DEEL & DEEN (B4)

By CutyLyn123

285K 23.5K 4.6K

AYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata... More

Deel & Deen...
Deel & Deen - 1
Deel & Deen - 2
Deel & Deen - 3
Deel & Deen - 4
Deel & Deen - 5
Deel & Deen - 6
Deel & Deen - 7
Deel & Deen - 8
Deel & Deen - 9
Deel & Deen - 10
Deel & Deen - 11
Deel & Deen - 12
Deel & Deen - 13
Deel & Deen - 14
Deel & Deen- 15
Deel & Deen - 16
Deel & Deen 17
Deel & Deen 18
Deel & Deen 19
Deel & Deen 20
Deel & Deen 21
Deel & Deen 22
Deel & Deen 23
Deel & Deen 24
Deel & Deen 25
Deel & Deen 26
Deel & Deen 27
Deel & Deen 28
Deel & Deen 29
Deel & Deen 30
Deel & Deen 31
Deel & Deen 32
Deel & Deen 33
Deel & Deen 34
Deel & Deen 35
Deel & Deen 36
Deel & Deen 37
Deel & Deen 38
Deel & Deen 39
Deel & Deen 40
Deel & Deen 41
Deel & Deen 42
Deel & Deen 43
Deel & Deen 44
Deel & Deen 45
Deel & Deen 47
Deel & Deen 48
Deel & Deen 49
Deel & Deen 50
Deel & Deen 51
Deel & Deen 52
Deel & Deen 53
Deel & Deen 54
Deel & Deen 55
Deel & Deen 56
Deel & Deen 57
Deel & Deen 58
Deel & Deen 59
Epilog
Deen & Qisha - 1❤️
Deen & Qisha - 2❤️
Deen & Qisha - End❤️
Shah & Trisha❤️

Deel & Deen 46

3.9K 383 161
By CutyLyn123

"SELAMAT pulang tuan muda". Terus sahaja pembantu - pembantu rumah menyambut kepulangan Idlan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Idlan mengukirkan senyuman manis.

"Terima kasih. Ini saya belikan coklat. Kongsi tau". Pesannya lantas memberikan sebungkus coklat kepada salah seorang pembantu rumah yang berdekatan.

Idlan terus berlalu menuju ke dapur manakala pembantu rumah di situ awal - awal lagi mengerumuni bungkusan yang diberikan Idlan.

"Mummy dan daddy!" Idlan pantas menerpa mummy dan daddynya. Kedua - duanya dipeluk dengan kasih sayang. Indah dan Saiful turut tersenyum senang dengan perangai lembut Idlan.

"Best tak teman Enrique pergi beli hadiah birthday mom dia?" Soal Saiful lembut.

Idlan mengangguk.

"Best sebab dia belanja Idlan makan. Idlan ada beli hadiah untuk Aunty Hannah memandangkan Enrique dah bersungguh mengajak Idlan pergi ke rumah dia malam ni. Mummy dan daddy pun pergi tau". Pesan Idlan.

"Mummy tak laratlah Idlan...."

"Daddy rasa daddy ada hal..."

"Alaaaa. Bolehlah kita pergi sama - sama. Idlan kekok kalau Idlan duduk seorang diri kat rumah Aunty Hannah dan Uncle Noh. Pweish, daddy. Daddy sayang Idlan kan?" Soal Idlan manja.

Saiful terus ketawa melihat gelagat Idlan.

"Daddy bergurau aje. Mestilah daddy pergi". Balas Saiful seraya mengusap rambut Idlan.

Idlan tersenyum suka.

"Mummmmmy? Mummmy pergi juga kan?" Soal Idlan sambil memandang Indah.

"Beri mummy dua sebab kenapa munny perlu pergi".

"First, Idlan Dean ni anak mummy. Second, mummy saaaayang Idlan sangat - sangat kan?" Tutur Idlan penuh nakal.

Bila Indah memandang Idlan, anak lelakinya itu mengerdipkan mata sambil tayang muka comel membuatkan Indah ketawa juga.

"Mummy akan pergi", Kata Indah seraya menarik lembut pipi Idlan.

