40

4.3K 366 69
                                    

"Kenapa awak tak beritahu saya....pasal ni?"

Ammar mengeluh. Ah sudah kena explain pada gadis manis ni pula. Dia berpaling melihat anggun yang masih mengalirkan air mata. Haih menangis lagi budak ni.

"Ammar affendy, saya tanya ni. Jangan palau saya boleh tak?" Dengan geram bercampur sedih anggun bertanya dengan air mata dibiarkan menurun. Pantang betul kalau kena palau ni. Sudah lah orang tengah sedih sebab dia.

Betapa terperanjatnya hati nya apabila doktor yang merawat ammar mengatakan sel kanser ammar makin serius dan merebak. Ammar affendy? Pesakit kanser payudara? Ya dia terkejut! Patutlah ammar berasa sakit pada dadanya da pengsan!  Makin bertambah rasa serba salahnya pada ammar. Sudahlah ammar pengsan kerananya. Sebabkan dia hubungan ammar dan hadif tegang. Semua kerana dia! Makin berat bebanan di dadanya!

Ammar tergelak kecil.
"Anggun, janganlah nangis. Dari mula saat saya bukak mata sampai sekarang tak henti lagi air mata awak turun. Tak penat ke? Nanti mata tu bengkak macam mana? Habislah buruklah muka awak nanti." Ammar mengambil sehelai tisu dari kotak tisu yang memang dia pegang dari tadi lalu dihulurkan kepada anggun.

Sebabkan risau melihat anggun menangis , terpaksalah dia menyuruh irham membeli sekotak tisu. Hampir sudah beberapa helai tisu dia kejap kejap hulur pada anggun!

"Biar. Biar mata saya bengkak macam hati saya. " anggun akur mengambil tisu tersebut. Terus dia menghembus segala hingus di dalam hidung.

Ammar tersenyum nipis.
"Hati awak bengkak? Kenapa? Dia terjatuh tangga ke sampai bengkak?"

Anggun mendengus. Masa masa macam ni mamat ni boleh buat lawak sengal, memang minta kaki!
"Bukan! Dia bukan jatuh tangga! Tapi dia sakit. Awak tahu tak betapa saya rasa serba salah? Sebabkan saya hubungan awak dan hadif macam ni. Saya memang tak patut minta tolong awak. Saya tak patut libatkan awak. Saya...saya yang salah."

Ammar menarik nafas dan menghembus sedikit kuat. Memang dia dan anggun yang merancang untuk berlakon begitu depan hadif . Terkejut ammar mendengar kisah sedih anggun lantas terus dia ingin membantu. Tapi dia telah membuat hadif kecewa. Dia tersepit. Pada saat dia semakin pendeklah hal ini terjadi.
"Tak apalah anggun. Saya memang ikhlas nak tolong awak. Saya hanya nak buat baik pada semua orang sebelum saya pergi." Dia tersenyum tawar.

Anggun menggeleng kepala laju.
"Apa ? Awak nak pergi mana? Tak ada . Jangan berani nak ke mana mana. Jangan tinggalkan saya please. " anggun kembali merasa air matanya mengalir. Dia tak sanggup kehilangan ammar!

Ammar menayang senyuman ceria.
"Eh sukahatilah. Jadi, awak doakanlah saya cepat sembuh. Baru saya takkan tinggalkan awak. Takut juga awak kalau hilang saya eh?"

"Memanglah takut. Awak tu salah seorang kawan paling saya sayang. Sayang sangat. Okay hari hari saya doa awak sembuh. Asalkan awak tak tinggalkan saya." Anggun akhirnya mengukir senyum kecil. Mendapat sedikit kekuatan dari senyuman lebar ammar. Hem sakit sakit macam ni pun mampu senyum seterang matahari macam tu. Aku yang sihat tak pula nak senyum macam tu.

Ammar mengetap bibir. Kawan. Dia mengangguk perlahan. Ya, selamanya dia akan menjadi kawan kepada anggun dellisya. Hanya kawan. Dia masih tak mampu mengatasi hadif. Dan mungkin selamanya.

Kata pasal hadif, dia tertanya di mana jejaka itu berada kini. ke mana agaknya hadif membawa diri? Sudah 5 jam setelah peristiwa itu berlaku namun khabar hadif masih tak kedengaran. Entah kenapa naluri nya sangat risau tentang hadif. Argh!
Hadif, mana kau? Aku nak sangat jumpa kau. Aku nak peluk kau dan jelaskan segalanya.

Kata kata itu hanya ammar simpan dalam hati. Dalam dasar hatinya dia turut berasa sedih dengan semua ini. Dia hilang seorang kawan baiknya. Takkan dia nak bertepuk amai amai gembira? Tapi dia tak mahu menunjukkan kesedihannya pada semua orang. Tak nak orang ramai risau pasalnya pula. Jadi, sekali lagi senyuman terukir di bibir. Demi menghilangkan rasa sedih semua orang terpaksa kesedihan miliknya yang dihilangkan.
"Okaylah kalau macam tu. Saya pun akan berusaha untuk sihat. Tapi awak pun kena janji jangan nangis lagi. Saya tak suka tengok awak nangis. Saya hanya nak dengar awak membebel je. Saya nak dengar awak gelak. Okay?"

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now