Hadif menghela nafas lalu dia menyandarkan badan memeluk tubuh melihat anggun.
"Takpela aku straightforward jela ye sebab tak nak bazirkan masa kau. Sebenarnya tujuan aku panggil kau ni sebab aku nak maklumkan yang aku dah awalkan tarikh kau kena hantar lukisan plan projek baru syarikat kita tu. So, maknanya by hook or crook, kau kena siapkan and aku nak tengok Isnin ni. Faham?"

Terkelip kelip mata anggun cuba menganalisis maklumat yang baru masuk gegendang telinganya. Dia nak isnin ni? Maknanya lagi em... harini khamis so... TAK SAMPAI 7 HARI?

Automatik mata anggun membesar.
"what?!" Terkeluar suara terkejut anggun.

Hadif mengangkat keningnya.
"Apa what?" Eh apa si hadif cakap ni.

Anggun mengetap bibir.
"Are you serious?"

"Muka aku nampak macam nak buat april fool dengan kau ke? April fool pun dah lepas lah."

Anggun menelan air liur gemuruh. Mukanya berubah bengang dan geram. Matanya macam boleh membaham hadif sekarang juga.
"Tuan ni seriuslah? Tuan bagi saya tempoh masa tak sampai seminggu je nak siapkan? Even adam yang professional tu pun siapkan dalam dua minggu katanya. Eh tuan main mainkan saya kan. Ni prank je kan. Tuan ada letak kamera di mana mana ke? Buat prank camera kan?" Kerana terkejut sangat, sudah mengarut pula anggun. Kepalanya mula tercari cari kamera di sekitar bilik hadif. Mana tahu hadif tengah pranknya. Lepas itu nanti kata "anggun sorry this is just a prank ! Look at the camera!" 

Ah sudah anggun. Kau fikir ini just for laugh gags?

Hadif menggeleng kepala dengan wajah pelik.  apa jadah nak main prank prank dengan dia ni?
"No no no. No camera. No prank. This is serious okay? And Yes,  I'm hoping the best result from you. Can you do this anggun Dellisya? Ke awal awal kau dah mengalah?"

Anggun mengetap gigi. Berapi dah matanya memandang hadif yang menatapnya bagai mencabar kebolehan diri anggun. Aku kalau boleh cencang dia.... buat steamboat kan bagus. Eh steambot? Lepastu cicah sos. Uish gempak. Hadif salai bbq. Bagi satu office makan.

Nampak sangat anggun lapar. Makanan je dia fikir.

Hadif tersenyum sinis melihat wajah jelas bengang anggun kepadanya. Heh ini baru sikit anggun. Nak bandingkan dengan apa yang kau dah buat pada aku, lagi teruk! Rasakan loh!
"Kenapa cik anggun Dellisya? Ada apa apa masalah ke? Muka macam tercekik tulang ayam je tu. "

Anggun menarik nafas dan menghembus perlahan. Calm down babe. Kita kena pandai handle manusia tak cukup minum susu masa kecil ni.
"Em tak adalah tuan. Muka saya bukan macam tercekik ayam. Tapi macam tercekik nak makan orang haaa. Em Baiklah tuan. Saya akan menurut perintah macam apa yang tuan nak."

Satu senyuman palsu terukir lebar. Senyuman menyembunyikan geram sebenarnya.

Hadif mengangguk perlahan. Bagus. Tiba tiba dia mengetip jari bagai baru teringat sesuatu.
"Oh ya lagi satu aku nak beritahu. Mulai esok, aku tak nak makcik kiah datang bersihkan pejabat aku setiap pagi."

Anggun membuat wajah hairan.
"Oh Okay." So what? Apa kaitan dengan aku? Oh dia nak suruh aku sampaikan pada makcik kiah ke?
"Nanti saya beritahu makcik kiah apa yang tuan cakap ya." Anggun melakar senyuman kecil sedikit paksa.

"Aip aku tak habis cakap lagi, anggun dellisya. Ya beritahu makcik kiah pasal ni dan kata dengan dia jangan risau gaji dia tetap jalan macam biasa. And apa yang paling penting ialah, aku nak kau yang bersihkan pejabat aku ni setiap pagi mulai esok." Hadif tersenyum selamba sambil menongkat dagu memandang angun.

Buat kali kedua, pada pagi ini, mata anggun membesar, dengan suara yang boleh tahan kuat terkeluar lagi.
"What?!" Ya itu dia. Seperti rewind scene tadi.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now