63

4.4K 315 188
                                    

"Ish kau ni asyik asyik makan dekat sini je. Kau tak ada rasa nak pratikkan kepelbagaian dalam hidup ke? Haduh." Keluhan yang dari tadi ditahan akhirnya keluar dari bibir seorang ammar affendy yang menjadi mangsa pula kalini ke Kafe Manis menemani irham.

Irham rafiqi mendecit.
"Ala bisinglah. Order jela gemuk." Ala tak sampai 10 kali pun aku ajak dia. Berkira.

Ammar membuat muka menyampah sambil matanya atas bawah memandang irham yang berpura meneliti buku menu.
"Kau nak ejek aku gemuk pulak. Aku ikut kau ni dah kira baik dah tau! Macamlah aku tak tahu. Kalau boleh kau hari hari nak makan dekat sini kan. Nak duk perati crush kau tu. Tengah buat apa. Sihat ke tak. Dah berpunya ke belum. Kan?" Ammar menarik senyuman kecil tersirat.

Haih iqi iqi. Orang otak sel tak berhubung jela tak tahu niat sebenar kau tu. Aku yang berotak IQ tinggi ni sudah tentu automatik tahu. Haih member dah jatuh cinta. Patutkah aku gembira? Atau patutkah aku bersendu?

Irham rafiqi berdehem. Daripada mata meneliti menu, kalini berpura membetulkan tali leher pula. Orang kata,  kalau tangan tak reti duduk diam ni tandanya nervous.
"Amende main crush crush ni? Aku, irham  rafiqi, mana ada crush sejak pakai pampers."

Ammar mengangguk faham. Dia menaikkan kening sebelah ala ala ziana zain .
"Oh habistu nak meminang terus lah? Bagus.  Pergilah jalan pujuk mama dewi pergi meminang si syafina tu cepat. Jangan sampai aku pinang dulu. Yela... Baru aku perasan yang dia sebenarnya boleh tahan comel jugak an bila tak pakai makeup. Sejuk mata memandang. Fuh. " tangannya menongkat dagu membayangkan muka jelita syafina. Bibir pula dah tersenyum ulat bulu beria panjat daun.

Irham yang mendengar ayat miang ammar terus terasa telinganya panas. Telinga ni rasa panas macam bila kau tengok cerita melodi tv3 lepastu tengah topik hangat,tiba tiba elektrik rumah tak ada terus televisyen tertutup. Macam tu rasa dia punya annoying. Macam tiber tapi takpe.
"Kau berani kau try ah buat macam tu." Nada suara irham sudah bertukar sambil memandang tajam ammar.

Ammar affendy tersenyum sinis sebelum berpaling memandang tepat mata irham.
"Ingat aku takut? Aku boleh straightforward meminang dia terus tau."

Irham mengigit bibir geram. Rasa macam nak cekak kolar kemeja ammar lepastu meraung 'why endy? Why? Kenapa ramai ramai gegirl, si pekerja kafe manis ni jugak kau nak meminang? Dasar rubbish awam.'

Tapi baru sahaja dia nak membalas kata kata ammar terus mata mereka berdua menoleh pada figura yang baru sampai di tepi meja mereka.

Ah sudah datang dah heroin . Lagilah buat ammar rasa ingin cuba menjentik hati irham supaya panas dengan kata katanya.  Ammar terus menoleh lalu menguntum senyuman manis.
"Assalammualaikum puteri syafina." Lembut suaranya hari ini. Nak tau apa rahsianya? Gunalah downy.

Syafina terkebil kebil melihat senyuman manis ammar yang pertama kali dia dapat setelah berzaman mereka sama sama menyambung pelajaran dulu. Wow. Aku baru datang tiba tiba dia senyum. Dia senyum! Pelik tapi agak hensem ya dia ni.
" Waalaikumussalam ammar! Nampak macam you really in good mood ya tersenyum sebegitu hensem."

Ammar apa lagi . Tergelak suka dirinya sambil acah menutup bibir yang sedang tergelak menggunakan tapak tangan setelah dipuji hensem. Sungguh ayu sekali. Matanya pula sudah melirik irham yang mukanya sudah berubah ketat seperti tengah stres ekonomi syarikat tengah merosot.
"Ish. Tahu tahu je aku tengah good mood. Good mood lah sebab dapat jumpa kau."

Syafina mengangguk perlahan dengan muka sangsi sebelum tergelak kecil. Layankan jela mamat ni. Bukan selalu dia nak sporting sebegini.
"Oh okay... " matanya terus dihala pada seseorang yang turut berada di situ tetapi mata menunduk membaca buku menu. Aik apahal bang ? Muka kemain serius sahaja  cikgu bahasa melayu tak bertauliahnya ni?

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now