42

4K 363 107
                                    


.

.

.

Tangan yang bergerak menaip berhenti. Dia mengerling cawan di atas meja. Oh lupa ada air.  Dia meneguk secawan air untuk melegakan tekaknya. Bila mata dah fokus pada kerja, alam sekeliling pun dia tak perasan.

Tangan yang berbicep sudah menggeliatkan. Badan diregangkan ke kiri ke kanan. Kaki digoyang goyangkan. Bukan senamrobik ya.  Krak krak. Kuat Bunyi tulang berbunyi. Macam kena minum anlene sahaja nampak gayanya. Taknak tulang rapuh.

Dia menghela nafas lemah. Penat betul. Kerja memang tak pernah akan habis. Walaupun badannya sudah lenguh.

Sedang dirinya sedang merenung masa depan bila kerjanya akan habis, tiba tiba matanya terhenti pada bingkai gambar yang memang sentiasa diletakkan di atas mejanya.

Tangannya perlahan menggapai bingķai gambar itu lalu badannya disandar semula pada kerusi empuknya yang mampu berpusing pusing.

Jelas kelihatan gambar tiga orang pemuda sedang tersenyum menampakkan gigi. Dia tersenyum kecil melihat gambar itu yang sangat indah dan bermakna baginya. Jemarinya lembut mengusap jejaka yang duduk di posisi tengah dengan kedua belah tangan memeluk bahu lagi 2 orang jejaka.

Jelas keceriaan pada wajah yang sihat. Tak ada langsung menunjukkan betapa deritanya sakit yang dihadapi pada wajah itu. Ternyata kekuatan yang dimiliki jejaka itu.

Matanya bertukar arah pula pada jejaka yang mengambil tempat di bahagian kiri yang tersenyum dengan gigi tersusun cantik. Lain betul wajah itu dengan wajah bekunya yang selalu ditunjukkan. Tertera senyuman pencair seluruh wanita.

Bibir dia tidak mampu berhenti daripada senyum apabila melihat gambar lama nya yang memang akan sentiasa dia tatap. Rindu. Ya sangat sangat rindu. Dia sangat rindu semua kenangan mereka.

Dia mengeluh. Sayang sekali itu semua hanya tinggal kenangan. Dan semua kenangan itu tidak mampu diulang. Hanya diulang dala memorinya sahaja.

.

.

.

.
"Iqi...."

"Kenapa aunty?"

"Ammar...ammar dah tak ada iqi..."

DOOM!

Jantungnya sudah terhenti mengepam darah seketika. Tangannya mula menggigil. Keningnya sudah berkerut seribu.

"Aunty...aunty cakap apa ni ? Tak mungkinlah. Iqi tak percaya. " Dia tersenyum sinis. Tak mungkinlah sahabatnya itu sudah pergi. Ye memang pergi.  Tapi pergi ke United States sahaja kan?

Jelas hiba nada suara dihujung talian menahan tangisan.
"Iqi...aunty tak main main. Ammar baru sahaja disahkan meninggal. Dan...dan... Ammar terpaksa dikebumikan di sini iqi... maafkan aunty iqi.. maafkan aunty sebab iqi tak dapat tengok wajah dia buat kali terakhir.. iqi doa ammar tenang di sana ya? Ya Iqi sayang,... iqi sayang ammar kan? Takdir allah itu indah..."

Dia memejam mata..masih cuba untuk memproses maklumat. Ya allah tak mungkin. Kawan. Sahabat baik. Abang. Keluarganya....

sudah tiada???

Malah tak dapat dikebumikan di malaysia? Dugaan apakah ini? Tak mungkin!

"Aunty... iqi..iqi kena letak call dulu." Bukan berniat ingin biadap tapi memang hatinya sudah tidak tentu arah. Jantung sudah laju berdegup. Manakan dia ingin mudah menerima sahabat baiknya sudah tiada di sisinya?

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now