36

4.1K 369 39
                                    

Anggun mengeluh buat sekian kalinya.
Jelas pudar sinar cahaya wajah apabila dia sedang menahan rasa sedih dan geram.

Buat entah ke berapa kali, dia kembali membaca surat yang dia terima. Dia perasan pagi tadi ada surat tidak bersampul di letakkan di dalam lokernya. Ingatkan secret admirer yang bagi surat tapi rupanya....bencana yang datang. Baru nak feeling famous dapat surat.

.

.

.

Aku warning kau . Jangan berani nak dekat dengan hadif rizki lagi! Kalau kau taknak apa apa perkara buruk terjadi, silalah ikut cakap aku! Bukan sila tapi mesti !

.

.

.

Anggun menggaru rambutnya dengan wajah kusut.
"Eish serabut lah! Siapa manusia jahat sangat dengki dengan aku ni ya allah. " takkanlah syafina? Hari itu syafina juga bagi ugutan supaya tidak mendekati hadif. Tapi takkanlah si shah alam tu? Ehem maksud anggun... shah ali tu? Sudah lama juga dia tidak berjumpa dengan minah terlebih emosi tu. Tapi kalau bukan syafina...siapa je yang berdendam dengan anggun ni? Ah beginilah manusia. Aku yang baik ayu comel loteh ni jugaklah yang mempunyai ramai haters. Haih jadi baik ramai haters, jadi jahat pun ramai. Apa kau nak aku buat? Jadi kucing jela macam ni. Senang sikit tak payah fikir pasal semua ni. Tibe.

Dia belum memberitahu sesiapa lagi. Termasuklah dayana. Tak mengapalah malam ni sahaja dia bagitahu. Lagipun dayana ada class sekarang. Maka anggun meluangkan masa bersendirian sahaja di pondok kecil di universiti ini. Apa lagi kerja anggun selain study kan?

"Hoi!"

"Argh can mali can oh oi!" Terus terkeluar suara jantan anggun tambahan melatah kerana sergahan secara tiba dari arah belakangnya itu.

Laju anggun melihat gerangan yang seperti tidak mempelajari adab memberi salam itu.
Setelah melihat wajah penjenayah itu, terus dia mendengus geram tambah jelingan tajam.
"Awak ni memang tak boleh tegur baik baik ke? Main hoi hoi pulak!" Geram sahaja anggun memandang gerangan di hadapannya yang selamba mengambil tempat di kerusi hadapannya dengan wajah suci dalam debu.

"Uish can mali can eh? Ingatkan nak nyanyi papaku pulang dari kota." Berusaha hadif rizki menahan gelak kerana wajah anggun yang terkejut beruk tadi tambahan melatah can mali can.

Anggun menggulingkan mata.
"Whatever. Awak kenapa datang sini? Sengaja nak buat saya jadi hulk kan?" Anggun memandang pelik hadif. Sejak keluar hospital haritu kemain wajah hadif sombong sahaja di universiti ni. Buat buat tak kenal anggun pula tu. Tiba tiba harini nak duduk sama sama meja. Apa kes?

Hadif tersenyum senget.
"Kalau kau jadi hulk, kau yang malu sebab jadi warna hijau. Dasar tak normal. Orang lain elok je kulit warna sawo matang. Ehem Entah saja nak kacau kau yang tengah merenung jauh ke masa depan. Apa salahnya kan?"

Anggun mendecit. Ada ja yang keluar dari mulut dia ni tau. Ada je hujah. Pernah masuk debat ke dia ni sampai mulut petah macam ni?
"Buat apa saya nak renung masa depan? Baik saya renung awak lagi bagus. Yela awakkan masa depan saya." Anggun mula mengukir senyuman dan menopang dagu menatap hadif. Alamak ai anggun. Miang betul. Terus mindanya terlupa tentang surat amaran yang penat difikirkan tadi.

"Oh eh? Masa depan cerah ke gelap?" Hadif membuat wajah berfikir dan menaikkan kening memandang kembali wajah anggun.

Eh hadif rizki melayan? Lain macam.

"Cerah. Secerah langit. Takkan gelap punya." Anggun tergelak. Tapi pelik hadif tidak lagi menampar lembut atau mengelak memandang mata anggun jika anggun membuat ayat manis. Sebaliknya menatap kembali mata anggun. Apa maknanya ini semua?

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now