DEEL & DEEN (B4)

Autorstwa CutyLyn123

280K 23.4K 4.6K

AYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata... Więcej

Deel & Deen...
Deel & Deen - 1
Deel & Deen - 2
Deel & Deen - 3
Deel & Deen - 4
Deel & Deen - 5
Deel & Deen - 6
Deel & Deen - 7
Deel & Deen - 8
Deel & Deen - 9
Deel & Deen - 10
Deel & Deen - 11
Deel & Deen - 12
Deel & Deen - 13
Deel & Deen - 14
Deel & Deen- 15
Deel & Deen - 16
Deel & Deen 17
Deel & Deen 18
Deel & Deen 19
Deel & Deen 20
Deel & Deen 21
Deel & Deen 22
Deel & Deen 23
Deel & Deen 24
Deel & Deen 25
Deel & Deen 26
Deel & Deen 27
Deel & Deen 29
Deel & Deen 30
Deel & Deen 31
Deel & Deen 32
Deel & Deen 33
Deel & Deen 34
Deel & Deen 35
Deel & Deen 36
Deel & Deen 37
Deel & Deen 38
Deel & Deen 39
Deel & Deen 40
Deel & Deen 41
Deel & Deen 42
Deel & Deen 43
Deel & Deen 44
Deel & Deen 45
Deel & Deen 46
Deel & Deen 47
Deel & Deen 48
Deel & Deen 49
Deel & Deen 50
Deel & Deen 51
Deel & Deen 52
Deel & Deen 53
Deel & Deen 54
Deel & Deen 55
Deel & Deen 56
Deel & Deen 57
Deel & Deen 58
Deel & Deen 59
Epilog
Deen & Qisha - 1❤️
Deen & Qisha - 2❤️
Deen & Qisha - End❤️
Shah & Trisha❤️

Deel & Deen 28

3K 331 29
Autorstwa CutyLyn123

SEMAKIN berat ujian yang dihadapi, semakin besar kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Semakin kau cuba untuk istiqamah berubah, semakin berat pancaroba yang kau bakal hadapi untuk melihat keimanan kau...

Aydeen melangkah keluar menuju ke arah halaman rumah.

Sebaik sahaja dia mendekati buaian besi yang berada dihadapan rumah... Aydeen terus sahaja melabuhkan punggungnya di situ. Terasa tenang hatinya menerima cahaya bulan.

Sejujurnya, Aydeen rindu dengan kehidupan dia dan Aydeel ketika kanak - kanak. Meskipun pada ketika itu juga hubungan mereka terbatas. Tapi, dunia dia cuma Aydeel. Dia tak perlu menanggung sakit seperti sekarang ini.

Aydeen ketawa sendiri.

Semasa di asrama swasta ada beberapa orang sahaja yang ikhlas berkawan dengan dia dan cuba menjaga dia. Namun, dia tetap juga terpesong dan dibawa hanyut arus nafsu kerana dia tiada asas didikan.

Papa tak pernah menefonnya dan memberi pesanan apa yang perlu dan tak boleh dilakukan.

Hatinya kering kerana mama sudah lama berhenti mencurahkan kasih sayang kepadanya.

Dia menjadi keji kerananya dia berdendam dengan abang kembar sendiri.

Bodohnya dia.

Setitis demi setitis air matanya mengalir.

Dosa lalu yang dia lakukan kini berbalik padanya semula. Malahan, Ayeen juga turut menerima tempiasnya. Mama tak pernah percaya apabila dia cuba berubah. Mama masih menganggap dia mahu merosakkan segalanya.

"Abang Deen!"

Aydeen lekas menyeka air matanya tatkala mendengar suara Ayeen menegur. Bibirnya cuba melorek senyuman manis tatkala melihat Ayeen memakai cat's ear headphone yang berwarna merah jambu. Baju pijama hello kitty yang turut berwarna merah jambu membuatkan Ayeen kelihatan comel.

"Kenapa Ayeen tak tidur lagi?" Soal Aydeen sambil melihat Ayeen melabuhkan punggung di sebelahnya. Tubuh adiknya dipeluk.

"Kenapa Abang Deen tanya macam itu? Ayeen yang sepatutnya tanya Abang Deen soalan tu. Kenapa Abang Deen duduk seorang diri di luar? Tak sejuk?" Soal Ayeen lembut.

Aydeen tersengih.

"Tadi sejuk tapi sekarang dah tak sejuk sebab senyuman Ayeen dah cukup untuk memanaskan hati abang", Balas Aydeen santai.

