Irham perlahan menepuk paha ammar di sebelah.
"Kau ni mar. Kau lupa ke si hadif ni amnesia. Manalah nak ingat siapa bapa kau . Dia kerja apa. Apa nama company kau. Eish. " Budak hadif ni dahlah macam baby baru nak kenal dunia balik. Manalah nak ingat semua benda lepas.

Ammar menepuk dahi sendiri.
"Oh aah lupa pula. "

Hadif mengangguk faham mendengar kisah ammar. Sebelum dia menjeling irham. Laju tangannya menarik semula cawan kopinya yang baru sahaja bibir irham ingin hirup lagi. Siot habis air kau macam ni.

Tindakan Hadif berjaya membuat irham tersentak.  Lalu memeluk tubuh dengan membuat muka tak suka. Heh mengada.
"Ha kau iqi. Tadi aku tengok muka kau tak ada riak terkejut langsung masa ammar ada dekat sini . Macam kau ni dah lama tahu hal ni. Kalau kau tak tahu, aku konfirm kau dah melalak sakan lagi teruk dari aku. Tapi tadi kau rilek je . Kau memang agak musykil. Ada something kan kau sorok dari aku selama ni? " Hadif mengecil kan mata curiga memandang irham. Takkanlah irham yang hati tisu ni tak akan nangis apabila melihat kemunculan kembali ammar ? Pelik. Aku yang hati batu pun nangis tau.

Irham tergelak kecil. Alamak kantoi pulak.
"Hehe bijaknya kau. Sebenarnya aku dah lama tahu pasal si ammar ni sejak dia berjaya hapuskan kanser dia ni lagi. " sempat irham membuat tanda peace pada hadif. Mohon lah hadif ni tak mencarut nya kerana sembunyikan hal ini.

Berkerut kening hadif dibuatnya.
"Habis tu kenapa kau tipu aku . Kau kata ammar dah mati?"

Irham makin tersengih. Dia perlahan menggosok bahu hadif.
"Aku saja nak tengok kau sayang ammar ke tak. Last last kau nak tau mar, si hadif ni melalak macam baby mar. Lepas aku tunjuk dia video kau tu. Dia melalak depan aku sambil cakap 'kenapa ammar pergi? Aku nak minta maaf pada dia huwaaaa ammar ! Tidak!" Dengan riak wajah sedang meraung memandang langit , tambah tangan terhuyung hayang di langit, irham melakonkan semula scene hadif.

Hadif laju menampar belakang badan irham.
"Eh munafik. Aku tak adalah sampai macam tu. "  dahlah  berlakon pun macam kayu. Nasib si irham tak menang ABPBH haritu.

Irham mencucuk cucuk bahu hadif.
"Ala ala dia malu la tu mar. Nak malu apa. Kita semua ni macam brothers dah. Tak ada apa nak dimalukan."

"Kau pakai seluar dalam warna apa harini?"

Terus irham duduk tegak sambil memandang hadif dengan kening berkerut.
"Eh adelah ! apahal pula kau sibuk nak tahu?" Privacy aku kut. Sibuk je nak tahu.

Hadif tersenyum sinis.
"Huh tahu pun malu! Acah lebih je kau tadi. Tak apa nak dimalukan sangat." Semudah abc hadif berjaya membuat irham sentap dan kalah dalam pertarungan berlawan kata. Ini hadif lah. Anak athif fattanah. Juara pidato peringkat negeri pluto.

Baru irham nak merembat hadif tiba tiba kedengaran ketukan pintu.

Tok tok tik tok.

"Come in!"  Kuat irham melaung menyuruh si pengetuk supaya masuk tanpa menghiraukan pandangan maut hadif. Siapa sebenarnya CEO ni? Ikutkan hati hadif, lama dah dia panggil security guard untuk halau budak irham ni. Haih.

Akhirnya pintu dibuka dari luar.
Kelihatan natalia sudah melangkah masuk  dengan senyuman.
"Mr Ammar , Mr hadif , and...." keningnya terangkat memandang figura yang langsung dia tidak kenal duduk di antara ammar dan hadif.

Irham senyum kecil.
"Mr. Rafiqi." Dengan nada professional irham memperkenalkan diri sementara hadif dan ammar sudah mengerutkan kening menahan muntah. Hala hala si irham acah acah je kat sini. Padahal tak ada kaitan dengan perjumpaan syarikat ni.

Natalia hanya mampu mengangguk.
"Oh Mr rafiqi, I'm really really sorry for disturbing you all but, Mr Ammar, you need to go to the hotel now."

Ammar bagai baru tersedar dan terus melihat jam tangannya.
"Oh yes. Thank you natalia for reminding. "

DIA Encik Crush Sombong! ✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora