7

5K 414 34
                                    


Hadif melangkah ke arah lokernya. Pintu loker dibuka untuk mengambil barang. Baru tangannya ingin meraba loker untuk mengambil barang, Terkejut sesaat dirinya apabila mendapati ada sesuatu bendasing di dalam loker.

"Apa ni?" Gumamnya Perlahan. Tangannya bertindak mengambil barang di dalam itu. Sampul surat dan..lolipop rainbow berbentuk LOVE? Seumur hidupnya tidak pernah pula peminatnya buat begini. Selalunya akan terus confess kepadanya direct . Dan bukannya memghantar surat sebegini. Kemonlah! Kita sekarang berada di abad 21. Teknologi maju!

"Ish manusia cerdik manalah yang bagi ni? "

Dia meletakkan lolipop itu di dalam loker dan membuka perlahan sampul surat. Benar ada surat di dalam nya. Matanya fokus membaca isi tertulis di dalam sehelai kertas itu.

.

Hai! Glad to know that you're reading this letter.Isi ada di bawah...

.

Mata hadif yang fokus membaca turut meghala ke bawah.

.

Upss sorry! Sabar itu separuh dari iman!bawah lagi....

.

Hadif merengus. Berapa kali nak ke bawah ni? Matanya menurun dan ada sesuatu di bahagian bawah sekali kertas itu.

.

Great! Now,pusing kan kertas ni!

.

Hadif akur walau kesabaran dia makin menipis macam lapisan ozon. Dia perlahan memusing kan kertas tersebut. Akhirnya dapat dia membaca sepotong ayat yang ditulis di tengah kertas itu.

.

I just want to let you know, I fell in love to you from the first sight. <3

Love,

A.D

.

Ternaik kening hadif dibuatnya. Apakah? Siapa yang memandai hantar ni? Fikir sweet ke weh?

Dia mengeluh.

"Siapa yang hantar ni?" Siapa eh? Tak silap aku minggu ni tak ada siapa confess pada aku. Perempuan ni jela. Baru sahaja hadif ingin memikirkan siapa gerangan yang memberikan surat terasa bahunya ditampar.

"Weh hadif lama lagi ke kau nak bertapa pandang loker kau tu? Sorry ini bukan kuil kau nak bertapa lama lama." Kelibat Irham Rafiqi,  di sebelah berjaya menyentakkan hadif. Ternaik bahu hadif sesaat.

"Kau ni memang tak reti nak bagi salam dulu eh? Mak ayah kau tak ajar eh bagi salam sebelum tegur? Main terjah je kau ni!" Hadif menjeling irham lalu meletakkan surat itu ke dalam sampul kembali.

Irham tersengih tak bersalah .
"Woi mak ayah aku mak cik pak cik kau tau! Siap kau hadif aku mengadu pada bapak aku. Mati kau. By the way Maaflah abang hadif. Irham tak sengaja. Ehem siapa bagi surat cinta tu?"  mata irham melirik cuba mengintai isi surat itu.

Hadif mendengus mendengar kata kata irham dan pantas di renyukkan sampul surat tadi dan di  baling ke dalam loker.

Abanglah sangat! Loya tekak aku dengar!

memang irham berumur setahun muda darinya. Irham adalah anak kepada rakan baik papa dan mamanya, aunty Dewi dan Uncle Nazrul. Tetapi sebabkan mereka sudah rapat dari kecil, hubungan mereka sangat rapat dan tidak mempedulikan jarak umur mereka. Bagi mereka, mereka sebaya.

Hadif mengangkat bahu.
"Entah. Buka buka ada kat situ. Lepasni lah aku buang." Selamba hadif mengambil barang dan menutup lokernya kembali.

Irham menggelengkan kepala perlahan.
"Eish kau ni!asal dapat hadiah je kau buang. Cuba appreciate sikit orang dah bagi." Selamba irham menasihati hadif. kalau tak nak hadiah tu semua apa kata bagi je pada aku?

DIA Encik Crush Sombong! ✅Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz