22

4.8K 377 37
                                    

Ammar menunggu di kerusi dengan sabar. Dia melihat jam tangan. Cun selepas berzaman aku tunggu akhirnya habis juga class si tak guna ni.

Kelihatan beberapa manusia sudah mulai beransur keluar dari dewan kuliah. Tetapi ammar masih bersabar menunggu sasarannya keluar. Satu persatu wajah dia perhati.

Finally!

Akhirnya keluar juga manusia yang dijejaki lalu dia bangun bangkit dari kerusi. Tiba tiba apabila nampak muka manusia tu terus rasa marah membara! Tanpa memikirkan keadaan manusia itu pantas dia menarik lengan dan mengheret si pesalah itu ke loker berhampiran.

"Woi kau kenapa?!" Tidak dipedulikan suara kuat yang sedang menyoalnya dengan muka konfius. 

Ammar menolak badan sasarannya ke pintu loker kasar lalu  mencekak kolar baju T hitam di hadapannya supaya tidak lari.

"Kau, ammar? Ingatkan siapa tadi.Kau apasal acah acah genster dengan aku ni?" Tanyanya sambil memandang wajah ammar yang tegang menatapnya dengan jarak dekat. Seram lah pulak muka dia ni kalau marah. Dia cuba menolak tangan ammar yang erat mengenggam kolarnya.

"Aku tanya sekali je. Kau ke hacker tu?" Ammar menyoal dengan suara yang ditahan untuk meletus kemarahan sambil melihat wajah di depannya ini.

Wajah di depannya tersenyum sinis.
"Hacker apa siot. Datang datanng serang aku sebab nak tanya ni? Aduhai."

Ammar masih tidak menghalakan pandangan ke arah lain. Macam harimau sahaja dia pandang mangsa di hadapannya. Kalau boleh makan si tak guna di depannya ni, dah lama dia telan biar hancur perut mamat tu. Separuh lagi daging bagi irham dan ammar kalau tak habis.
"I'll ask you one more time. Kau ke hacker tu azim?"

Azim ikhwan membalas pandangan ammar tajam.
"Hacker apa ni? Kau ada bukti ke nak tuduh aku?"

Ammar mendengus geram. Dia menarik kolar azim makin kasar. Ke depan badan azim dibuatnya.
"Eh siapa lagi yang tak tau tentang bakat hack kau tu? Kau yang hack account instagram perempuan yang bernama anggun tu kan?! Macam lah aku tak tahu yang kau pun pernah hack account hadif sebab jealous dengan dia kan!?"

Azim tergelak. Apa yang lucu pun tak tahu.
"Apa kau mengarut ni ammar? Ridiculouslah. Apahal aku nak hack account si hadif tu pulak."

Kali ini ammar pula yang tergelak sinis seperti azim. Dia melepaskan kolar azim.
"Kau fikir aku tak tahu ke kau jealous dengan hadif sebab fatin pun suka hadif? Tergila gilakan hadif? Haih sedih betul hidup kena friendzone kan? Fatin kata apa ya kat kau ? Maaf azim we are just friend actually I like hadif. Atau dia nyanyi lagu friends pada kau? Yang you say you love me, I say you crazy, we're not more than friend. Aduh kelakar betul." Ammar gelak sambil mengerling reaksi azim. Menjadi plannya kerana azim seperti bengang habis dengan hujahnya.

Azim mendecit tak puas hati.
"Bukan urusan kau lah ammar." Entah macam manalah si ammar ni tahu kisah dia suka fatin rakan sekuliahnya dalam diam. Tapi apakan daya fatin juga merupakan perempuan yang suka pada hadif menbuatkan dia cemburu. Eish kacau betulla si hadif rizki ni. Semua dia nak sapu.

Ammar mengeluh geram. Eh mamat ni kurus gemuk kurus gemuk je aku tengok!
"Memanglah si fatin dengan kau bukan urusan aku. Pergi mampuslah dengan kisah tepuk sebelah tangan tak ada bunyi kau tu. Tapi si hadif dengan anggun tu urusan aku sengal! Sekarang aku nak kau jujur kau kan yang buat semua tu?" Ammar sekali lagi mencekak kolar azim geram.

Azim pantas menepis tangan ammar dari memegang bajunya. Boleh koyak baju macam ni lah. Asyik asyik kena tarik dengan ammar.
"Aku tak buatlah!"

"Heh kau ingat aku bodoh ke? Kau jangan azim. Aku ada kawan boleh godam jugak. Jangan sampai aku buat apa macam kau pernah buat. Kawan aku boleh tahu kau pernah godam Instagram siapa. Kau tu hacker bawahan je. Belum pro lagi pun. Dan aku nak beritahu, kalau aku dapat tahu ni kerja kau. Aku tak teragak beritahu pihak atasan. Kau pun tahu kan uncle aku kawan baik pengasas universiti ni ? Maybe bila kau kena buang dari universiti ni barulah aman sentosa kan?" Ammar mula membuat muka psiko. Saja ingin menakutkan azim.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now