43

4K 372 34
                                    

"Anggun, bos nak jumpa anggun sekarang."

Keningnya terangkat. Terhenti sudah aktiviti nya dari menaip sesuatu pada komputer.

"Em kenapa tuan nak jumpa saya pula kak?" Pelik pula anggun dellisya ni. Kenapa pula si bos singa tu nak jumpa aku pagi pagi ni?

Nazila mengangkat bahu. Tanda dia pun tak tahu menahu tentang sikap ganjil singa peliharaan Blue Hazel Holdings ni. Eh tak hadif bukan haiwan tapi sikap je macam singa sikit. Sikit je. Ehem.
"Entahlah anggun. Tapi akak tengok kan muka dia boleh tahan serius. Macam lemon je pagi ni."

Anggun mengangguk faham. Lemon ke? Aku rasa muka dia memang dari dulu original macam lemon. Mungkin harini ada sedikit perahan limau purut menambahkan kemasaman muka hadif rizki kut.
"Tapi bukankah memang hari hari muka dia serius kak zila?"

"Itu lain cerita. Tadi kening dia tu kemain bukan main berkerut. Mata pun aduh tajam dia rasa macam kena tikam. Eee seram la akak!" Nazila menelan air liur kecut.

Anggun senyum. Takut betul hakak kita ni dengan bos ya. Kelakar pula lihat wajah wanita yang hanya tua 3 tahun darinya ini gerun dengan hadif.
"Tak apa. Nanti anggun bacakan jampi supaya muka dia bertukar relaks. Chill kak.  " anggun tergelak kecil. Seronoknya dapat kecam si bos ni. Tapi hari hari nak muka macam singa, berat juga kan.

Nazila mengangguk setuju.
"Betul juga. Kalau macam tu, goodluck ye anggun. Bos nak jumpa anggun sekarang.  Akak doakan anggun selamat pergi dan selamat balik ke meja okay?"

Eh lelebih pula kak zila ni. Meja aku dengan bilik si hadif ni tak sampai berapa meter pun. Bukan masuk bilik tu terus maut tak jumpa jalan keluar.
"Okay don't worry. Dia tu manusia juga. Takkan dapat makan manusia lain punya walaupun dia tu jelmaan singa. " ek eleh sempat anggun berlagak.

.

***************************************

.

Anggun menelan air liur. Tak tahula gusar ke seram ke risau. Kalau tengok muka hadif je perasaan serba salah datang. Dia tak dapat nafikan yang hatinya mula berasa lain apabila melihat wajah hadif walau audah 2 tahun berlalu. Siapalah yang kata tadi nak jampi jampi hadif. Tapi lihatlah nak masuk bilik hadif pun sudah mengigil.

Okay anggun calm down. Itu semua 2 tahun lepas! Move forward! No u turn okay. Yu ken do dis!

Anggun menarik nafas menenangkan diri sebelum tangannya diangkat.

Tuk tuk tuk tuk

Genap empat kali dia mengetuk pintu bilik si CEO ni. Tinggal tunggu sahaja hadif rizki membenarkan atau tak dia masuk.

"Masuk!" Laungan yang dinantikan dari dalam kedengaran. Alamak suara singa ni macam mengaum pulak. Macam the lion king lah.

Anggun berdehem sebelum dia membuka pintu bilik pejabat hadif. Dapat dia lihat hadif yang serius menatap laptopnya. Lalu kakinya melangkah jua ke arah hadif walau jantungnya sedikit bertukar rentak. Alamak adrenalin anggun dah bertukar.
"Assalammualaikum tuan. Kak zila kata tuan nak jumpa saya. Em kenapa ya?" Dengan suara dilembutkan dia bertanya.

Fuhlamak sopannya anggun. Pandai betul berlakon minah ni. Walhal dia yang mengecam hadif lelebih tadi. Mata anggun menatap wajah hadif sambil sabar menunggu sebarang bicara dari hadif. Pandang pandang laptop pula. Aku ni dah macam tunggul siot dekat sini.

"Kenapa? Tak boleh ke aku nak jumpa pekerja aku sendiri?" Keluar dah suara bernada sarkastik tetapi masih merdu macam madu si hadif.

Anggun menahan kening dari berkerut. Ha? Apa maksud dia ni?
"Err tak salah pun tuan. Tapi dari encik jumpa saya, baik tuan jumpa adam. Mesti ada banyak benda tuan dengan dia boleh bincang kan? " Aduh bijaknya anggun memberi jawapan nak elak si hadif ni.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now