45

4.3K 382 50
                                    

"Tuan hadif? Anggun? Korang buat apa ni?"

Terus kepala anggun dan hadif dihalakan ke arah punca suara yang datang.

Alamak! Kantoi! Busted!

Kelihatan shila memandang mereka dengan wajah terkejut. Permandangan apakah yang sedang dihidangkan di depan mata aku ni? Tuan hadif isholding anggun's hand?ohyemji!

Anggun menelan air liur. A... la.. mak.. Macam mana pula member meja sebelah yang sebaya dengan anggun boleh berada di sini pada waktu begini? Ya, shila nuraziqa adalah rakan yang duduk di meja sebelahnya. Eh Bukan shila amzah ya.

Aduh ai shila kenapa ada dekat sini?

Anggun terkebil kebil bagai tersedar semula . Dia kembali memandang hadif yang turut memusingkan wajah melihat wajahnya dengan muka selamba. Eh jap kenapa rasa macam lupa something?

dia perlahan menurunkan pandangan melihat tangannya yang masih dipegang hadif. hadoi! Lupa pula pasal ni patutlah shila pelik! Pantas dia merentap tangannya semula dari hadif.

Anggun tiba tiba berpura gelak yang nampak sangat fake. Gelak nak elak kekok sebenarnya.
"Eh? Shila. Bukan. jangan fikir lain tau. Kami tak ada apa apa pun. Mesti kau terkejut kan lepastu minda kau mulalah berfikir bayangan dongeng kau. Itu semua tak benar okay? Kisah dia macam ni. Tadi, emm aku baru nak balik yela dah malam kan. Bulan dah timbul.  Lepas tu tuan hadif ni pun keluar .  Lepas tu tuan hadif ni tahan aku sebab...hm sebab...errr sebab"  anggun mengerling hadif yang sedang memeluk tubuh sambil merenung dirinya bagai menanti apa ayat yang akan dikeluarkan . Eh mamat ni. Tolonglah aku cipta alasan! Demi kebaikan kau jugak! Takkan kau nak orang ramai bergosip pasal aku dengan kau. Eish.

Hadif hanya sabar menunggu alasan anggun. Ha nak gebang apa tu?  Ingat aku nak tolong? Pandai pandai lah tupai seekor ni nak melompat fikir alasan. Jangan akhirnya jatuh ke tanah sudahlah. Eh macam peribahasa je.

Saja dia buat buat tak faham dengan isyarat mata anggun. Mesti anggun menyuruhnya supaya back up. Tapi .... takpela . Nak buat minah ni naik angin kejap.

Shila menaikkan kening dengan wajah keliru dengan alasan anggun.
"Sebab?"

Mata anggun bergerak gerak mencari idea. Cepat anggun. Cepat fikir. Cepat. Cepat otak. Keluar dari kotak.  Selalunya soalan kbat macam ni kau selalu dapat full marks. Peluh keresahan mula mengalir dari dahi anggun.

Ting!

Anggun akhirnya tersenyum kembali.
"Sebab aku tertukar telefon dengan tuan hadif ha!ya! Ya betul betul! Kami tertukar fon. Ala kau kena faham telefon kami jenama sama. Warna pun hampir sama. Kan? Ha!"  Anggun terus melangkah mendekati hadif yang sudah berkerut kening.

Adohai! Maaflah tuan. Saya rasa inilah alasan paling baik. Huwa! Nasib baik dia perasan telefon iPhone nya hampir sama dengan rekaan telefon hadif semasa dia masuk ke dalam bilik hadif . Lagipun mata anggun hanya nampak telefon hadif yang ada di poket blazer jejaka itu sahaja. Itu yang automatik jadi mangsa
"Kan tuan? Ni telefon saya ni. Ini pula telefon tuan. Ish ish ish macam manalah boleh tertukar. " Anggun dengan senyuman terpaksa dia menghulurkan telefonnya kepada hadif. Tiba tiba rasa tak rela. Bye bye my boo. I terpaksa bagi you pada pak singa ni kejap. Take care.

Muka hadif sudah berkerut halus melihat anggun di depannya.
"Kau gila ke?" Bisik hadif tanpa menggerakkan bentuk mulutnya supaya shila tidak mengesyaki apa apa.

Anggun mencemikkan muka meraih simpati.
"Please tuan. Sekejap je. Kita tukar balik terus kejap lagi." Bisiknya dengan tangan masih menghulurkan telefonnya.

Hadif menggulingkan mata. Tak pasal pasal telefon aku kena! Dia terus mengeluarkan telefon dari poket blazernya.
"Aah sorry tak perasan pula tertukar fon." Dia akur menghulurkan fonnya.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now