Idlan tersengih suka.

"Daddy, tadi Idlan keluar dengan Enrique kat mall. Kami ada terserempak dengan married couple. Dia orang gelarkan Idlan ni Deen lepas tu dia orang buat muka sedih. Kali kedua pun waktu tengah makan ada budak comel panggil Idlan 'Deen'. Kenapa ya daddy? Idlan tak faham..." Cerita Idlan polos.

Air muka Indah dan Saiful terus saja berubah.

"Idlan jangan mudah percaya pada orang tau. Kalau mereka cakap apa pun jangan sesekali mendengarnya". Pesan Saiful dalam nada lembut. Bahu Idlan diusapnya penuh kasih.

Indah memeluk erat tubuh Idlan.

Awal - awal lagi mummynya menghamburkan tangisan.

"Mummy, janganlah menangis". Pujuk Idlan resah.

"Jangan tinggalkan mummy dan daddy, Idlan. Idlan aje satu - satunya anak yang kami berdua ada. Mummy sayang anak lelaki mummy. Mummy tak nak kehilangan Idlan". Tutur Indah teresak - esak.

Saiful juga menangis.

Sesungguhnya, mereka berdua takut kehilangan Idlan.

Baru dua bulan mereka merasa nikmat mempunyai anak seperti Idlan. Masih belum puas untuk mereka mencurahkan segala kasih sayang yang terpendam selama ini.

Idlan menyeka lembut air mata Indah.

"Jangan menangis. Idlan janji dengan mummy dan daddy Idlan takkan tinggalkan mummy dan daddy. Idlan tetap akan sayang mummy dan daddy sampai bila - bila". Ujar Idlan bersungguh.

Indah memandang Idlan yang mengukirkan senyuman manis.

Indah menekup lembut kedua - dua pipi Idlan lalu dahi lelaki itu diciumnya penuh kasih.

Allah...

Jika hendak memisahkan mereka dari Idlan. Cabut saja nyawa mereka kerana mereka enggan hidup tanpa cahaya kebahagiaan ini.

+++

AYREENA hanya termenung di luar tingkap sambil memerhatikan hujan yang turun menyembah bumi. Seraut wajahnya masih basah dengan air mata tidak dihiraukan.

Nota yang ditulis Aydeen sebelum melarikan diri itu betul - betul membuatkan hatinya rasa pilu. Dia terasa seolah - olah dia ialah ibu yang paling teruk di muka bumi ini.

Ayreena membuka laci mejanya yang terkandung segala lukisan dan nota milik Aydeen. Meskipun dia kata dia bencikan Aydeen. Namun, setiap catatan yang diberikan anak lelakinya itu tentu disimpan rapi di dalam lacinya.

Ayreena memejam erat matanya.

Terasa Aydeen yang lincah masih lagi ada dihadapannya.

"Mama! Mama!" Pada ketika itu, Aydeen berlari mendekati Ayreena yang sedang memasak di dapur. Melihat si mama memandangnya, Aydeen menayangkan sengihan comel lalu dia menghulurkan sekeping kad yang berwarna kuning.

"Apa ni?" Soal Ayreena hairan.

"Cikgu suruh bagi kat superhero. Deel bagi kat papa. Tapi, Deen nak bagi kat mama sebab mama superhero-in Deen! Mama hebaaat. Mama cekap buat kerja rumah. Mama boleh uruskan kami bertiga. You-are-the-best-mom-in-the-world!" Ucap Aydeen telus.

Ayreena tersenyum.

Rambut Aydeen diusapnya penuh kasih.

"Deen sayang mama?" Soal Ayreena lembut.

"Sayang!"

"Mari peluk mama". Aydeen hanya mengakuri arahan mamanya lalu tubuh mamanya dipeluk erat. Perlahan - lahan Aydeen megukirkan senyuman apabila mamanya mencium dahinya.

"Deen sayang mama. Deen sanggup buat aaaapa aje demi mama".

Ayreena menangis semahunya apabila dia mengimbau kembali kenangan masa lalu. Aydeen memang dari dulu terlihat bersungguh untuk mengambil hatinya.

