59

5.5K 427 369
                                    

"Syafina, tu ada customer baru duduk tu!"

"Okay I can hande it!" Syafina terus menunjukkan simbol okay dan tersenyum kecil kepala seniornya yang sedang berada di kaunter.

Ah marilah kita mula bekerja dengan semangat yang menggunung. Cuba tengok gunung kinabalu. Ha tinggikan. Begitulah semangat puteri syafina ni.

Dia melihat ada seseorang baru sahaja melabuhkan duduk sambil memandang ke arah luar. Syafina terus bergerak laju ke arah meja itu yang bersebelahan dengan kaca yang mampu memperlihatkan permandangan luar Kafe Manis itu. Bolehlah nampak apa orang di luar buat. Kadang kadang nampak lah jugak scene girlfriend bergaduh dengan boyfriend dekat depan kafe ni. Hish hish hish. Nak gaduh berambus pergi WWE lah.

Akhirnya tapak kakinya berhenti di sebelah meja itu.
"Encik nak order apa ya?" Bibirnya turut tersenyum nipis. Yela kita nak ambil order ni kenalah maniskan muka. Nanti tak senyum kang automatik kena kecam, kena ngumpat last last tak pasal pasal gaji kema tolak sebab aduan pelanggan. Hala hala.

Siapa eh yang memandai kata customers always right tu? Meh aku cepuk mulut dia.

Terus jejaka yang memandang ke arah luar laju menoleh menatap waiter yang baru muncul. Nampaknya dari suara lembut itu dia sudah tahu siapa yang datang. Bagus nasib baik dia yang datang. Okay ready sudah mulut ku nak membebel. Muka pun dah ready nak berlakon jadi kejam untuk jumpa gadis itu.

Tapi tiba tiba terpaku pula matanya melihat gadis yang berada di depannya. Membesar terus anak mata jejaka itu.

Uish tak..tak mungkin. Apakah yang aku sedang lihat di depan mata ini? Benarkah ini manusia atau jelmaan minah ni?

Syafina yang tersenyum tiba tiba rasa otot mukanya terbantut nak senyum pada manusia yang sedang menatapnya ni. Nak senyum tapi automatik rasa cramp dekat bibir. Uish lain macam bibir pun cramp.

Aik?? Kenapa mamat ni datang sini lagi? Ingatkan dah pupus. Argh bikin aku annoying sahaja loh. Sabar syafina. Kita tak boleh nak berkasar dengan customer kita. Walaupun dia adalah musuh tradisi dia. Okay ingat tu. Jadinya dia hanya tersenyum sedikit cuma.
"Encik nak order apa? " suara masih lembut ya anak anak.

Krik krik.

Syafina menahan rasa pelik. Eh mamat ni pandang aku tak berkelip kenapa ? Dah dua kali kot aku ulang nak order apa! Heyyai! Ke dia nak aku lempang dia baru reti nak bercakap? Ke dia terkejut sangat tengok aku? Aku makin lawa ke? Well tahu dah.

Yes puteri syafina sudah menukarkan rambutnya kembali ke warna hitam pekat. No more rambut karat. Dia juga tidak lagi memakai makeup yang menonjol. Sebaliknya dia hanya memakai bedak nipis dan lip balm yang menjadikan bibirnya pink semulajadi sahaja. Fuh perubahan yang drastik dan mengagumkan.

Syafina mengetap bibir geram sebelum dia berdehem. Sekadar nak buat otak mamat yang rasanya dah mengelamun ke planet zuhal ni kembali ke sini. Entah fikir apalah mamat mulut lepas ni pandang aku lama lama.
"Ehem. Encik, encik nak order apa? Dah 2 kali saya ulang. Yang ni yang ketiga. Jangan sampai saya ulang untuk kali ke empat. Sebab maybe masatu saya tanya dengan set satu kali tumbukan . Sekian." Selamba syafina berkata sambil tersenyum kepuraan.

Irham rafiqi merngerlipkan mata terus kembali ke alam sebenar. Alam di mana dia masih berumur 24 tahun. Masih hensem. Masih popular. Dan masih single. Auch.

Dia turut berdehem. Nak cover malu terkhayal pula depan minah ni.
"Sorry. Aku nak latte je."

Syafina mengangguk sambil mencatat pesanan pada buku kecil berwarna pinknya. Alhamdulillah jawab pun. Lama betul nak jawab. Bukan soalan kbat pun. Menjadi juga ugutan tumbukan aku tadi.
"Okay baik. I pergi dulu." Ha blahlah cepat nak hadap muka mamat ni lama lama dekat sini buat apa? Hilang selera you alls.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now