DEEL & DEEN (B4)

By CutyLyn123

280K 23.4K 4.6K

AYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata... More

Deel & Deen...
Deel & Deen - 1
Deel & Deen - 2
Deel & Deen - 3
Deel & Deen - 4
Deel & Deen - 5
Deel & Deen - 6
Deel & Deen - 7
Deel & Deen - 8
Deel & Deen - 9
Deel & Deen - 10
Deel & Deen - 11
Deel & Deen - 12
Deel & Deen - 13
Deel & Deen - 14
Deel & Deen- 15
Deel & Deen - 16
Deel & Deen 17
Deel & Deen 18
Deel & Deen 19
Deel & Deen 20
Deel & Deen 21
Deel & Deen 22
Deel & Deen 23
Deel & Deen 24
Deel & Deen 25
Deel & Deen 26
Deel & Deen 27
Deel & Deen 28
Deel & Deen 29
Deel & Deen 30
Deel & Deen 31
Deel & Deen 32
Deel & Deen 33
Deel & Deen 34
Deel & Deen 35
Deel & Deen 36
Deel & Deen 37
Deel & Deen 38
Deel & Deen 39
Deel & Deen 40
Deel & Deen 41
Deel & Deen 42
Deel & Deen 43
Deel & Deen 44
Deel & Deen 45
Deel & Deen 46
Deel & Deen 47
Deel & Deen 48
Deel & Deen 49
Deel & Deen 50
Deel & Deen 51
Deel & Deen 52
Deel & Deen 54
Deel & Deen 55
Deel & Deen 56
Deel & Deen 57
Deel & Deen 58
Deel & Deen 59
Epilog
Deen & Qisha - 1❤️
Deen & Qisha - 2❤️
Deen & Qisha - End❤️
Shah & Trisha❤️

Deel & Deen 53

4.1K 410 103
By CutyLyn123

RESAH Indah dibuatnya apabila kelibat anak mereka masih tidak kelihatan. Jarum jam sudah menunjukkan pukul enam. Lagi satu jam setengah azan maghrib akan berkumandang. Idlan tak pernah pulang selewat ini.

"Mana Idlan pergi ni?" Gumam Indah resah.

Indah terus berlari mendekati suaminya sebaik sahaja melihat Saiful sudah bersiap seakan - akan mahu keluar.

"Abang nak pergi ke mana?" Soal Indah lembut.

"Bersiap cepat. Kita akan bawa pulang anak kita". Arahan Saiful membuatkan Indah melopong.

"Maksud abang, Idlan dah pergi ke rumah keluarga kandung dia ke? Ya Allah, macam mana ni. Kita mesti akan hilang anak kita". Cemas! Indah sudah mula mahu menangis.

Idlan itu ditatang mereka bagai minyak yang penuh.

"Itu abang kata Indah kena bersiap cepat. Kita kena pergi ambil Idlan semula sebelum mereka meracun fikiran anak kita. Lekas abang tunggu". Tanpa membuang masa Indah terus saja berlalu ke bilik mereka.

Indah tak mampu fikir perkara lain melainkan Idlan.

Saiful menghela nafas.

Sejujurnya, dia tak sangka Idlan tergamak mahu menipu mereka. Malahan, Idlan juga mempermainkan Trisha. Mujurlah dia mengupah dua orang pekerjanya untuk mengikuti Idlan. Jika tidak tentu saja mereka berdua masih meninggu Idlan persis orang dungu.

Saiful tak kira.

Apa pun jadi. Jadilah.

Apa yang dia mahu cumalah Idlan. Jika Idlan tak ada maka dia sendiri tak mahu hidup kerana Idlan itu nyawa dia dan juga Indah.

Idlan cinta yang mereka tunggu selama 16 tahun.

+++

SEGAN. Itu yang terlintas dalam hati Idlan apabila dia dilayan persis tuan putera yang datang bertandang di rumah rakyat jelata. Mana tidaknya. Tak sempat dia capai sudu untuk cedokkan lauk mamanya dulu sudah tolong cedokkan. Malahan, nasi juga mama yang cedokkan. Papanya juga tak kurang seperti mama. Tukang tuang air untuk dia.

Aduhai...

Dia bukannya raja sehinggakan dia mahu mama dan papanya melayan dia seperti ini. Papa dan mama dia bukan hamba.

"Mama, papa..." Lembut suara Idlan membuatkan Harraz dan Ayreena memandang remaja lelaki itu.

"Id-Deen, umur berapa?" Soalnya polos.

Setiap kali Enrique bertanya tentang umurnya dia sentiasa cuba mengelak dari menjawab soalan itu. Padanlah bila dia bertanya tentang umurnya mummy dan daddy kelihatan kelu untuk menjawab.

"Tujuh belas tahun". Balas jawapan itu membuatkan Idlan diam.

Jadi, dia dan Qisha cuma berbeza setahun saja.

Idlan memandang Qisha yang sedang menjamah nasi. Setiap perlakuan Qisha semuanya nampak indah di matanya. Betul orang kata. Kalau dah cinta semuanya cantik. Tapi, Qisha memang cantik. Gebu!

