64/semifinal

6K 390 209
                                    

"Kenapa kita berhenti dekat sini irham?" Dengan suara yang jelas sebak kerana masih ada air mata anggun dellisya menyoal irham rafiqi. Si irham ni. Dia sedang merisau keadaan hadif rizki, tapi dia boleh pulak berhenti dekat syarikat Blue Hazel Holdings ni! Kenapa eh? Syarikat ni buat drivethru ke sampai kena berhenti tepi bangunan ni?

Sudahlah dia tengah macam baru lepas tengok cerita ombak rindu. Sungguh dari mula irham datang menjemputnya hingga ke sini, air mata ni degil sungguh . Tak nak berhenti. Otak dah suruh impuls saraf hentikan tapi... berat otak ingin menghantar isyarat, berat lagi hati anggun nak melayan suruhan otaknya. Lantaklah tisu kotak di dalam kereta irham ni habis sebab dari tadi dia mengelap pipi dan mata. Ah takpe . Nanti aku gantilah berkotak kotak tisu semula.

Irham menarik senyuman kelat dengan wajah turut risau. Risau tengok anggun dari tadi tak henti lap air mata sekaligus tangan asyik asyik menyambar satu demi satu helaian tisu milik nya. Hm nasib baik dia memang sediakan awal awal kotak tisu ni. Kalau tak nauzubillah banjirlah audinya ni. Dahlah dia tak bawa pelampung harini. K iqi k. Lawak ah tu. Orang tengah sedih tau tak.
"Saya nak ambil barang barang hadif dalam pejabat dulu. Jom awak turun sekali. Tolong saya cari fail projek tempat hadif kemalangan ni. Pihak hospital nak. Saya ni bukannya tahu menahu tempat si hadif tu letak fail dia." Terus dia membuka seatbelt lantas keluar dari kereta tanpa menunggu anggun.

Anggun terkelu sesaat memandang irham yang sudah selamat jejakkan kaki ke dunia luar. Aduh saya ni dengan muka tak siap , dengan muka basah air mata, mata bengkak, nak masuk dalam tu?! Pergh memalukan keturunan kejelitaan aku bila orang tengok muka aku saat ni. Tapi ya mereka harus pantas.  Dia ingin berjumpa dengan hadif secepat mungkin. Kerisauannya terhadap hadif lebih tinggi dari kerisauannya tentang imej wajahnya sekarang.

Anggun menghela nafas lalu laju mengangguk. Dia terus keluar dari kereta dan melangkah laju ke sebelah irham.
"Jom. Saya pun risau sangat pasal hadif ni."
Sempat dia menutup wajah dengan baju hoodie biru langit yang dipakai. Hek eleh  kata tadi kerisauan pada hadif lebih tinggi lah apalah . Memanglah, risau risau jugak , muka ni kita kena jaga. Jatuh saham orang tengok mata kita ni tengah bengkak. Bengkak je tak apa jugak, kalau makin tak lawa ? aduh . Muka aku ni la sepatutnya menang dewi remaja tau.

Irham mengangguk sebelum dengan sepantas ying , diikuti Anggun yang turut menghidupkan kepantasan bagai terbangnya seorang yaya , mereka laju menghayunkan langkah ke dalam pintu masuk besar syarikat Blue Hazel Holding. Tanpa memandang kiri kanan yang agak sunyi kerana hampir tiba jam 8 malam, mereka masuk ke dalam lif.

Anggun menggigit bibir keresahan. Sambil matanya kejap kejap mengerling nombor tingkat pada skrin lif. Ya allah macam mana keadaan hadif sekarang ? Macam mana dia  boleh accident ?  Janganlah dia tak sedarkan diri. Tapi katanya hadif cedera parah kan? Takkanlah..... dia... dia koma ? ya allah hang ni anggun! Tolonglah jangan berfikiran ke arah sempadan negatif. Otak tu... otak tu kena didik dari awal. Elakkan negatif. Semaikan jiwa  semangat satu malaysia lebih sikit. Eh macam salah. Semaikan semangat positive lebih sedikit. 

Hadif rizki akan okay. Dia akan okay.  Dia akan sihat. Dia akan bahagia macam biasa. Dia akan kekal tersenyum.  Inshaallah kau akan jumpa mata hazel tu semula. Kau akan dapat dengar suara dia lagi. Kau dapat bersua dengan dia lagi. Kau masih berpeluang buat kuch kuch hota hai dengan dia lagi.

Tapi macam mana kalau tak.....?  Bagaimana kalau....semua kenangan mereka pada hari hari yang lepas adalah yang terakhir? Terakhir sebelum hadif meninggalkannya?  Yang terakhir . Bagai apa yang dikatakan hadif versi  mimpi tu?  Sudahlah dia tidak sempat berjumpa hadif. Dia tak sempat nak mendengar suara hadif pun . Pejabat dan harinya sunyi tanpa hadif yang katanya oustation. Seminggu pulak tu . Makin bergema jeritan batin anggun begini.

Anggun menghela nafas lemah apabila air matanya jatuh. Tak mampu menyangkal perasaan tidak sedap hatinya.  Aish kurang ajarlah otak ni. Nak jugak datang negative vibe. Tak membantu lah kau ni wahai otak waktu waktu sekarang. Haih. Boleh pulak kau bersendu seorang diri sementara irham dekat sebelah. Dari kau melalak, baik kau layan lah si irham. Kesian lif ni senyap sepi mesti dia bosan . Ha lantak awaklah irham. Pandai pandai lah awak berbual seorang diri sekarang .  Sesungguhnya saya tak ada mood langsung nak diajak berbual. Tapi kalau awak ajak berborak pasal nak bagi harta awak pada saya, mungkin kita boleh berbincang sekarang hmm.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now