5

5.9K 480 60
                                    

Gara gara bosan

Terimalah double update dari sis yg menawan ni auch.

.

"Kau kenapa anggun? Dari luar bilik aku boleh dengar mulut kau wushu wushu wushu? " muncul pula Dayana Aqilah teman serumah anggun dengan wajah berkerut. Pelik pun ada. Yela aku lalu bilik si anggun kejap dengar orang marah kejap dengar gelak jahat. Seram bethiol!

Dayana bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat yang juga agak berjaya dan merupakan rakan baik anggun sejak universiti lagi. Apabila anggun memberitahu yang dia akan berpindah ke Kuala Lumpur seorang diri kerana diterima bekerja di sini,terus Dayana mengajak anggun menjadi teman serumah di rumah sewanya. Ceria sedikit hidupnya apabila hari hari dapat membawang bersama anggun. Dapat juga kuli membersihkan rumah. 2 in 1.

Anggun mengeluh. Dia masih belum memberitahu dayana tentang pertemuan kembalinya bersama Hadif Rizki. Adakah patut aku cerita?cerita jelah. Memang selama dia menyukai hadif dahulu, memang dayana menjadi tempat luahan hatinya.
"Okay kau nak dengar ke?"

Dayana pantas mengangguk.
"Of course lah. Aku nak tahu juga apa yang menganggu hati rakan akhirat aku ni." Tanpa berlengah pantas dia duduk di sebelah anggun di atas katil.

Anggun menarik nafas.
"Okay cerita dia macam ni..."

"Kejap! Kejap!" Terhenti pergerakan mulut anggun apabila dayana menahannya dari bercerita. Dayana pula sudah berlari keluar tetapi tidak sampai 10 saat dia kembali bersama kerepek kentang di tangannya.

"Okay anda boleh continue yituuu cerita. " matanya fokus memandang anggun. Anggun menjeling dayana sebelum sekali lagi dia menarik nafas. Dah kena bermukadimah balik!

"Fine. Kisah dia begini. Kau ingat tak hadif rizki?"

Riak Muka dayana terus seperti berfikir. Berusaha dia menutup mata sambil mulutnya mengunyah kerepek. Betul betul cuba mengingat memori lama tu.Tiba tiba matanya terbuka luas.
"Hadif kerek? Crush lama kau?"

Anggun pantas memetik jari.
"Yes correct betul! Ha dia lah." Bagus bijak ini anak. Selalunya memori otak dayana ni jangka hayat pendek tapi kali ini alhamdulillah panjang pula.

"Jadi apa kesinambungan dia dalam kisah amukan setan kau?" Dayana menggaru kepala. Apa kaitan hadif dengan kisah sekarang? Apa eh? Stres aku gini.

Anggun menyekeh kepala dayana lembut.
"Eish kau ni kan!memang tak beradab!dasar biadap! Tunggula aku habis cakap."

Tersengih dayana mendengarnya. Aduh garangnya mak singa ni.
"Okay okay aku taubat.teruskan lah."

Anggun mengeluh.
"Kisah dia bermula semalam. Kau tahu kan aku dapat jawatan kerja arkitek. So semalam hari first aku. And masa aku baru masuk tu kak zila a.k.a p.a kepada tuan ceo tu kata aku kena jumpa si ceo tu dulu barulah boleh senang lenang dapat masuk syarikat tu. And then lepas aku masuk tu terus jantung aku berhenti..."

"Kau mati?!" Selamba dayana bertanya dan mendapat tamparan anggun. Padu ke lengan.Terus dayana menggosok lengannya. Saaaatitlah!

"Adu...betulla jantung kau terhenti kan sengal?"

" kau tak tahu ke tu perumpamaan? Whatever. So nak dipendekkan cerita tuan CEO tu rupanya hadif rizki." Anggun terus straight to the point. Malas nak beria bercerita. Dengan kesewelan dayana, habis rosak mood aku nak membawang.

Ternganga dayana sebelum dia menepuk tangan kuat.
"Hadif? Serius? Mata dia hazel ke?weh aku dah kata dari dulu dia jodoh kau. Kau tak nak percaya kan? Ha sekarang lepas 2 tahun berjauhan pun masih bertemu! Kau nak kata apa ? Kebetulan? " teruja sungguh dayana ni.

DIA Encik Crush Sombong! ✅حيث تعيش القصص. اكتشف الآن