46

4.5K 392 113
                                    

"Mama, hadif pergi dulu. "

"Ha? Okaylah. Baik baik jalan ya."

Hadif melayangkan senyuman sambil mengangguk.
"Iyalah mama."

"Lunch jangan skip. Kalau letih rehat jangan nak kerja je. Jangan garang sangat pada pekerja kamu tu. Jangan stres pasal kerja."

Hadif menggosok telinganya. Haih berdesing telinga dengar mama sendiri membebel. Hari Hari ayat sama pulak tu. Aduh. Hadif tersenyum jua sedikit paksa.
"Baik mama. Tapi hadif rasa hadif balik lambat harini sebab hadif ada meeting dengan......"

Mata hadif membesar. Dia menepuk dahi.
"Aduh hadif lupa pula nak ambil fail hadif yang ada dokumen tu. Kejap eh mama." Dengan kelajuan atlet laju hadif mendaki semula tangga ke biliknya. Time dah lambat pula tertinggal macam macam.

"Itula kamu! Asyik asyik terlupa something. Entah entah dah ada bini, bini kamu pun kamu lupa siapa! Eish hadif hadif." Qisya menggelengkan kepala melihat anaknya yang bagai lipas kudung. Terlari lari sana sini.

Hadif laju membuka pintu biliknya. Dia terus ke meja kerjanya. Tangannya bergerak untuk mencari fail yang ada dokumen penting.

Aik? Berkerut dahi hadif kerana dokumen yang dicari tiada atas meja. Hadif mengeluh. Aduh mesti dia ada letak fail tu di tempat lain kerana agak lama dia simpan fail tu tapi sekarang lah baru dia nak guna.

Sempat matanya mengerling jam di atas meja. Aduh kalau aku lambat, mesti ramai pekerja mengumpat. Aku ni dahlah bos. Kena tunjuk contoh yang baik. Heih. Macam mana ni?

Hadif mengetap bibir. Menahan segala carutan ingin keluar kerana stres pasal dimana fail itu. Ya allah ya allah. Janganlah biarkan bibir aku buat maksiat pagi pagi ni. Aku baik. Aku tak carut. Alhamdulillah.

Mata hadif meliar ke sekeliling bilik. Mana lagi eh aku simpan barang selain di meja kerja? Ting! Mata hadif terus tertumpu pada rak kayu di sudut  biliknya. Dia memang kadang kala meletakkan buku atau fail fail yang dia tidak guna di situ.

Mungkin ada di situ agaknya. Terus hadif berlari anak ke arah rak itu. Satu persatu buku atau fail dia perhatikan teliti.
"Alahai...manalah fail tu. Di mana dia. Fail penting saya. Fail penting saya berwarna hitam." Sempat pula hadif menyanyi can mali can eh.

Semasa fokus dia mencari fail tersebut, tiba tiba matanya terpandang satu buku berwarna biru gelap yang tersepit antara banyak banyak fail tebal. Jari hadif berhenti mencari seketika sambil mata melekat pada buku itu. Hadif mengerutkan kening. Kenapa eh aku macam pernah lihat buku ni?

Hadif perlahan mengeluarkan buku berwarna biru gelap yang tak terlalu tebal itu keluar dari rak kerana naluri menariknya untuk mengkaji buku itu. Agak berhabuk ya. Lalu, perlahan dia meniup permukaan buku itu.

"Uhuk Uhuk!" Terbatuk batuk hadif sambil tangannya mengipas udara supaya habuk pergi. Itulah benda boleh sapu habuk tu nak juga tiup acah acah filem. Kan dah tersedak. Hadif hadif.

Hadif mula berfikir. Aku macam pernah nampak buku ni. Buku siapa eh? Tapi ini bilik aku. Dah tentulah ini buku aku! Hadif tersenyum sinis lalu dengan rasa gemuruh walau tak tahu kenapa, dia membuka helaian demi helaian. Rasa macam dia selalu sangat tengok buku ini. Tapi entahlah dia tak ingat.

Eh ini macam...

Diari aku?!

Tertera pelbagai kata kata dengan tarikh di atas.

Mata hadif membesar. Ini diari aku yang lama! Mesti semua memori yang aku nak kenang ada di dalam ni!

Satu helaian demi helaian dia bukak. Dan, tangannya berhenti pada muka surat yang ada beberapa keping polaroid pada muka surat bahagian kiri dan kanan.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now