ii(▪︎~▪︎)

4K 270 285
                                    

I want to know where I can go, when you're not around and I'm feeling down .

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Terima kasih pakcik gamsahamnida! Semoga hari pakcik indah! " Dengan senyuman dia berkata ceria sebelum melambai extra double ceria pakcik grab . Kita kena menegur sesama manusia dengan peramah ye gais. Lagipun pakcik ni dah penat penat drive kereta dia untuk hantar aku , so kita kena bagi semangat .

Pakcik grab itu tersenyum melihat wajah peramah berkaca mata . Pergh bukan kaleng kaleng budak ni. Pagi pagi dah terlebih dos aktif. Makan milo tabur banyak sangat ke apa? Bertenaga lain macam.
"Ha yela toceh toceh . Semoga urusan kamu dipermudahkan. Walau pakcik tak tahu apa urusan kamu." Tapi pakcik layankan je. Bagus pakcik ni.

"Aamiin. Okay bye pakcik assalammualaikum . Ingat, semua benda kita lalui, kita kena se? Senyum." Sempat dia menunjukkan senyuman di bibirnya menggunakan jari telunjuk. Yela nia. Memang kau seorang jelah yang reti senyum. Semua orang kau nak ajar .

"Insya-allah."
Kelihatan pakcik grab itu hanya mampu mengangguk melayan sahaja sikap periang nak mampus budak yang telah berambus dari keretanya. Tapi bagus juga ada anak muda begitu. Tak adalah hidupnya sebagai pemandu grab sunyi kesepian.

Hanania memandang teruja kedai yang dia sudah selamat tiba. Dia menadah tangan dan dengan wajah asyik bibirnya mula menggumam.
"Bismillah. Ya allah mudahkanlah aku mendapat kerja ini. Tolonglah mudahkan interview ni supaya mudah untuk aku menjawab segala soalan kbat mahupun dua alam . Tolonglah aku supaya dapat kerja ni sebelum mak aku rembat aku guna kuali baru dia tu sebab tak tahan tengok anak dia menganggur . Aamin ya rabbal alamin." Terus dia menyapu wajahnya dengan wajah penuh tulus dan berharap supaya dapatlah dia kerja ni . Tak tahan sebenarnya nak dengar maknya membebel....

'Bilalah kau nak dapat kerja Nia oi! Aku hantar kau belajar supaya kau dapat kerja elok , tapi kerja kau sekarang menganggur, melantak sepuasnya depan mak saja. Aduh seteghes mak macam ni nia!'

'Mak , kerja ini ibarat jodoh tau. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, maka kita sebagai manusia kena redho dan terima segala takdir Tuhan dah tetapkan untuk kita. Sebaga manusia, memang banyak pancaroba yang kita kena hadapi.... dan kita tak boleh mengeluh. Mak pernah dengar kehidupan bagai roda? Nia yakin mak pernah dengar. Ya benar kadang kala kita di atas puncak sana, kadang kala kita di bawah sana maka....'

Dan selepas dia berhujah memberi alasan dengan berhemah terus apa yang dia dapat adalah rembatan super maknya.

Bukan kaleng kaleng kena rembat guna mangkuk plastik mak yang mak dapat free lepas beli colgate tu. Hmmm.

Hanania menarik nafas memberi kekuatan lalu dengan langkah kanan terus dia menolak pintu kaca.

.

.

.

.

.
30 minit kemudian selepas temuduga.....

"Bagus nia. Aku bangga dengan kau. Kalau aku jadi mereka, mesti aku akan pilih kau. Ho ho ho." Sempat dia menepuk dada bangga selepas sudah melangkah keluar dari pintu masuk. Fuh muka yakin je minah ni. Mentang mentang soalan interview tadi senang dan memandangkan dia telah berlatih semalaman, bolehlah dia menjawab. Lepastu nak riak pulak.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now