Kenapa dia tak mengerti?!

"Mama..." Ayreena terus menyeka air matanya tatkala mendengar suara Aydeel menyerunya. Pantas nota yang diberikan Aydeen disimpan kemas di dalam laci mejanya dan dikunci. Kemudian, barulah Ayreena memusingkan tubuh memandang anak sulungnya.

"Ya, Deel?" Soal Ayreena lembut.

"Mama, jomlah makan". Pujuk Aydeel dengan lembut. Kesian pula dia pada mamanya yang seharian berkurung di dalam bilik dan menangis.

"Ma-mama tak laparlah, sayang. Deel pergilah makan". Balas Ayreena perlahan.

Aydeel melangkah masuk ke dalam bilik papa dan mamanya lalu dia melangkah mendekati si mama. Aydeel memegang lembut tangan mamanya.

"Mama, makanlah. Nanti mama sakit".

Ayreena menggeleng.

"Mama... Berhenti salahkan diri mama. Deel tak sanggup tengok mama macam ni. Mama dah makin cengkung". Tegur Aydeel lagi.

Ayreena menangis.

"Ma-mama rindukan Deen. Mama nak peluang kedua untuk jaga Deen..." Tutur Ayreena perlahan. Air matanya jatuh menitis mengenai tangan Aydeel membuatkan Aydeel menahan diri dari menangis.

Aydeel mengukir senyuman nipis.

"Af ada beritahu Deel yang dia dan Qisha jumpa Deel kat mall yang sama mama dan papa jumpa. Deel pasti yang Deen tinggal berdekatan dengan area tu. Deel dah berpakat dengan Qisha dan Af untuk cari kerja kat mall tu memandangkan dah start cuti sekolah. Deel memang bersungguh nak cari Deen. Mama setuju?" Soal Aydeel lembut.

"Setuju. Ta-tapi, kalau Deel jumpa Deen. D-Deen nak balik ke? Deen dah bencikan mama..." Ayreena menangis kuat.

Aydeel menggenggam erat tangan Ayreena.

"Deel janji Deel akan berusaha meyakinkan dia. Deel akan bawa pulang Deen semula".

Ayreena teresak kecil.

Aydeel menyeka lembut air mata mamanya.

"Jom kita makan. Papa dan Ayeen dah makan dengan pak cik. Hari ni, kami berempat masak sama - sama untuk mama tau. Riuh dapur sebab papa dan pak cik baling - baling tepung kat dapur. Tapi, dapur tu dah bersih sebab Ayeen membebel". Cerita Aydeel sambil ketawa.

Ayreena tersenyum kelat.

"Nanti Deen balik boleh mama minta dia buatkan mama paprik? Mama suka paprik Deen buat".

Aydeel memeluk erat lengan mamanya.

"Mestilah boleh. Deen tu mesti seronok kalau dia dengar mama cakap macam tu!" Bicara ceria Aydeel sedikit pun tak mampu menghambat rasa rindu Ayreena pada seorang Aydeen Hyraz.

Baliklah, Deen. Mama rindu Deen...

+++

TRISHA membelek tubuhnya dihadapan cermin. Rambutnya sengaja dibebaskan kerana Aydeen dulu sukakan perempuan yang tidak mengikat rambut dan berpakaian seksi. Jadi, pada malam ini dia mengenakan pakaian one shoulder top dan paperbag waist striped shorts.


















Trisha tersenyum puas hati melihat penampilannya.

Cukup seksi untuk Aydeen or Idlan!

Pintu biliknya diketuk dari luar.

"Coming!" Trisha bingkas menuju ke arah dedaun pintu biliknya lalu dedaun pintu itu dikuak dari dalam.

Enrique melopong melihat penampilan kakaknya.

"Kakak..."

"Cantik kan?" Soal Trisha sambil tersengih.

"Ya, cantik. Tapi, seksi sangat ni. Kakak kena pergi tukar baju yang bertutup sikit sebab Idlan tak..." Trisha menghalang bicara adiknya dengan meletakkan jari telunjuknya pada bibir Enrique.

"Kakak tahu apa yang kakak buat. Jom". Gamit Trisha lantas dia membuka langkah menuruni tangga.