Eyyy, rasa nak gigit je. Geram!

"Kenapa kau tengok Qisha macam nak terkam, Deen?" Tegur Aydeel tatkala melihat renungan adik kembarnya seolah - olah mempunyai angan - angan sendiri.

Ahli keluarganya terus memandang Idlan.

Idlan mengukir senyuman nakal tatkala melihat Qisha turut memandangnya.

"Ya, memang aku nak terkam pun. Geram sangat!" Balas Idlan bersahaja.

Habis hilang sifat polos tanpa cinta sejak Qisha datang semula dalam hidupnya. Dia rasa seperti dia orang lain. Perangai dia mula berubah nakal dari semasa ke semasa.

Qisha tersedak.

Terus Ayeen menghulurkan segelas air kosong buat gadis itu. Habis merah muka Qisha.

Sejujurnya, Qisha tak menyangka Idlan akan kata begitu di depan ahli keluarga lelaki itu. Aduhai, Idlan ni walaupun amnesia. Perangai kejujuran dan pemikat dia tu masih tetap ada. Tak boleh nak buang dah!

Ayreena dan Harraz memandang Idlan dan Qisha.

Aih, dua orang ni macam ada something je.

Tak sempat Ayreena nak membuka mulut tiba - tiba saja keharmonian mereka diganggu dengan suara orang memberi salam. Mungkin yang lain tak mengenali suara itu. Tapi, seorang Idlan Dean kenal.

Laju saja Idlan bawa pinggan ke dapur lalu dia mencuci tangannya.

"Nanti saya basuh pinggan!" Katanya kalut seraya menuju ke arah pintu utama tatkala melihat Ayreena juga menghala ke arah sana.

Sudah dijangka.

Mummy dan daddynya datang ke mari. Mencarinya.

"Idlan!" Tak sempat Indah mahu menerpa Idlan, Ayreena terlebih dahulu menarik lengan Idlan supaya berdiri dibelakangnya. Jangan harap dia nak biarkan pasangan ini merampas Idlan darinya.

"Pulangkan Idlan". Kali ini Saiful pula mengarah.

"Kau siapa nak suruh isteri aku pulangkan dia?" Harraz terus mencelah sambil tayang muka kurang senang.

"Pulangkan Idlan". Ulang Saiful lagi.

"Dia anak aku. Aku mengandung dan lahirkan dia. Kau tak ada hak nak rampas dia dari aku". Kata Ayreena tegas.

"Idlan anak aku!"

"Hey, perempuan. Nama dia bukan Idlan. Nama dia, Deen. Aydeen Hyraz!" Bidas Ayreena.

"Tak kisahlah. Aku dan suami aku yang jaga dia waktu dia sakit! Dia separuh mati waktu suami aku jumpa dia. Kaki patah. Kepala berdarah. Leher ada kesan jerutan. Tangan luka torehan sana sini. Kami berdua yang ubatkan luka dia sampai hilang parut tu! Kami didik dia dan berikan dia kasih sayang!" Balas Indah dengan geram. Sampai menjerit dia pada Ayreena.

Hati dia sakit bila Ayreena mahu memisahkan dia dengan Idlan.

Air mata mummy...

"Betul. Kalau kau orang mak ayah yang hebat kau orang akan jaga dia leok - elok. Tapi kau orang buat dia macam sampah! Kami dah ambil dia dan tatang dia macam minyak yang penuh. Sekarang, kau nak rampas dia daripada kami? Tergamak kau orang". Bidas Saiful.

"Kau!" Melihat Harraz mula berang...

Idlan tak sanggup lagi berdiri saja.

Dia lekas berdiri di antara pasangan itu.

Harraz, Ayreena, Indah dan Saiful. Masing - masing memandang ke arah Idlan.

Sementara, Aydeel, Ayeen dan Qisha hanya memerhatikan saja. Mereka tak rasa mereka perlu masuk campur kerana ini masalah Idlan. Sebolehnya, biar Idlan saja yang menguruskan sendiri.

Idlan menghela nafas.

"Jangan bergaduh". Pujuk Idlan lembut.

"Macam mana mummy tak mahu bergaduh, Idlan? Perempuan ni nak rampas Idlan dari mummy". Adu Indah sayu.

"Nama anak aku Deen!" Herdik Ayreena geram.

"Suka hatilah!" Bidas Indah kasar.

"Please, stop". Suara tegas Idlan membuatkan masing - masing terdiam.

"Mama, papa, mummy dan daddy. Empat - empat ni Deen dan Idlan sayang. Tak kisahlah macam mana pun. Kasih sayang diri ni takkan pernah berubah untuk empat insan di depan ini. Mama dan papa boleh gelar diri ini, Deen. Mummy dan daddy masih boleh gelar diri ini, Idlan". Katanya tenang.

Air muka mereka berubah.

