58

4.3K 385 284
                                    

"Dah masukkan barang?"

"Dahlah kak. " jawab anggun dan shila serentak sambil menepuk tangan hive five gembira. Yes selepas berhempas pulas nak muatkan beg beg bagasi mereka dalam kereta Perodua Saga si ayda ni, akhirnya menjadi juga susunan mereka ni. Sampai anggun dan shila kena tolak beg beg ni semua supaya mampat dalam bonet. Keluar jugaklah peluh mutiara mereka ni. Macam baru lepas habis jogging.

"Keluarkan balik."

Aik? Shila dan anggun automatik mengerutkan kening mendengar kata kata selamba dari bibir nazila. Dua patah perkataan mampu membuat mereka ternganga.
What the fish? Penat kami susun macam orang tengah lawan bergusti, tiba tiba kena keluarkan balik ? Hey what is going on?

"Dah kenapa pulak kak nak keluarkan balik?" Tanya anggun sambil menggaru dahi yang tiba tiba gatal sebab keliru. Tahu tak payah nak muatkan bagasi ni semua? Ibarat tengah susun lego kau tahu?

Shila di sebelah sudah mengangguk setuju.
"Yelah kak. Penat tau kitorang susun elok elok beg kitorang supaya muat dalam bonet kereta ni sampai mampat tak ada langsung ruang antara beg beg ni semua. Kalau molekul zarah nak bergerak pun tak boleh dah. " alamak tertunjuk bakat pula yang shila sebenarnya pandai sains. Aku tak kira. Aku dah penat keluarkan peluh untuk susun benda alah ni. Sudahlah ambil masa 30 minit si shila ni. Eh kalau aku tau , lagi baik aku berselfie. Dari buang masa susun beg manusia ni.

Nazila menghela nafas lemah. Sebenarnya dia pun tak sampai hati nak beritahu perkara ni. Yela dari jauh dia dah boleh nampak usaha shila dan anggun nak muatkan semua beg dalam bonet. Dari jauh dah boleh nampak si shila dari tadi main tendang tendang beg sementara anggun pula tumbuk beg kalah atlet boxing untuk berjaya muatkan dalam bonet kereta tu . Tapi terpaksa lah. Dia pun sedih juga. Dia mula meletakkan tapak tangan pada dada. Sambil membuat muka pula seperti sebak sungguh.
"Akak.... akak tak tahu macam mana nak cakap." Tu dia beria sunguh nazila beraksi dengan jari berpura mengelap air mata di tubir mata. Tambah bunyi hingus sedikit.

Anggun pula makin konfius melihatnya. Lah! Apa pasal si nazila ni tiba tiba sendu pulak ni? Tadi elok je beriang ria macam kanak kanak ribena. Sedih sangat ke berita ni?
"Apa yang tak tahunya nak cakap kak? Bukak mulut, gerakkan mulut, ha terus boleh keluar suara untuk bercakap."

Nazila mendecit. Eish budak ni. Aku baru nak tunjuk skil berlakon aku. Dia boleh pula buat ayat biadap sebegitu.
"Eish dahlah penat lah nak beria berlakon." Kalau berlakon pun ingat shila dan anggun yang tengah tahan hangin ni nak layan? Lambert lagey lah jawabnya.

"Tak ada siapa pun suruh akak berlakon. Akak , akak kalau berlakon , menangis pengarah dekat malaysia ni tengok tau tak kak. Sebab hm.. Terlalu hm kurang berbakat. Eh abaikan. Tak sekarang ni, apa sebenarnya yang jadi? Kenapa kitorang tiba tiba kena keluarkan barang kitorang? " shila yang tak tahan terus memotong kata kata shila dengan ayat kebenaran dan kejujuran. Tapi pada pandangan umat manusia ayat itu tersangatlah deep dan berjaya membuat nazila sentap. Tapi okaylah tu aku guna ayat kurang berbakat dari aku guna straight pekataan 'teruk' 'hancur' 'kelaut' 'kayu'. Lagi nazila hangin kut.

"Eh kau ni shila tunggu lah akak habis cakap. Yang pergi potong kenapa? Dahlah tak bagi signal." Nazila yang geram sudah mencekak pinggang memandang shila. Sebenarnya sentap dengar ayat shila.

"Eh Akak tengok mulut shila. Ada lampu ke nak bersignal bagai?" Shila terus memuncungkan bibir di depan muka nazila. Ha ada nampak lampu? Takde kan? Yang ada cuma bibir lawa ni je.

Anggun mengeluh apabila dia dapat rasakan dia akan dapat tengok free show main tarik tarik rambut harini. Maka, terus dia berdiri di tengah antara mereka. Haih apalah masalah dua ekor budak ni? Dah mereng sangat sebab penat single ke? Semua benda asyik nak gaduh je kerjanya.
"Udah udah udah . Okay everyone calm down. Sebelum anggun sendiri down kan korang dengan kuasa tendangan anggun. Now, Akak , sila teruskan perkhabaran apa akak nak kata tadi. Silakan. Jangan sesiapa pun mencelah kalau akak tak bagi signal dah habis cakap. Teruskan kak." Anggun menggerakkan tangan mempersilakan nazila bercerita. Dahulukan orang lebih tua itu amalan mulia.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now