang dia dah berikan pada Deel. Setengah jam selepas Deel pergi pak long bawa polis untuk pergi ke sana. Kita tak boleh berdiam diri". Pesan Aydeel.

"Deel, biar papa temankan. Papa takut kalau dia apa - apakan Deel pula. Papa takut papa akan kehilangan kedua - duanya". Harraz menangis.

Aydeel tersenyum nipis.

"Deel janji Deel akan balik bersama - sama Deen. Pak long tolong ya? Ini harapan terakhir kita". Pesan Aydeel sebelum dia berlalu pergi meninggalkan tiga orang lelaki dewasa di situ.

Aydeel bertekad dia akan datang untuk Aydeen tak kira apa jua cara sekalipun.

Setibanya di kawasan yang dihantar padanya, Aydeel terus sahaja melangkah keluar dari kereta lalu dia membuka langkah mendekati Shah yang sudah berdiri tak jauh dari situ.

"Kau datang juga akhirnya". Puji Shah bersama - sama sengihan.

"Mana adik aku?" Soal Aydeel kasar.

"Di dalam ni". Pintu bilik beku itu diketuknya dihadapan Aydeel.

"Kau bodoh ke?! Mana ada orang boleh hidup kat dalam tu!" Jerkah Aydeel bengang.

Shah ketawa.

"Mana aku tahu. Apa pun, aku akan berikan kau dua pilihan. Sama ada kau pergi minta bantuan untuk tolong Deen atau kau nak masuk dalam tempat ni untuk temankan Deen. Kalau kau pergi cari bantuan mungkin tak sempat dah sebab aku dah kurung dia dalam tu cukup lama dan kalau kau nak temankan dia semestinya aku akan kunci kau kat dalam tu supaya kau boleh mati sama - sama dengan Deen. So?" Shah tersengih memandang Aydeel.

Aydeel mengetap rahang.

"Aku pilih nak teman Deen". Jawapan berani itu membuatkan Shah tersebgih suka.

Dedaun pintu dibuka lalu dia menolak Aydeel masuk ke dalam tempat itu. Pintu itu kembali dikunci.

"Bodoh". Kutuk Shah seraya berlalu pergi.

"Deen!" Aydeel berlari menerpa Aydeen yang sudah terbaring lemah. Tubuh adikbya itu ditarik ke dalam pelukan.

Allah, sejuknya tubuh adiknya.

"De-Deel... A-aku ri-rindukan k-kau..." Adu Aydeen perlahan.

"Aku pun". Balas Aydeel seraya mengeratkan pelukan.

Dia mesti menghangatkan Aydeen.

"Jangan tidur Deen. Jangan tidur". Pujuk Aydeel bersama - sama tangisan.

Dia takut.

Tubuh Aydeen menggeletar teruk. Tentu saja adik kembarnya itu terseksa duduk di tempat sejuk sebegini.

"Ka-kalau ak-aku tt-terus jaga, ma-mama akan sa-sayang aku ke?" Soal Aydeen lemah.

"Sayang! Mama akan jadi orang pertama yang menjaga kau, Deen. Mama akan gantikan semula kasih sayang yang dia tak berikan untuk kau dulu. Mama akan pastikan kau jadi anak yang bahagia. Kau boleh hidup dengan Qisha, Deen. Tolonglah jangan buat aku kehilangan orang yang aku sayang untuk kali kedua, Deen". Tutur Aydeel sebak.

Aydeen membalas pelukan Aydeel.

"Sej-sejuk. Pe-peluk kuat s-sikit". Pinta Aydeen.

Aydeel mengggosok tangan Aydeen dengan tangannya untuk menghasilkan haba.

"Jangan tidur. Tolonglah jangan tidur. Pak long akan cari kita. Kita akan selamat". Ucap Aydeel lagi.

"A-aku tahu. Ka-kau me-memang a-abang yang ba-baik..."

Deen...

"A-aku dah ingat s-semua". Bicara Aydeen membuatkan Aydeel memandang seraut wajah pucat adiknya.

"Apa?"

"Ak-aku m-minta maa-maaf sebab Ne-Nelly. Ak-aku ta-tak sepatutnya ra-rapat d-dengan dia. Ja-jadi mesti k-kau ta-takkan ke-kehilangan d-dia. Ak-aku min-minta ma-af. A-aku na-nak gan-ganti n-nyawa a-aku tap-tapi tak boleh. Am-ampun, aba-abang".

Aydeel menangis.

"Tak perlu gantikan nyawa kau dengan Nelly. Kau lebih berharga dari segala - galanya, Deen. Aku masih boleh terima kalau dia yang pergi. Tapi, aku takut aku yang gila sebab kau tak ada. Jangan mati, Deen. Jangan pergi ke mana - mana". Bisik Aydeel sayu.

Aydeen menggenggam erat tangan Aydeel.

"Ak-aku ada sa-saja di ss-sini..." Bisik Aydeen lemah.

Air mata Aydeel gugur lagi. Tak henti dia cuba mengalirkan haba untuk Aydeen yang sudah semakin kesejukan. Tubuh dia juga sudah semakin kehilangan haba.

Pak long, tolonglah datang cepat...

Continue Reading

You'll Also Like

148K 7.6K 31
Highest #1 in Highschool [KEMUNGKINAN JALAN CERITA AGAK SAMA DENGAN STORY SAYA YANG LAIN] Hidup dia hanya dicaci maki serta dipukul oleh orang yang d...
76.4K 5.6K 29
status:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.
15K 74 1
Nik Fayyadh x Adwa Izyan ( ON EDITING ) "You fall into a game that you will never be a winner, Han." Dia... Nik Fayyadh. Lelaki yang berusia 23 tah...
419K 19.5K 60
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 2 ) RANKING NO 3 ACTION 🏅 RANKING NO 1 DINGIN🏅 Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...