Enrique menghela nafas.

Aduhai, kakaknya tak pernah tak degil.

Sementara itu...

Saiful dan Zamir saling bersalaman.

"Terima kasihlah sebab sudi datang". Ucap Zamir bersama - sama sneyuman manis. Saiful tersenyum.

"Terima kasih kerana menjemput kami sekeluarga". Balas Saiful tenang.

Idlan mengukirkan sneyuman manis tatkala mom kepada Enrique iaitu Hannah tersenyum memandangnya.

"Kacaknya si Idlan ni. Tak jemu mata aku memandang". Pujian itu membuatkan Indah tersenyum nipis. Bahu Idlan diusapnya penuh kasih.

"Aunty Hannah pun cantik juga. Happy birthday, aunty". Ucap Idlan seraya menghulurkan hadiah itu pada Hannah.

"Awww, thank you!" Ucap Hannah teruja.

"Idlan!" Terkejut mereka semua apabila melihat Trisha berlari turun dari tangga lalu dia memeluk erat lengan Idlan sebaik sahaja mendekati lelaki itu.

Idlan mengukirkan senyuman nipis.

"Tak sangkanya, Idlan datang. Tak sia - sia cuti Trisha kalau hari - hari ada Idlan". Tutur Trisha penuh teruja.

"Trisha, jangan peluk Idlan macam itu". Hannah terus tarik tangan Trisha menjauhi Idlan sebaik sahaja melihat pandangan kurang senang Indab dan Saiful.

Trisha mencebik geram.

"Brotha ku!" Enrique terus mendapatkan tubuh Idlan sama seperti si kakak.

"Turun pun kau!" Ujar Idlan sambil mengusap kasar rambut Enrique.

Enrique tersengih suka.

"Indah, Saiful jemputlah ke dalam rumah aku. Ramai dah tetamu yang datang. Idlan pun masuk tau". Pesan Hannah lembut sebelum dia dan suaminya mengiringi Saiful dan Indah masuk ke dalam rumah mereka.

Enrique memandang Idlan yang sedang memandang sekeliling. Ramai juga anak gadis pada malam ini datang bersama - sama keluarga. Tentu aje Enrique ada peluang untuk mengayat mana - mana gadis sebelum teman wanitanya datang.

Trisha mencuit lengan Enrique.

"Oh, ya. Idlan..." Suara Enrique membuatkan Idlan menoleh memandang Enrique.

"Ya?"

"Ini kakak aku. Nur Trisha. Aku minta maaf kalau kau tak suka pemandangan kakak aku ni. Tapi, ini memang perangai dia dari dulu. Kau jangan risau kakak aku ni postif baik tau!" Puji Enrique.

Idlan terkebil - kebil memandang Trisha yang tersenyum manis padanya.

"Hai, Idlan. Selamat berkenalan". Ucap Trisha sambil mencapai tangan Idlan lalu digenggamnya erat.

Trisha menyeringai suka tatkala tangan hangat Idlan berada di dalam genggamannya.

Enrique membulat mata melihat perbuatan drastik kakaknya.

Aduhai, sah kakaknya menghadapi masa depan yang gelap bersama - sama Idlan!

Idlan tersenyum nipis.

"Selamat berkenalan, Trisha". Balasnya lembut seraya menarik keluar tangannya dari terus dipegang Trisha.

Trisha mengetap bibir melihat Idlan yang mula tak selesa dengannya.

"Idlan, jom duduk sana. Kakak jomlah sekali". Cadang Enrique seraya menarik tangan Idlan dan kakaknya supaya menuju ke arah sofa yang berada di luar rumah mereka.

Pasti saja keadaan akan menjadi romantis kalau Idlan dan kakaknya berdua.

"Kau orang duduk sini. Aku pergi ambilkan makanan dan minuman". Ujar Enrique sebaik sahaja dia memaksa Idlan duduk di sebelah Trisha. Idlan menahan tangan Enrique dari pergi.

"Ak-aku ikut kau pergi ambil makanan". Tutur Idlan lembut.

