53

4.6K 375 78
                                    


"Aku nak minta maaf juga pada kau hadif. Aku nak tolong anggun sampai tak sedar sanggup lukakan hati sahabat aku sendiri. Kalau bukan sebab tindakan aku tu, mesti kau tak akan terluka sampai accident.  " ammar mengetap bibir. Apabila irham berkata tentang nama anggun, barulah dia teringat dia ingin meminta maaf kepada hadif. Mesti hadif lebih terluka kepadanya berbanding anggun. Yela kawan baik sendiri buat begitu pada dirinya.

Hadif menghela nafas lemah. Dia menepuk nepuk bahu ammar.
"Kisah lama mar. Buat apa diingat. Buat apa nak direwind, di throwback. Throw je semua memori dalam lubang. Biarkan je. Aku kan dah okay sekarang.  Lagipun tu semua salah faham."  Hadif mengukir senyuman sesuci dalam debu supaya dapat menenangkan hati resah ammar.  mungkin dulu dia marah, tapi sekarang tidak. Hati seorang hadif kan memang baik, lembut pulak tu. Kena pula dengan muka hensem. Aduh si hadif ni dari bab lepas asyik nak riak je.

Ammar hanya mampu mengangguk. Syukurlah kalau hadif dah memaafkannya. Tenang dah hidupnya. Tak ada dah resah dalam hati.  Nak tidur pun dah boleh mimpi indah. Nak pergi membuang dalam tandas pun aman.

Tapi terus hadif mengerutkan kening. Masih ada satu lagi misteri yang tak selesai. Dan selagi tak selesai, boleh bengkak otaknya kerana asyik memikirkan hal ni.  "Tapi yang paling aku blur sekarang ni,  macam mana kau boleh ada di sini? Kau masih hidup? Kau berjaya survived? Sakit kau dah pulih?"

Irham mencebik.
"Kau ni pun. Satu satu lah tanya. Kau fikir kau penyiasat fbi ke nak tanya laju laju macam tu." Lalu selamba dia menyilangkan kaki lagak bos sambil tangannya menghirup secawan air kopi yang pada mulanya milik hadif. Tapi memang sukahati tangan irham sahaja menyedut air milik hadif itu bagai office ni bapa dia punya.

Ala hadif bukan minum pun, dia takkan perasan punya aku minum.

Hadif memandang irham menyampah.  Aku perhati je si irham ni. Dahlah minum air aku. Kau ingat aku tak perasan ke air kau tengah syok sedut tu air aku. Ya allah sabarkan jela hatiku.

Ammar tergelak kecil melihat pasangan anjing tikus depannya ni. Patut nya hadif dengan irham la yang patut berlakon dalam Tom and Jerry. Tapi sebabkan mereka bukan binatang itu yang tak jadi berlakon tu.
"Untuk semua soalan kau tadi, aku boleh jawab dengan satu perkataan. Yes. Aku berjaya. Aku pun mula mula fikir aku dah tak ada harapan untuk hidup. Mummy aku cerita lepas sahaja aku buat rawatan kemoterapi untuk kali ke berapa entah aku tak ingat, masa tu  badan aku lemah sangat. Aku penat. Kadar denyutan jantung aku makin lama makin lemah sampai aku tak sedarkan diri. Aku kena dimasukkan dalam ICU. Then, mummy aku kata beberapa jam lepas tu, jantung aku terhenti. Terus mesin sebelah aku tu berbunyi. 'Tetttttttt' tanda aku dah selamat meninggalkan dunia. Tapi benda yang menakjubkan ialah lepas doktor buat cara terakhir untuk buat jantung aku bergerak balik, iaitu dia tekan tekan dada aku dengan benda alah apa aku tak tahu apa nama dia tapi pandai pandai lah imagine sendiri tu kan, tiba tiba perlahan jantung aku kembali berdetak . Lepas beberapa hari hari akhirnya aku pun bangun and aku sedar tu tanda Allah nak tunjukkan kekuasaan dia. Dia bagi aku hidup untuk jadi hambaNya yang lebih bertaqwa. Alhamdulillah juga pada Allah , aku disahkan bebas kanser. So aku kembali jadi ammar affendy yang sihat walafiat. " ammar tersenyum lebar. Jelas wajah kegembiraan yang amat tanpa sebarang sakit.

Hadif terkebil kebil sebelum dia meraup wajahnya. Terkejut dengan kisah ammar.
"Alhamdulillah.Mashaallah. Gempak nya kisah hidup kau." Hadif tidak menyangka perkara sehebat itu akan berlaku pada kawan baiknya. Dia sangat sangat kagum. Begitu hebat kuasa Allah kan? Orang yang mati tiba tiba hidup balik! Dah macam zombie ķampung pisang.

Ammar mengangguk.
"Yes. Lepas tu kau lupa ke kan daddy aku ada company dekat United States jugak. So, aku terus dilantik jadi COO dekat sana. Nak tolong bapa aku. Akhirnya dapat juga company kita bekerjasama. Sebenarnya aku dah tahu lama dah kau CEO Blue Hazel Holdings ni. Sebab tu lah aku berusaha nak collaborate . Plus aku nak suprisekan kau."

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now