25

4.3K 362 33
                                    

Tangan anggun laju mencatat maklumat yang tertulis di dalam buku rujukan. Bergerak gerak keningnya kerana khusyuk menelaah pelajaran. Adik adik contohi kak anggun ni. Baik budaknya. Belajar rajin rajin ya. Eh eh.

Pap!

Terganggu fokusnya. Terhenti pergerakan tangan apabila ada sebuah beg sandang di letakkan di atas meja yang dia sedang guna. Eish manusia manalah yang memang letak beg kena hempas ni? Nak duduk katalah elok elok?

Dia mengangkat wajah. Krik krik. Krik krik. Terasa ada cengkerik berbunyi apabila mata mereka bersatu.

Lidahnya terkelu apabila dirasakan mereka sedang bertentang mata.

"Awak buat apa ni kat sini?" Tanyanya dengan wajah blur.

Figura di depannya sudah menggulingkan mata. Ya allah tak ada lagi dungu ke soalan dia?

"Aku nak sidai baju sebenarnya tapi luar hujan so aku sidai dalam library jela." Selamba dia menjawab sambil menarik kerusi berhadapan dengan anggun.

Anggut mengigit bibir dan membuat muka geram. Tahulah di luar sekarang hujan!saja lah tu nak kenakan aku.
"Awak jangan bagi jawapan mengarut boleh tak?"

"Dah kau tanya soalan mengarut, aku bagila jawapan mengarut. Nampak tak kebijaksanaan aku?" Hadif Rizki menjelirkan lidah dan santai duduk di hadapan anggun.

Anggun mengenggam penumbuk. Ehh mamat ni. Ada je modal nak menjawab kan? Aku cilikan mulut guna cila kisar mak aku pun cun ni.

"Hadif, maksud saya kenapa awak duduk semeja dengan saya ni? Kan banyak lagi meja lain? Awak sendiri yang kata dulu awak tak suka saya semeja dengan awak kan?" Anggun memandang hadif pelik. Pelik nya dia ni. Dulu kemain jual expensive dengan aku. 'Siapa bagi kau kebenaran nak duduk sebelah aku?' 'Siapa bagi kau kebenaran nak cakap dengan aku?' Tapi kalau tengok gaya sekarang. Turn aku lah pulak nak tanya semua tu kan? Muahaha!

Hadif mendecit. Minah ni nak throwback pulak !
"Sukahati lah aku nak duduk mana. Universiti ni bapak aku punya. Takkan kau tak tahu? "

Anggun terkulat memandang hadif. La yeke? Patutlah dia boleh buat macam macam.
"Oh yeke. Kalau macam tu tak apalah." Anggun mengangguk faham dengan naif dan ingin menyambung kegiatan asalnya.

Tapi terus dirasakan kepalanya diketuk lembut oleh sesuatu.

"Kalau kau idiot kau percaya. Ish kau ni lurus betul. Lagi lurus dari lintasan zebra." Hadif menggeleng kan kepala dan meletakkan kembali buku nota kecilnya di atas meja. Seronok dapat betulkan anggun dengan pukulan penalti di kepala gadis itu.

Anggun memegang dahi dan menatap hadif dengan mata membesar. Wah Sukahati dia je nak tapakkan kepala aku dengan buku dia?walaupun kecil tapi buku tu masih ada jisim tau. Walaupun tak sakit, tapi apa motif dia nak pukul aku?
"Heish awak ni kenapa? Main sentuh sentuh pulak. Kaki pukul la awak ni. Tak nak lah saya jadikan awak suami. Eee." Anggun menggelengkan kepala laju laju tanda tidak mahu.

Terus berkerut kening hadif. Wah tak nak jadikan suami?
"Eh kau ni rileks lah. Aku pukul manja je tadi. Kau melebih kenapa? Sorry but I'm not a barbarian okay. Aku tak pukul perempuan. Tapi kalau kau, pukul lembut sudahlah. Tak ada lebam pun. Lagipun aku  nak ajar kau supaya jangan lurus sangat di bumi yang fana ni. Agak agakla kau ni! Dah sah sah pengasas universiti ni haji ismail. Kau rasa nama bapak aku ismail ke?" Hadif berusaha berkata dengan gelak yang ditahan. Adui Ismail ismail. Kau patut bangga aku claim kau sebagai ayah berbanding athif fattanah hm.

Anggun mengetap bibir geram. Sah hadif berjaya mengenakannya!
"Whatever. Pergila duduk tempat lain. Saya nak study lah." Konfirm tak khusyuk kalau dia ada kat sini. 24 jam nak menceceh.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now