6

5.6K 412 24
                                    

Okay sekarang kita berada di alam universiti sahaja ya! Jangan pening pula. Bab sebelum ini adalah zaman dewasa mereka. Kita sekarang nak tahu juga kisah lama diorang ni. Apa sebenarnya dah jadi dulu? Kan? Korang kan nak tahu sangat?

Ha apa lagi marilah! Kisah crush dan secret admirer hak tuih!

.

2 tahun lepas.......

"Lepasni korang ada class kan?" Pertanyaan dayana dibalas anggukan anggun.

"Yes! Kau pulak?" Giliran anggun pula bertanya kembali.

"Hm of course ada. Maleh aku!" Eeee malasnya nak hadap prof garang tu!

Rungutan dayana di balas dengan tamparan lembut alisa.

"Kau ni kan malas je kan? Macam mana nak berjaya. " dayana mencebik. Alamak mula dah si alisa ni nak jadi ustazah sebelah telinga aku.

"Ala aku penat tau semalam! Sir Ahmad tu suruh buat assignment. Harini dia nak! Argh!" Dayana berpura memicit dahi. Stres! Kalau aku dapar culik sir ahmad tu lepastu aku kerat kerat bagi anjing makan, kan best? Macam tragik sangat je imaginasi aku ni.

Anggun hanya menggeleng kepala memandang telatah sahabatnya. Macam macam hal. Seorang majal tak bertempat. Seorang lembut tetapi garang macam ustazah. Apa kono ejang?

Alhamdulillah hanya selepas sehari dia berada di universiti ini, dia telah mendapat rakan. Dayana merupakan roommate nya sementara alisa adalah rakan baik kepada dayana malah sama jurusan dengannya jadi meraka memang teman sekuliah di sini. Jadi, dayana dan alisa terus mengajak anggun menjadi rakan baik mereka! Apa lagi anggun pun joinlah. Lagipun,dia amat menyenangi sifat sempoi mereka. Gila gila brutal gitu! Seiring dan sejalan dengan sifat anggun.

Sedang mereka bergelak ketawa dan terlalu asyik membawang tiba tiba.

Pin! Pin!

Terhinjut bahu ketiga gadis itu. Anggun memusing belakang dan melihat ada kereta di belakang mereka. Mungkin kereta ini ingin lalu. Anggun pantas menarik lengan dua sahabatnya untuk ke tepi. Tidak perasan mereka sudah berjalan di tengah jalan. Itulah orang kata, orang perempuan ni bila dah start kupas bawang, dia dekat mana pun dah tak perasan sekeliling. Khusyuk betul membawang. Khusyuk dalam solat tak pulak. Eh sentap pula tetiba.

Mereka bertiga terus ketepi dan memandang kereta itu bergerak melepasi mereka. Tanpa di sangka semasa kereta mewah Maserati  Granturismo Zeda berwarna campuran biru dan perak itu lalu di sebelah mereka, pemilik kereta itu menghon kereta kepada mereka sebelum berlalu untuk meletakkan kereta di parking yang disediakan di universiti.

Berkerut wajah dayana dan alisa.
"Ek eleh! Acah je. Kita dah bagi jalan pun nak hon lagi." Lancang mulut dayana mengecam sifat pemandu kereta mewah tadi. Benda simple pun diperbesarkan.

"Itula mentang mentang pakai kereta mewah gila! Apa fikir kita takut lah dia main hon hon? " Alissa turut mengecam mengikut jejak langkah dayana.

Tetapi anggun membuat keputusan untuk terus memandang kereta unik itu. Tak mempedulikan dayana dan alisa yang sudah membawang pasal pemandu kereta Maserati Granturismo itu.

Entah mengapa hatinya keras menyuruh dia menunggu pemandu kereta itu keluar. Memang dia rasakan tingkah laku pemandu tadi agaķ biadap tapi memang salah mereka juga yang berborak sakan hingga menghalang laluan. Matanya sudah melekat memandang kereta itu. Dia pun pelik mengapa dia harus melihat arah itu? Penting ke? Ehem Naluri wanita mungkin.

Selepas meletakkan kereta, Hadif membetulkan rambutnya dan melangkah keluar. Baju nya dibetulkan biar kemas. Terlihat ada beberapa orang gadis menjerit teruja melihatnya. Dia tidak memberi reaksi. Sudah biasa mendapat perhatian sebegini sejak kali pertama dia menjejakkan kaki di universiti ini. Dia memang popular di universiti ini malah sejak sekolah menengah lagi dia sudah mempunyai fanclub. Malas nak riak.  Maaf bukan cokigans atau army. Tetapi Hadif's soldiers. Dia pun tidak tahu siapa yang menwujudkan fanclub tersebut. Dia memang tidak ambil peduli tentang peminatnya. Kadang kadang rimas pun ada!  Yela pergi mana mana orang pandang. Apa fikir best ke jadi orang femes? Hidup tak tenang tau! Nak buang air kat tandas pun tak tenang.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now