"Tak apa. Kau duduk sini dengan kakak aku. Aku pergi ambil makanan dan minuman sekejap je".

"Enrique!" Tak sempat Idlan hendak melarang Enrique awal - awal lagi sudah membawa diri meninggalkan mereka berdua.

Idlan menghela nafas resah.

"Sejukkan malam - malam ni?" Tegur Trisha lembut.

Idlan terus sahaja menanggalkan jaket hangatnya lalu dia letakkan pada belakang tubuh Trisha.

"Dah panas kan?" Soal Idlan lembut.

Pipi Trisha membahang apabila melihat senyuman manis Idlan.

"Trisha..." Seru Idlan lembut.

"Ya?"

"Perempuan ni sesuatu yang sangat bernilai tau. Allah sayangkan perempuan. Nabi Muhammad pun berusaha meninggikan martabat seorang perempuan. Awak dan perempuan lain ibarat berlian. Bila dah memiliki dengan cara yang halal barulah kita boleh melihat semuanya. Tapi, bila awak dan yang lain pakai pakaian yang macam ini... Awak dah buat usaha Nabi Muhammad tu sia - sia. Baginda pasti menangis melihat perempuan kini menayangkan keindahan mereka secara percuma kepada lelaki bukan ajnabi". Bicara Idlan membuatkan Trisha terdiam kelu.

Trisha tak menyangka Idlan akan menegurnya dengan cara lembut begitu.

"Idlan, mom dan dad tak pernah tegur cara pemakaian saya. Orang sekeliling pun suka dengan pemakaian saya. Jadi, awak boleh membantu saya memilih pakaian yang sesuai dengan cita rasa awak? Saya janji saya akan pakai". Kata Trisha dengan bersungguh.

"Berubah bermula dari hati. Bukan dari seorang lelaki". Pesan Idlan lagi.

Trisha terdiam.

Idlan meletakkan bantal mini sebagai perantara mereka berdua lalu dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Trisha ingatkan Idlan sedang bermesej dengan gafis lain. Namun, telahannya silap apabila bunyi game cooking mama jelas pada pendengarannya.

"Idlan..." Seru Trisha.

"Hmm?" Sepasang mata hazel itu memandang ke arah Trisha.

Sungguh, Trisha tak menipu bila dia mengatakan bahawa dia berdebar melihat cara Idlan memandangnya.

"Apa ciri - ciri perempuan yang awak suka?" Soal Trisha perlahan.

Idlan terdiam seketika.

Trisha masih kaku memandang Idlan yang sedang menggigit bibir seolah - olah sedang berfikir.

"Saya suka perempuan yang baik, seksi tapi hanya untuk saya dan yang paling penting suci". Ayat terakhir yang diungkapkan Idlan mematikan senyuman Trisha.

"Kenapa lelaki suka memilih perempuan yang suci untuk dijadikan isteri walaupun mereka pernah meniduri perempuan lain?"

"Perempuan yang suci ialah perempuan yang mahal. Berharga dan berbaloi untuk dimiliki sebab lelaki tak mahu sakit hati dan kecewa bila dia nikahi perempuan yang berstatus anak dara namun hakikatnya tiada". Terang Idlan.

"Wa-walaupun lelaki tu ialah awak?" Soal Trisha lagi.

"Ya, walaupun lelaki itu ialah saya". Balas Idlan tenang.

Idlan menayangkan wajah blur melihat air mata Trisha yang sudah bertakung di tubir mata.

Idlan  tak mengerti.

Dia salah cakap ke?

Continue Reading

You'll Also Like

140K 12.5K 71
"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan...
4.8K 392 23
Sebuah Novella Ainul yang garang. Irfan yang sabar. "Ainul..." "Apa? Cepatlah!" desak Ainul "S...saya. S...sebenarnya." "Sebenarnya apa!" tengking A...
145K 12.1K 24
Widya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Ko...
13.2K 1.1K 94
'SLIVER LIKE GOLD, SAME AS WE LIKE FAMILY.BUT ALL WE NEED IS LOVE' Kenapa sliver?Bukan warna kuning, putih atau emas je?Sebab bagi sesetengah orang s...