23

4.1K 388 20
                                    


Anggun melihat jam tangannya. Dia menghela nafas penat. Dia berhenti seketika langkahnya untuk menahan penat sekejap. Tangannya menahan diri di dinding.

"Fuh apa masalahlah sir ni eh nak assignment harini? Last minute pulak tu cakap. Heih meja kalau dekat takpelah. Ini boleh buat marathon tau! Lepas tu kata nak sharp sebelum pukul 1 petang. Kalau aku santau dia,  padanlah muka. " Jaranglah anggun tak menceceh bila sedang stres. Tak dihiraukan mata beberapa pelajar sedang melihatnya yang bermuka stres. Biarkan mereka tak rasa apa aku rasa sekarang ni.

Dia menarik nafas kemudian membuat keputusan untuk sambung melangkah. Dia melirik jam tangan sekali lagi. Lagi 20 minit untuk tepat pukul 1 petang! Nahaslah.

Terus dia melajukan langkah dengan kelajuan bagai enjin kereta lumba.
Sedang dia berjalan tiba tiba bahunya dilanggar sesuatu.

Terus berterabur kertas kertas yang dia pegang di atas lantai. Ternganga mulut anggun dibuatnya. Masa ni jugaklah kau nak langgar aku kan? Penat aku susun kertas ni tau! Meh sikit aku nak tengok muka kau. Agak agak hodoh tak muka kalau kena penumbuk aku?

Dia melihat muka pesalah yang telah melanggarnya di waktu yang salah.

Zuppp!

Okeh terkaku anggun melihat wajah di hadapannya.  Em tak jadilah nak tumbuk anak orang. Insaf sementara.

MasyaAllah aku sanggup kena langgar 5 kali kalau orang yang berbeza dan bukannya manusia ni. Manusia yang sedang menatapnya kini.

Kerana menyedari waktu yang tinggal hanya tinggal nyawa nyawa ikan, dia laju menunduk menurunkan diri untuk mengutip semua benda alah miliknya dengan wajah pasrah. Dia tidak menghiraukan manusia yang pastinya sedang masih melihatnya. Pasti manusia tu akan pergi dan tak akan menolongnya.

Sedang dia mengutip kertas tiba tiba ada ada tangan yang mengutip kertasnya sambil badannya turut diturunkan membantu anggun.

"Maaf."

Angun tersentak. Dia tengah bantu aku ke? And.. Dia BARU KATA MAAF KE? Oh maaf sebab terlanggar aku lah tu.

Anggun hanya mengangguk. Tanda dia mendengar dan memaafkan manusia itu.
Matanya fokus menyusun kertasnya supaya tidak nampak serabut.

"Maaf."

Anggun kaget. Apa masalah lah ini orang? Dia tak nampak ke aku angguk tadi? Dia ingat aku pekak ke?

Dia menganggukkan lagi kepalanya.
"Hm." Akhirnya dia mengeluarkan suara walah hanya hm sahaja. Saja nak beritahu manusia ni yang aku dengar kata kata dia.

Anggun mampu menarik nafas lega apabila tiada lagi kertas di atas lantai. Dia mula berdiri. Tetapi kenapa macam nipis eh?

Kertas dihulurkan di depannya. Anggun menelan air liur memandang figura yang lebih tinggi darinya .  Aahlah lupa mamat ni tolong aku mengutip kertas. Okeh maaf tiada upah ya sebab tolong tadi. Tapi memang patut kau tolong tau sebab kaulah punca semua ini bersepah!

Anggun pantas mengalihkan mata dari melihat mata manusia itu lalu tangannya bergerak ingin mengambil kertas kertas yang dihulurkan.  Dia cuba menarik kertasnya dari tangan jejaka itu. Eh tak boleh gerak. Dia cuba menarik lebih kuat. Eh tak boleh?

Berkerut halus kening anggun.  Dah kenapa mamat ni pegang kertas ni kuat kuat? Tak bagi aku ambil kertas aku ke apa? Anggun menatap kembali si galah di depannya ini.

Alamak hilang pula rasa bengang apabila melihat mata hazel si galah ni. Nak cair pula rasa.

"Maaf." Lagi sekali perkataan itu keluar dari wajah Hadif Rizki dengan wajah tidak berperasaan. Fokus dia memandang muka anggun.

DIA Encik Crush Sombong! ✅जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें