20

5K 379 46
                                    

Dayana membetulkan rambutnya yang seperti selekeh.
"Ya allah kenapa sir kesayangan kau ni cakap last minit semalam yang kita ada program merapatkan silaturahim dengan pelajar lain? Aduh kan aku dah lupa. Nasib baik terbangun pukul 7.50. Benda start 8.00. Haih nasib aku dah mandi masa subuh tadi tau tak. But still! Mesti aku selekeh gila kan sekarang?entah entah ada air liur basi?" Dayana pantas mengeluarkan telefon nya dan melihat skrin telefon. Mana tau betul betuk ada air liur basi!

Anggun menggelengkan kepala melihat dayana.
"Haih padan muka kau. Aku dah kejut pukul 7.20 tadi tapi kau kata kau nak pergi sendiri tapi rupanya sambung tidur.  Ha padanlah dengan muka sembab baru bangun kau tu."  Punyalah aku kejut dia beria macam nak roboh bangunan tu dia boleh tidur balik.

"Habislah ana. Aku dengar cerita program ini libatkan senior senior yang hensem. Ha jatuhlah saham kau nak usha senior senior tu!"alisa menyeringai mengusik dayana. Biarkan!biar perempuan tu makin kalut!

Dayana membesarkan mata.
"Serius lah! Kenapa aku tak tahu? Aduhai aku ni bare face tau sekarang ni. Ayoyo! Aku fikirkan hanya antara pelajar batch sama dengan kita je. Sir ni mana kata ada senior! Ish kena pinjam lipstik si leha ni!"pantas dayana berpusing. Matanya bergerak mencari entiti leha. Apabila matanya berjaya menangkap bayang leha sedang berborak terus dia tersenyum.

"Leha! " laju dia berlari ke arah leha. Memang saja dia ingin bantuan leha kerana leha memang pro bab makeup ni. Sehari di class kalau tak pakai gincu merah bernyala memang tak sah!

Anggun menahan gelak melihat dayana. Selamba badak je jerit nama si leha tu. Tak reti malu betul. Memang aku tak ngaku kawan macam ni.

"Harap haraplah kita tak jumpa senior dari course business kan?" Alisa melihat wajah anggun apabila mendengar ayatnya. Buka dia ingin membuat anggun broken kembali tetapi dia ingin pastikan samada anggun sudah betul move on atau tidak. Sudah agak lama juga anggun anti mendengar nama hadif. Agak agak menjadi tak usaha anggun?

Anggun tersentak. Course business? Siapa eh ade?ammar lah kut. Kejap ammar ada jangan jangan......hadif ada?
"Em harap harap taklah!" Anggun tergelak kecil memyembunyikan rasa cemasnya. Mana tahu betul betul program mereka ini melibatkan senior bidang business. Tak ke naya?

Program ini baru bermula dijalankan oleh pihak universiti untuk membantu pelajar belajar dari senior dan senior juga boleh merapatkan silaturahim dengan para pelajar baharu seperti anggun ini. Dan setiap program, ahli yang terlibat lain lain setiap hari. Satu hari 2 bidang untuk pelajar baharu dan 2 bidang untuk senior berkumpul. Hari ini bidang architecture dan accountant sebagai bidang untuk.pelajar baharu harus terlibat. Sebab itulah anggun,alisa dan dayana ada di sini.

Tetapi senior?tidak tahulah siapa!harap harap bukan bidang yang hadif pilih!

"SEMUA PELAJAR DIMINTA BERBARIS MENGIKUT BIDANG MASING MASING. SEKALI SAHAJA SAYA CAKAP. KALAU AWAK SEMUA TIDAK IKUT ATAU AKUR, SAYA AKAN KENAKAN ANDA SEMUA HUKUMAN TOLONG MAK CIK CLEANER BERSIHKAN TOILET..HA MAHU KE ?"

Tiba tiba kedengaran kuat suara pensyarah bernama Sir Malik di hadapan bersama mic di tangan. Misai sudah seperti ikan keli. Misai sir malik yang panjang dan seperti misai ikan itu memang selalu menjadi bahan ejekan pelajar. Tapi sir malik kisah apa. My life my style.

Terus para pelajar berbaris patuh. Memang tak nak tolong makcik cleaner rasanya!

"Bagus. Sekarang saya Sir Malik adalah sebagai ketua pensyarah kepada program ini. Oh ya sebelum saya mulakan, minta semua pelajar senior di luar sila masuk sekali. Berbaris juga ya."  Pensyarah di pintu masuk pula mengangguk dan terus membuka pintu besar dewan. Dewan itu kosong tanpa kerusi kerana sudah dialihkan untuk memudahkan sebarang aktiviti. Maka pelajar hanya bersilalah di lantai jawabnya.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now