37

3.8K 407 60
                                    

Langkahnya longlai melangkah ke arah lokernya.

Dia mencebik menahan sengsara.

Sepatutnya hari ini adalah hari bahagianya. Tapi kenapa satu persatu perkara sedih datang kepadanya? Kenapa? Haih.

Anggun meletakkan tangan di lokernya supaya dapat menahan dirinya yang berasa stres. Jadi apa yang berjaya membuatkan dia stres?

.

.

"Assalammualaikum mak. Call anggun malam malam ni sebab rindu ya? Nak anggun wish goodnight ya?" Anggun tersenyum nakal. Dialah yang paling kuat menyakat maknya selama ni. Biasalah anggun kan manusia mesra alam.

Kedengaran helaan nafas ibu anggun mengeluh. Tidak membalas jenaka anggun.
"Anggun, mak beritahu anggun ni bukan untuk buat anggun risau. "

Anggun mula berasa tidak sedap hati. Kenapa suara ibunya mengendur? Jarang sekali maknya bersifat begini. Makin tertanyalah dirinya.
"Kenapa mak? Ce explain."

Puan Amna menggigit bibir. Patut ke tak eh aku beritahu? Sudah tentu anggun perlu tahu. Anggun anaknya. Dia menarik nafas.
"Sebenarnya, semalam, ada kereta hampir terlanggar nazmi. Nasib nazmi elak cepat cepat kalau tak entah apalah akan jadi pada adik kamu tu."

Anggun merasa matanya membesar dengan rasa terkelu. Adik aku hampir kena langgar?
"Nazmi? Dia okay tak mak? Ya allah? Kereta tu gila ke? Tak nampak ke adik anggun mak? "

Puan amnah tersenyum kecil bagai anggun dapat melihatnya.
"Alhamdulillah nasib baik cedera ringan je. Tangan bercalar. Tapi dari kata kata saksi, kereta tu memang tak mengelak dan memang macam nak langgar nazmi. Tapi tak konfirm lagi. Kita tak baik bersangka buruk kan? Anggun, mak harap kamu tak risaukan pasal benda ni sangat. Mak boleh settlekan hal ni sendiri di sini. Jangan stres ya pasal nazmi ni sampai memberi kesan pada pelajaran anggun. Okay sayang?"

Anggun mengeluh. Ya allah lepas satu satulah! Dia memicit dahinya yang tiba tiba berasa pening mendengar khabar tentang adiknya.
"Inshaallah anggun cuba. Mak jaga diri baik baik eh? Kirim salam nazmi. Anggun sayang sangat dia. Anggun sayang mak jugak. Assalammualaikum. "

"Waalaikumussalam sayang. Esok hari lahir anggun tak dapatla kita sambut sama sama macam selalu." Suara puan amnah mula bertukar serak. Rindu sangat pada anak perempuannya. Tambahan tak dapat sambut sama sama hari lahir anggun bersama puterinya.

Anggun mengetap bibir. Alamak maknya menambahkan lagi sendu pula.
"Eh tak apa lah mak. Malam esok kita video call. Ajak nazmi sekali okay?"

"Ada sahaja kamu ni anggun. Okaylah mak nak tengokkan si nazmi tu. Assalammualaikum ." Kedengaran talian telah dimatikan.

Anggun gelak kecil. Aduhai dah berapa kali aku dengan mak bersalam salaman ni.
"Waalaikumussalam. " perlahan dia menjawab sambil perlahan menjatuhkan telefonnya dari telinga.

Dia termenung seketika. Nazmi hampir kena langgar? Terkejut juga dia dengan berita mengejut ini.

Tiba tiba mindanya teringat sesuatu. Terus matanya membulat.

"Aku warning kau . Jangan berani nak dekat dengan hadif rizki lagi! Kalau kau taknak apa apa perkara buruk terjadi, silalah ikut cakap aku! Bukan sila tapi mesti !"

Ya! Surat tu! Takkanlah... apa yang berlaku pada adiknya tu adalah amaran? Anggun merasa jantungnya berdebar nafasnya laju teratur.

Tak mungkin. Kenapa sampai begini kekejaman manusia padanya? Jadi sang penulis itu betul betul maksudkan apa yang ditulis? Aura gerun mula merasuki anggun.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin