33

3.8K 356 44
                                    

"Lisa, aku harap dengan apa yang jadi ni beri kau pengajaran , iktibar , kepentingan , kesan , faktor.."

"Sudah sudah. Ini bukan spm kau nak panjang berjela macam tu. Cukup sampai pengajaran je okeh dah aku rasa." Sebelum dayana melalut lagi banyak baik aku potong.

Dayana hanya mampu mendecit mengerling qistina. Penyibuk!
"Saja je. Nak show off aku pandai."

"Show off la sangat. Sekali allah tarik nikmat tu karang...."

"Yela yela ya allah ampunkan riak dan takbur ku!" Dayana terus menadah tangan dan seperti mengaminkan doanya. Insaf terus eh.

Anggun hanya mampu tersenyum kecil. Nasib baik tak ada jururawat atau doktor yang pandang. Kalau tak konfirm aku tak mengaku kawan mereka ni. Dari tadi berperang mulut sesama sendiri. Sesak nafas macam ni.

Alisa mengukir senyum .
"Terima kasih sangat sangat. Aku terharu sangat dapat kawan baik macam korang. Aku... aku..."tiba tiba suara gadis itu berubah serak. Perlahan tewujudnya titisan titisan air mata mengalir di pipi alisa.

"kau kenapa ni? Aduh kejap kejap nangis. Banjir jugaklah hospital ni." Dayana berpura menggaru dahi walhal dia hanya bergurau.

"Aku..aku masih rasa serbasalah sangat pada kau anggun. Aku rasa diri aku jahat sangat buat kawan baik aku macam tu. Aku sedar dah walau teruk macam mana pun situation kita jangan sesekali gadaikan kawan baik kita. Aku menyesal sangat anggun. Mesti banyak benda teruk kau kena hadap sebab aku kan? Ya allah kawan jenis apala aku ni." Alisa terus terusan berusaha menyeka air mata yang tidak henti mengalir.

Anggun yang berdiri di belakang dayana menarik nafas. Perlahan lahan dia melangkah hingga lah dia betul betul di sebelah alisa. Lembut dia menyentuh bahu gadis yang tertunduk tunduk menangis.
"Lisa, aku dah maafkan kau. Kita semua pernah buat kesalahan. Tak apa aku tak berdendam pun. Lagipun ala pelajar pelajar semua tu hanya bertahan bercakap pasal aku tak sampai 3 minggu. Lepas tu dah tak ada bunyi dah. Hm dah ada gossip baru la tu."

"Aah lisa. Kau dah tak payah lah sedih sedih. Mak kau pun dah hampir sihat balik. Kau pun dah boleh keluar hospital esok. Apa lagi? Jom have fun lah! Kita pergi clubbing. " ujar dayana lalu membuat gerakan cucuk bintang dengan jari telunjuk di arahkan ke arah langit.

"Hm ana ana. Nak pergi clubbing tu bawak bawaklah sedar diri. Bukan sahaja dilarang agama tapi kau menari pun macam kayu. Ada hati nak berjoget dalam tu. Silap silap kau yang kena halau dulu sebab tarian kau teruk sangat." Qistina menghamburkan gelak setelah habis berhujah.

Terus terkeluar gelakkan dari mulut anggun malah alisa juga sudah turut tersenyum. Dayana? Oh dia sudah membuka langkah ingin bersilat bersama qistina.

Alisa mendongak memandang anggun.
"Aku rasa berdosa lah guna duit tu untuk bayar kos ibu aku." Jelas riak wajah gusar. Yela alisa kan budak baik. Jarang buat jahat. Sekali dah buat jahat. Lama jugak lah  serbasalah dia datang.

"Hm kalau itu aku rasa kau kena tanya ustazah lah. Sebab aku ni ilmu tak adalah setinggi burj khalifa lagi lagi lagi bab agama.  So ha lepas kau keluar, kita serbu budak aliran agama. Okay?"

Alisa akhirnya tersenyum lebar mendengar celoteh anggun. Syukurlah anggun seorang yang baik hati. Langsung tak menyimpan marah malahan masih lagi ingin membantu dirinya. Tak tahu macam mana nak balas budi mereka semua.
"Aku sayang kau anggun. Aku sayanggg kau sangat sangat!"alisa terus memeluk anggun erat dengan air mata yang bertakung.

Senyuman juga turut terbit di bibir anggun.
"Aku pun sayang kau lisa."

"Tapi sayang hadif lebih lah."

Terus semua orang di situ memandang dayana yang tersenyum nakal sambil mengunyah buah  epal yang tujuannya adalah untuk diberikan kepada alisa tapi dayana sudah merasmikan dahulu.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Där berättelser lever. Upptäck nu