51

4.6K 406 90
                                    

"We at where ni?" Dengan mata kagum dia melihat rumah eh banglo yang baginya sangatlah cantik dan elegan. Woah pretty gila banglo ni! Tak sangka manusia kerdil macam anggun dellisya ni boleh jejak kaki ke sini. Eceh ayat macam tak ada manusia pernah jejak di situ pulak.

"Tak reti english tolonglah jangan cakap english." Ujar hadif yang sedang menekan punat untuk mengunci keretanya.

Anggun menjeling hadif. Eh fikir aku noob sangat ke english? Aku saja lah buat buat salah grammar error? Itu kan trend buat kita jadi cute? Macam kampung people tu. Empat dara duduk di tepi sungai ha masuk. Eh tibe.
"Betul ke kita nak berurut dekat sini?" Selalunya kalau berurut mesti macam nenek nenek kan? Tak pun macam thailand thailand sikit. Sawadikap massage massage. Tapi...Ini banglo besar. Ada ke kedai berurut sebesar ni?

Hadif menghela nafas penat. Dari dalam kereta anggun asyik asyik bertanya nak ke mana. Dah sampai pun dia tanya lagi. Patut aku standby salotap je sebelum bawa dia.
"Iye. Tak kuasa aku nak bawa kau sampai ke thailand sawadikap massage massage tu. Sini pun boleh."

Anggun menelan air liur. Macam mana jejaka hazel ni tahu apa dalam kepala otak aku ni? Dia ni boleh baca minda aku ke?
"Tuan boleh baca minda saya eh? Eh tak mungkinlah." Dia tersenyum lucu sambil membiarkan hadif memegang lengannya untuk memapah anggun berjalan.

Hadif terus mengalihkan wajah memandang anggun yang beraut pelik melihatnya.
"Betullah sebenarnya aku boleh baca minda kau. Aku tahu kau tengah fikir apa sekarang."

Anggun terkebil kebil menatap wajah hadif yang rapat dengannya. Tambah sinaran matahari lagi menampakkan mata hazel itu bagai bersinar. Ah sudah kenapa mata dia glowing glowing ni? Mata dia pakai produk irham ke?
"A.. apa?" Tanyanya dengan gagap. Gugup apabila mata bersinar itu galak memandangnya.

Hadif tersenyum nakal.
"Uish hensem gilalah mamat ni. Segak kacak menawan. Mata hazel dia ni konfirm mampu mencairkan antartika. Kan?"

Anggun terdiam seketika. Sebelum dia mencebikkan bibir. Halamak mamat ni. Hobi si hadif ni asyik asyik angkat bakul sendiri jela.
"Hensem? Penumbuk saya ni lagi hensem." Dia mengangkat penumbuk tangan kirinya lalu ditayang di depan mata hadif.

"Penumbuk kau tak ada jantina. Dah jom masuk." Laju tangan hadif mengeluarkan sesuatu remote dan menekannya. Automatik pintu pagar kecil banglo itu terbuka.

Anggun memandang bersilih ganti remote di tangan hadif, pagar , dan wajah tenang hadif. Wait wait. Kenapa remote controller pagar banglo ni ada pada dia?jangan kata ni rumah dia?
"Ini.....rumah tuan ke?" Perlahan lahan dia terloncat loncat sambil dibantu hadif yang memapahnya sambil membuka luas pagar kecil. Hidup kaki sebelah sahaja yang mampu berfungsi memanglah asyik terloncat loncat.

"Kenapa? Nak kikis harta aku ke?" Spontan hadif bertanya walau dia rasakan anggun langsung tak hamak hartanya.

Anggun membuat muka menyampah. Hala tahu tahu je. Plan aku sebenarnya nak curi satu barang dalam rumah ni. Paling tak pun boleh aku gadai masa sesak.
"Daripada saya kikis tuan, baik saya kikis harta irham. "

"Setakat irham pondan tu." Hadif mencebir bibir dengan muka meluat. Dia pilih irham berbanding aku? Eish si irham ni memang minta kaki akulah.

Tak pasal pasal irham kena.

Anggun mengerling wajah cemberut hadif.  Eh eh pasaipa muka macam baru lepas kalah gusti ?
"Elok je si irham tu saya tengok. Sado pun sado. Baik pun baik.  Elok kahwin je budak tu."  Tiba anggun berkata mengalahkan mak irham sahaja.

Hadif menahan rasa gelora di dalam perut nak termuntah.  Ha puji irham lagi. Pujilah lagi. Sanjung irham tinggi lagi macam tiang elektrik tu. Eish apa apa aku tau aku lagi hensem dari irham.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now