final la kot

6.7K 414 460
                                    


Dia menghembus nafas perlahan cuba mengeluarkan segala rasa nervous nya. Tetapi rasanya sudah dalam kali yang ke seratus dua puluh satu jugaklah dia sudah menghembus nafas . Tetapi rasa nervous dalam jiwa raganya ni tak hilang lagi tapi makin menjadi jadi pula. Cis. Tak ada function sungguh.

"Dah boleh mula ya?"

Hadif rizki perlahan mengangkat wajah memandang wajah tua di hadapannya dengan mata hazel yang terkelip kelip ragu. Dia menelan air liur penuh debaran sebelum mengangguk secara slowmo. Elok elok kelajuan normal tiba tiba jadi 0.5x.
"Iya iya...dah boleh mula." Katanya dengan senyuman nipis tetapi peluh pula yang sudah merembes keluar. Nasib baik ketiaknya tidak berpeluh hm. Tangan kanan pula sudah bergerak mengenggam tapak tangan lelaki di hadapannya.

Encik mazlan berusaha menyembunyikan senyuman kecilnya. Ya allah apahal nampak bebenor nervous bakal menantu nya ni? Macam nak kena rotan oleh cikgu disiplin saja mukanya.
"Baiklah. Muhammad hadif rizki bin athif fattanah, "

Terasa tangannya eh bukan tangan je satu badan ni ha macam terkena renjatan elektrik pula apabila namanya diseru. Alamak dia dah panggil dah! Nervous gila ! Ini bukan nervous macam nama kena seru masa turn dia nak berkhatan... bukan.... Bukan juga nervous macam masa nak dapat keputusan spm. Bukan. Nervous ni betul betul another level!

Sebab nervous ini adalah bila nama nya diseru untuk melafazkan ayat yang akan menukarkan status dirinya! Dari single to double! Dari solo ke duo! Dari duduk seorang diri ke duduk berdua dan mungkin bersama 10 orang lagi kanak kanak . Hamboi belum apa apa dah fikir nak 10 anak pulak mamat ni. Menyempat.

Hadif menarik nafas mengumpul kekuatan. Rilek je hadif. Cakap je ayat yang kau dah lama berlatih dari minggu lepas. Rileks. Benda sekejap je. Satu ayat je pun. Lepastu kau dah boleh berjimba, berdansa, bertiktok , bertari menari semuanya boleh. Ha benar. Jadi mari kita beranikan jiwa.
"Ya saya." Bergetar suaranya menjawab seruan bakal bapa mentuanya. Tetapi ditutup perasaan gementarnya dengan muka acah berani padahal nampak sangat tangan kiri tu dah menggigil.

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Nur Anggun Dellisya Binti Mazlan dengan mas kahwin RM500 ringgit tunai."

Tangannya terasa digoyangkan. Hadif mengertap bibir menahan rasa debar . Jantungnya berdegup laju bagai baru lepas senamrobik. Ya allah debarnya hati ini. Tenang izki... kau boleh. Jangan tersasul atau tergagap. Paling penting jangan salah sebut nama bakal bini kau. Errr.

"Aku ... aku terima nikahnya Nur Anggun Delli...Delli....Dellilelelelele pffftttt. Err..Lagi sekali boleh?" Terus hadif menarik kembali tapak tangannya dari digenggam encik mazlan dengan wajah serba salah. Hadohai macam mana DELLISYA boleh jadi DELLILELELELE pulak ni haduh! Ingin sahaja dia mengetuk kepala sendiri. Apahal kau boleh salah padahal awal awal kau dah pesan pada diri sendiri jangan gagap lah apalah.

Ya allah janganlah orang ingat dia tergagap kerana kes kena kahwin paksa.

Bukan. Bukan makcik makcik onion. Saya memang nak kahwin dengan dia. Saya memang sayang dia. Cuma adrenalin saya ni tiba tiba melonjak naik. Hormon pula tiba tiba macam tak betul. Sistem dalam badan macam tak seragam. Aish.

Beria hadif . Kata jela kau nervous nak mampus. Tak perlulah nak mengeluarkan fakta sains dan menyalahkan anggota badan.

Kelihatan beberapa orang sudah tergelak kecil melihat ragam hadif yang selamba sahaja minta repeat bagai nak amik order kedai mamak.

Athif fattanah menggeleng kepala kecil.
Ya allah anak siapa yang tergagap nak akad nikah ni? Kalau aku rotan budak ni pun elok juga. Memalukan nama keturunan. Aku masa nikah dengan mak kau sekali lafaz je tau!

Sempat dirasa bahunya ditepuk. Athif fattanah menoleh memandang arah kanan siapa gerangan yang menepuk bahunya.

Dapat dia lihat abangnya sudah tersenyum menampakkan gigi cantik kepadanya.
"Interesting. Athif fattanah's son tergagap masa akad nikah. " ujar Daniel Ethan yang memakai songkok tetapi masih boleh nampak rambutnya yang sudah sedikit beruban.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now