Ayeen menampar peha Aydeen.

Meletus ketawa Aydeen melihat pipi Ayeen yang mula memerah. Tentu sahaja adiknya itu segan dengan usikkannya.

"Ayeen tak boleh tidur sebab Ayeen terfikir apa yang mama cakap kat Abang Deen. Kenapa Abang Deen tak menghalang mama dari pukul Abang Deen? Kemudian, Abang Deen teranglah perkara yang sebenar pada mama". Tutur Ayeen sambil memandang Aydeen.

Aydeen tersenyum nipis.

"Mama ialah ratu dalam hati abang. She can do what she want. Abang takkan cakap tak untuk dia". Bidas Aydeen tenang.

Ayeen menghela nafas lemah.

"Ayeen minta maaf. Ayeen sepatutnya report pada mama apa yang Muiz dah buat. Kalau Ayeen report awal - awal tentu Abang Deen tak kena marah. Mama mesti takkan lempang Abang Deen. Aye-Ayeen minta maaf". Ayeen mula menghamburkan tangisan dihadapan Aydeen.

"Hey, it's okey. Abang tahu Ayeen takut. Jangan nangis", Pujuk Aydeen lembut.

Wajah Ayeen yang bersisa dengan air mata itu disekanya.

"Perempuan yang cantik macam Ayeen mesti senyum. Ayeen akan nampak lebih cantik kalau Ayeen tersenyum. Ayeen nampak bersinar".

"Abang Deen memang pandai bermanis mulut kan?"

Aydeen tersengih.

Itu kelebihannya.

Ayeen menyandarkan kepalanya pada bahu kiri Aydeen.

Aydeen tersenyum dengan perlakuan adiknya. Dia rasa disayangi.

"Ayeen..." Seru Aydeen lembut.

"Ya, Abang Deen?"

"Ayeen akan percayakan abang tak? Andai kata suatu hari nanti abang jatuh tersungkur... Ayeen akan bantu abang tak?" Soalan Aydeen membuatkan darah Ayeen berderau.

"Ap-apa yang Abang Deen cakap ni?"

Aydeen tersenyum.

"Abang cuma tanya aje. Abang ni ramai orang tak suka, Ayeen. Kalau sekali lagi abang kena fitnah... Abang yakin abang akan jatuh teruk. Abang takut, Ayeen. Abang takut kalau semua orang terus bencikan abang. Abang tak ada cahaya untuk terangi hidup abang. Abang tak nak hidup dah".

"No!"

Aydeen memandang wajah garang Ayeen.

"Abang Deen berani cakap macam itu lagi, Ayeen tampar Abang Deen. Kalau semua tak mahu percayakan Abang Deen, Abang Deen jangan risau. Ayeen ada kat sini. Ayeen akan percayakan Abang Deen. Ayeen nampak kesungguhan Abang Deen nak berubah. Ayeen tahu Abang Deen tertekan. Jadi, Ayeen akan bantu Abang Deen. Ayeen tak nak kehilangan Abang Deen. Ayeen sayang abang..." Tangisan Ayeen sekali lagi terhambur.

Aydeen disapa perasaan sebak.

Aydeen terus sahaja menarik tubuh Ayeen ke dalam pelukannya.

"Jangan tinggalkan Ayeen". Tutur Ayeen lagi bersama - sama esakkan.

Aydeen mencium dahi Ayeen.

"Abang janji dengan Ayeen",

+++

APA yang kau dah buat pada anak kau, Reen? Anak sulung kau sakit. Doktor beritahu yang keadaan semakin berisiko jika Aydeel terus menolak untuk membuat pembedahan. Kau berkemungkinan besar akan kehilangan Aydeel. Kemudian, Aydeen yang sentiasa menagih kasih itu pula menghadapi tekanan. Bagaimana jika dia bertindak untuk menamatkan hidupnya?!

"Ya Allah, sayang!" Ayreena memandang Harraz yang menggenggam tangannya.

"Jangan gigit kuku macam ni. Kuku sayang dah berdarah".

"Sayang mama yang teruk kan?" Air muka Harraz terus berubah tatkala mendengar soalan Ayreena.

"Sayang mama yang baik".

"Abang tipu! Sayang gagal jadi mama yang baik. Sayang gagal nak bahagikan kasih sayang sama rata. Sayang buat anak kita tertekan. Sayang tak pandai pujuk Deel. Sayang memang mama tak guna!" Ayreena mula menghamburkan tangisan.

