62

4K 341 182
                                    

Langkahnya dipantaskan apabila pintu lif sudah terbuka. Dia tanpa melihat kiri ke kanan terus menuju ke meja seseorang.

Setibanya di destinasi, dia mengetuk permukaan meja manusia yang ralit menghadap fail. Supaya manusia itu sedar akan dunia sekeliling . Dan sedar juga akan kehadirannya.
"Assalammualaikum kak zila."

Nazila yang sedang melihat fail yang telah ditandatangani CEO laju mengangkat kepala memandang gerangan yang tiba tiba menegurnya. Ternaik keningnya menunjukkan dia terkejut apabila menyedari suara yang memanggilnya adalah anggun.
"Eh anggun. Anggun buat apa dekat sini? Anggun masuk kerja esok kan?"  Ya tak silapnya anggun memgambil cuti selama 2 hari. Dan sepatutnya berada di pejabat pada hari esok. Ni apa kes pula tiba tiba rajin nak datang?

Sempat nazila memandang anggun dari atas ke bawah , bawah ke atas, kiri ke kanan. Baju yang dipakai anggun sangat sempoi dengan seluar jeans dan baju t-shirt dikenakan dengan cardigan. Okay baju anggun macam nak pergi shopping. Sah bukan nak kerja.

Anggun menarik senyuman nipis.
"Kak, had...erm maksud anggun tuan hadif rizki ada dalam pejabat tak sekarang? " Dengan wajah penuh mengharap dia menatap nazila.

Nazila menelan air liur mendengar soalan anggun. Dia mengigit bibir sebelum menggeleng.
"Dia tak ada dalam pejabat sekarang anggun. Dia outstation. Di melaka."

Tersentak anggun mendengar ayat yang keluar dari bibir nazila. Hadif.... outstation? Di melaka? Secara tiba? Kenapa dia tak pernah beritahu aku? Anggun mengerutkan kening halus.
"Sampai bila ya kak dia dekat sana?"

Nazila menyentuh dagu dengan wajah berfikir.
"Erm tak silap akak seminggu macam tu lah. Kenapa anggun? Anggun ada apa apa nak cakap dengan tuan hadif ke? Mana tahu akak boleh tolong?" Lembut dia menyentuh tangan anggun dengan muka risau.

Anggun menarik nafas cuba mengusir rasa sedih. Seminggu? Lamanya. Benarkah dia outstation? Atau dia sebenarnya tengah lari dari aku? Anggun mengeluh.  Dia kembali menatap nazila sebelum senyuman kelat dia berikan.
"Tak apalah kak. Erm terima kasih layan soalan anggun ni. Anggun balik dulu ya?"

"Eh awalnya. Anggun tak nak lunch sama sama dengan akak dengan shila? Rindu lah anggun."

Anggun mengukir senyuman semampu mungkin sambil menggeleng perlahan.
"Tak apalah. Anggun on diet sekarang. Lagipun anggun tak ada selera sekarang ni. Sorry eh? " sempat dia menyentuh tangan nazila di atas meja dengan tujuan nazila tidak bersedih dengan penolakannya.

Maaflah kak. Anggun bukan taknak join. Tapi anggun risau mood anggun ni tak stabil. Bila bila masa je boleh melalak depan orang ramai. Itu okay lagi. Tapi kalau aku kena serang soalan 'kenapa anggun nangis?' Huh Takkan nak jawab pasal hadif pulak.

Nazila mencebik sedih.
"Eleh. Baru nak belanja anggun."

"Okay esok kita lunch sama sama. Dan akak kena belanja anggun makanan harga cekik darah. Ha Nak sangat kan belanja? Okaylah anggun gerak dulu tau. Kirim salam shila. Assalammualaikum. " anggun menarik senyuman sebelum berpusing untuk melangkah pergi dari aras pejabat ini. Tak mampu nak berlama kerana hati sudah koyak.  Sempat dia melihat tempat shila. Kosong. Sah minah ni tengah lepak sambil membawang dekat pantri. Booo. Dasar steal bone. (Curi tulang)

Anggun menyentuh dadanya yang merasa seperti kecewa. Ya kecewa kerana pada saat dia ingin menerangkan segalanya pada hadif, tapi sayangnya jejaka itu tiada.  Hmmm. Mungkin lain kali aku boleh berbincang dengannya. Tapi..... sanggupkah aku menunggu selama seminggu untuk akhirnya mampu berjumpa hadif? Sudahlah berpuluh ratus dia cuba menghantar mesej dan menelefon hadif. Malang tiada satu pun dilayan.

Anggun mengeluh berat. Mungkin bukan rezeki kau nak jumpa dia sekarang.  Wahai anggun dellisya mohon bertabah. Kau kuat. 

Nazila yang melihat susuk tubuh angguh sudah melangkah pergi terus mengigit kuku ibu jarinya dengan muka risau yang amat.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Место, где живут истории. Откройте их для себя