"Deen, sayangkan papa dan mama seikhlas hati. Tak pernah terdetik pun rasa benci walaupun apa yang diri Deen pada masa lalu hadapi. Deen faham itu khilaf papa dan mama sebagai manusia. Manusia pun takkan pernah lari dari melakukan kesalahan". Tuturnya lembut.

"Mummy dan daddy pula... Kenapa tak beritahu perkara sebenar? Kenapa mummy sanggup tanggung dosa sebab peluk dan cium Idlan? Idlan rasa serba salah..." Bicara itu membuatkan Indah menarik tangan Idlan.

Ayreena terasa mahu menyinga namun Harraz lekas menahan.

"Mummy takut kalau Idlan tahu kebenarannya, Idlan akan tinggalkan mummy dan daddy. Kami cuma ada Idlan saja yang paling berharga. Sejujurnya, mummy dan daddy dah jatuh sayang pada Idlan wajtu pertama kali daddy Idlan bawa Idlan pulang". Ucap Indah sayu.

Esakkan Indah membuatkan hati Idlan rasa sakit.

"Daddy pun minta ampun pada Idlan. Daddy juga salah sebab tamak nak simpan Idlan hanya untuk kami. Idlan mesti benci kami berdua kan?" Soal Saiful lirih.

Idlan menggeleng laju.

Dia menepuk dada sendiri.

"Sayang Idlan pada mummy dan daddy takkan pernah berubah walaupun apa jua kenyataannya. Idlan tetap sayang mummy dan daddy macam Idlan sayang papa dan mama. Idlan ada dua cinta dan dua pewira. Idlan bahagia sebab Idlan dapat kasih sayang. Terima kasih sebab tak berkira dengan Idlan. Idlan bersyukur". Jawapan Idlan mengundang tangisan Indah.

"Trust me mummy. I love you so much. Takkan pernah berubah". Ucap Idlan lembut.

Idlan menoleh memandang wajah cemburu si mama.

Alahai...

"I really loves you, mama. With all my heart. Kekal aje sampai bila - bila". Kata Idlan lagi.

Ayreena terus menarik tubuh Idlan ke dalam pelukan.

Saiful merampas Idlan dari Ayreena lalu tubuh Idlan itu dipeluknya. Dia hanya menghiraukan pandangan tak puas hati Ayreena. Dia tak takut.

Idlan memandang Saiful.

Bibir Idlan menguntum senyuman manis.

"You're the best father in the world", Pujian itu membuatkan Saiful mengukirkan senyuman lebar selebar - lebarnya.

Harraz sudah mula tarik muka masam.

Cemburu!

Idlan menoleh memandang si papa.

Alamak!

Pipi Saiful diciumnya lalu Idlan meleraikan pelukan mereka. Idlan sendiri yang memeluk Harraz tanpa disuruh.

"Jangan cemburu, pa. Papa ialah papa yang special untuk Deen. Berlegar satu dunia pun Deen takkan jumpa lelaki yang dapat ganti tempat papa". Bicara Idlan membuatkan Harraz terasa sebak.

Touching dia!

Idlan mencium pipi Harraz.

"Jadi, sekarang urusan kita dah selesai. Bolehlah balik". Halau Ayreena tanpa belas.

"Siapa kata kami nak balik?" Soal Indah.

"Ya, kami takkan balik selagi Idlan tak balik. Maknanya, kami akan menetap kat mana Idlan tidur sebab kami nak pastikan semua keperluan dia ada". Bidas Saiful pula.

Mata Idlan membulat.

Harraz memicingkan mata. Tak puas hati.

Tapi, melihat wajah bersungguh mummy dan daddynya, Idlan tahu bahawa bicara itu bukanlah satu gurauan.

Idlan meleraikan pelukan dengan Harraz.

Dia baru perasan dia berdiri di antara empat orang insan yang sedang bersabung mata.

Idlan meraup wajah sendiri.

Allah...

Sementara itu, Aydeel, Ayeen dan Qisha masing - masing melorek senyuman.

Jelas sekali ada hikmahnya hidup Aydeen merana dulu kerana Allah ingin menggantikan dengan kasih sayang yang berlipat kali ganda. Sesungguhnya, pemberian Allah itu lebih besar dari jangkaan manusia.

Mereka tahu.

Pasti Idlan akan menghadapi hari yang agak panjang selepas ini kerana kerenah papa dan mama mereka serta Indah dan Saiful  pasti  akan  mewarnai  hari  -  hari  Idlan.

Continue Reading

You'll Also Like

214K 18.3K 79
Peristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masi...
EVERISA By liz

Teen Fiction

115K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
5.4K 638 6
"Daniel, dia tak sama dengan lelaki lain. Dia terlalu manja. Dia agak kebudakan. Perwatakan tidak seiring dengan umur." DANIEL LOUISE... Dia, perwata...
52.9K 2K 59
[ ON-GOING ] a story about Princess Dania 🦋 . [ ROMANCE + ACTION ] . TENGKU DANIA MALAIKA - Namanya dikenali ramai. Kekayaannya menjadi sebutan. K...