19

4.8K 402 42
                                    


Hadif melangkah santai ke arah yang ditujui. Amannya bila bersendirian kejap tanpa kehambaran irham dan ammar.

Sedang dia sedang berjalan tiba tiba badannya dilanggar dari belakang. Dia mendengus. Eh tak boleh jalan baik baik ke? Jalan ni kecil sangat ke sampai badan aku kau langgar lari?

Dia terus memusingkan wajah ingin melihat si penjenayah. Kelihatan seorang gadis sedang menggosok bahagian bahu kananya dengan wajah berkerut. Mesti sakit sebab terlanggar anggota badan hadif yang keras. Langkah gadis itu terhenti.

Hadif serta merta turut menghentikan langkah dan mula neneliti wajah manusia kecil di sebelahnya.

Eh kejap. Macam kenal.
"Anggun...dellisya?"  gadis itu! Rasanya sudah beberapa hari tidak mendengar khabar anggun. Surat surat dan lolipop juga sudah tidak lagi di dalam lokernya. Gembira? Hadif tidak tahu. Gembira...kut.

gadis itu seakan terkejut apabila namanya di panggil.

Anggun yang merancang untuk meminta maaf kepada manusia yang dia terlanggar...ter eh bukan sengaja. Kemon plislah! Pikir aku nak sangat ke langgar orang tanpa sebab? Okeh sambung....terkelu mendengar suara yang memanggilnya. Suara yang sangat di kenali. Takkanlah aku terlanggar dia ni? Terus dia mendongak memandang sama ada betul atau tidak itu hadif rizki.

Alahai betul lah. Apa lah nasib aku ni. Masa dikejar hadif punyalah susah nak terserempak tapi lepas kejadian haritu asyik asyik muka dia je aku jumpa. Adakah ini takdir? 

Mata mereka bertentang. Entah kenapa hadif merasakan pandangan anggun berunsur sedih. Kelam sahaja sinar mata anggun. Tak bersinar riang.

Tak seperti...dulu.

Eh apa aku fikir ni? Argh blahlah buat apa aku nak kisah pasal dia. Berkerut kening hadif cuba menghalau pemikiran yang baginya negatif itu.  Dia menutup mata dan  memicit dahi.

Anggun yang juga bagai tersedar segera menundukkan kepala.
"Maaf senior. Tak sengaja langgar. " anggun memohon keampunan sang hadif  lalu pantas kakinya blah dari situ tanpa langsung memandang wajah hadif mahupun mengerling. Lantak sama dialah nak ampun kan ke tak. Tapi memang salah aku pun kan? Tak apa janji dah minta maaf. Pak singa ni pun bukan suka aku bercakap dengan dia. Baik aku diam.

Lalu hadif ditinggalkan keseorangan di situ. Terkontang kanting sendirian.
Dia seperti terkesan dengan perkataan senior dari mulut anggun. Bunyi perkataan senior di pendengarannya sangatlah tidak enak dan dia tak suka. Tapi kenapa pula dia seperti tidak suka dengan semua ni?

Hadif terus menampar angin di atas kepala cuba menghalau awan pemikirannya.
"Eee pergi mati lah semua ni. Apa hal aku nak kisah?" Hadif menggelengkan kepala.

Hadif hadif...makin pelik engkau ni.

.

*****************************************

.

Hadif meletakkan beg sandangnya di meja bersebelahan rak yang paling hujung. Bagus inilah tempat paling dia suka jika ingin ke library.  Boleh tidur berapa lama kau nak tanpa di tangkap. Sebab agak tersembunyi. Keh keh!

Tapi selalunya irham lah yang selalu tidur di sini. Hadif dan ammar sekali sekala sahaja. Nampak tak perbandingan kerajinan ammar dan hadif berbanding kemalasan irham? Em lupa irham masih belum matang.

Tapi ek eleh beza setahun je!

"Ish... apahal la aku pendek ni.." sayup sayup telinga hadif menangkap suara bisikkan seorang wanita semasa dirinya sedang bermain bersama iPhonenya. Matanya meliar melihat sekeliling dan terhenti pergerakan mata apabila melihat seorang gadis yang sedang cuba mendapatkan buku di rak yang lebih tinggi dari diri gadis itu.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now