18

4K 364 11
                                    


Hadif berjalan ke arah loker dengan aman tanpa sebarang gangguan dari manusia mahupun jin. Setelah sampai di hadapan loker dia menguap menahan ngantuk lalu tangan beruratnya membuka loker.

Berkerut wajahnya melihat masih ada surat di dalam lokernya dan sebatang lolipop. Tetapi bukan berbentuk love tetapi bulatan biasa. Fuh lain sudah bentuk lolipop ni?

Dia mengeluh. Budak ni tak reti insaf ke? Memang mencabar akulah dia ni. Semalam aku dah ceramah tazkirahkan dia pun tak reti nak mengalah. Lantas dia membuka jua helaian surat itu.

.
Jangan salah faham. Saya tak akan ganggu awak lagi lepas ni. Jangan risau saya akan ikut segala arahan awak. Saya cuma nak kata..

I hate you! I'm freaking hate you hazel! I hate you Hadif Rizki!

Sincerely,
A.D.

.

Hadif terdiam sebentar. Kejap kejap berapa banyak perkataan hate ni? 1..2..3.. fuh benci betul ni. Sampai 3 kali ulang ayat sama. Anggun Dellisya nak benci aku? Dia mula berfikir seketika.

Sebelum bibirnya mengukir senyuman sinis.

"La yeke? Like I care about your feelings?" Ujarnya perlahan seorang diri. Hadif tergelak kecil sebelum memyambung langkah ke kelasnya. Sudahlah hadif. Masa nilah kau kena buat sambutan kemerdekaan yang tiada lagi manusia pelik akan menganggu life kau. Dah boleh kibarkan bendera sambil melaungkan 'aku merdeka!' ni. Paling tak pun buat pengumuman biar satu universiti tahu dia sudah bebas. Let it go! Let it go! Seperti elsa.

.

****************************************

.

Dayana meletakkan beg sandang di meja di sebelah anggun. Dia pantas mengambil tempat dan memandang alisa.

Alisa mengetap bibir. Matanya memandang simpati anggun.
"Anggun..jangan sedih sedih lagi eh? Kau kan kuat. Tak apa biarlah orang nak firnah kau. Nanti yang dapat dosa dia juga. Kan?" Perlahan lemah lembut alisa menasihati anggun yang seperti sudah termenung. Memang semalam dia dan dayana sudah memujuk anggun yang menangis dan alhamdulillah anggun berhenti menangis selepas beberapa minit. Tetapi sejak itu? Anggun mula suka termenung bagai dihempap banyak masalah sampailah ke saat ini. Boleh mati kutu dayana dan alisa melihatnya.

"Eh aku rasa ade org hack ig kau lah weh! Geram betul aku. Siapa lah manusia yang jahanam sangat buat kau macam tu?"dayana menggengam penumbuk. Geram betul dengan si dalang kes ini. Sukahati je memfitnah rakan baiknya. Tak ada life ke? Kalau tak ada life sangat, buatlah tabung supaya orang ramai boleh menderma life mereka pada si jahanam tu! Tapi memang taklah dayana ingin mendermakan lifenya. My life is precious.

Anggun mengeluh dan menutup wajah menggunakan kedua belah tapak tangan.
"Apa pasal aku yg kena weh? aku tak pernah kacau life orang. Aku ni manusia yang tak suka masuk campur hidup orang lain tapi kenapa aku yang kena?" Sekarang ni dia hanya ada stress di kepalanya. Habislah nanti akan bertumbuhlah kawan baru si jerawat di wajahnya.

Dayana secara perlahan mengusap belakang badan anggun. Kesian anggun. Mangsa keadaan. Tak pasal pasal dibenci crush sendiri. Nasib baiklah aku tak ada crush. Tak adalah merasa perasaan broken sebegini.

"Hm diorang dengki dengan kau kut. Tapi kalau dia dengki sangat pasal kau suka hadif, kenapa dia fitnah yang kau girlfriend hadif? "Alisa melihat langit seakan cuba berfikir. Tetapi pantas awan fikirannya musnah apabila dayana mencelah.

"La kau ni! sebab si jahanam tu nak bagi hadif benci anggunlah ! Kau tak perasan ke hadif tu mana suka perempuan yang jatuh  suka pada dia! Lagi lagi yang pandai pandai claim yang dia ada girlfriend.  Mana dia tak mengamuk. Tapi aku tak fahamlah dia tu. Ee mamat tu nak lelaki ke yang suka dia? Entah entah dia tu sejenis gay tak? Pelik je aku tgok dia. Hm agak membimbangkan." Dayana menelan air liur mengenangkan hujahnya. Jikalau lelaki sekacak hadif itu gay , heh bagai bumi ini flat sahaja rasanya!

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now