Harraz memeluk erat tubuh isterinya. Menenangkan Ayreena.

"Sayang..."

"Du-dulu pun sayang tak pandai jaga abang. Ab-abang nyaris kena rampas dengan perempuan lain. Sayang tak pandai nak jaga mar-maruah..." Ayreena menghamburkan tangisan.

"Sayang, janganlah cakap macam tu. Abang yang salah. Abang yang teruk. Jangan terus menghukum diri sayang. Sayang buat abang sedih". Pujuk Harraz lembut.

Ayreena teresak kuat.

"Sayang takut kita akan kehilangan kedua - duanya. Sayang tak mampu nak melepaskan Deel atau Deen..."

"Sayang..."

"Kita selalu sibuk memikirkan Deel sehinggakan kita hanya masukkan duit dalam akaun Deen aje. Kita ingat kita mampu memberi kesenangan kepada dia. Tapi, kita hanya merosakkan dia. Setiap kali Deen nak buat baik dengan sayang, sayang takut kalau sayang akan sakiti dia lagi". Ayreena menggigit bibirnya. Menahan dari esakkannya dapat didengari anak - anak mereka pada pagi begini.

Harraz menangis.

Mereka ibu bapa yang gagal.

+++

Cepat sikit datang. I miss you - Deel.

BIBIR Nayli mula melorek senyuman apabila dia membaca mesej Aydeel. Memandangkan hari ini cuti sekolah. Jadi, dia memilih untuk berjumpa Aydeel di perpustakaan seperti biasa.

"Kamu nak pergi dah?" Soalan si ayah membuatkan Nayli mengangguk.

"Nelly pergi dulu tau. Sayang ayah!" Pamit Nayli lantas membuka langkah keluar dari rumah.

Bibirnya mengukirkan senyuman.

Ah, hatinya tak sabar mahu berjumpa Aydeel. Tak sangka pula Aydeel ada sisi yang romantis.

"Nelly",

Langkah Nayli terhenti tatkala dia mendengar suara seseorang menegurnya.

Nayli memusingkan tubuh memandang Shah yang melangkah mendekatinya.

"Kau buat apa di sini?"

"Aku sengaja berjoging pada pagi ini. Tapi, kebetulan pula ternampak kau sedang berjalan - jalan seorang diri. Kau nak pergi ke mana?"

"Perpustakaan". Balas Nayli ringkas.

"Buat apa? Berjumpa dengan Deel ke?"

"None of your business", Tutur Nayli dalam nada menyampah.

Shah ketawa penuh sarkastik.

"Kau betul - betul kasar juga. No wonderlah kau boleh rapat dengan Deen Eh, kau lebih baik jauhkan diri daripada Deen. Aku takut kau pula jadi mangsa dia".

"Mangsa apa? Deen pemangsa atau kau yang sebenarnya pemangsa, Shah? Aku tahu kau memang tak sukakan Deen. Aku sendiri mengaku yang aku tak kenal Deen pada masa lalu. Tapi, aku kenal Deen yang sekarang. Dia cuba nak berubah. Kau tu masih tak mahu berubah ke? Kau jangan ingat kau terus muda, Shah". Sinis Nayli.

Shah mengetap rahang.

"Aku tak tahu kenapa Deel puji kau perempuan lembut. Aku tengok kau ni tak ubah macam perempuan sundal". Kutuk Shah bengang.

"Aku cuma lembut dengan Deel. Bukannya dengan kau". Bidas Nayli selamba.

Shah merenung Nayli dengan wajah amarah.

"Aku pergi dulu".

"Kau akan dapat balasannya. Aku akan pastikan Deel bencikan kau". Tutur Shah penuh dendam.

Nayli mengukir senyuman manis.

"Selamat berusaha". Ujar Nayli lantas berlalu pergi meninggalkan Shah sendirian.

Shah kaku berdiri di tempatnya sambil memerhatikan Nayli yang sudah pergi semakin menjauh.

Sungguh, dia akan pastikan Nayli juga tersungkur sama seperti Aydeen!

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

242K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
300K 12.1K 103
Tengku Nur Iruna . Seorang gadis yang dingin , perahsia tapi mempunyai perangai yang berjenis, Kejap kejam kejap kasar kejap ayu. Razeen , Adryan...
43.9K 5.7K 52
Semuanya bermula bila aku ditinggalkan di Kanada untuk memuaskan hati seorang lelaki tua yang jahat lagikan berkedut. Siapa lagi kalau bukan grandpa...
192K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...