Jadi betullah yang dia perlu menjauhi insan bernama Hadif Rizki? Walau dia tak rela?

.

.

.

Anggun menggeleng kepala perlahan. Haih makin fikir, makin stres dibuatnya! Tapi kalau tak fikir, makin lalai pulak!

Anggun mendecit.
"Pergi mampuslah! Baik aku pergi class. Silap silap aku pulak yang kena bantai sebab masuk class lambat!"

Terus dia membuka lokernya untuk mengambil nota yang ditinggalkan di dalam loker.

Baru sahaja ingin mengambil apa yang diingginkan, terasa ada sesuatu terlekat di dalam lokernya. Sesuatu seperti kertas.

Anggun mengerutkan kening.
"Aik what is this man?" Anggun bertanya diri sendiri sambil menarik kertas yang terlekat itu.

"Eh sticky note?" Baru dia tahu itu adalah sticky note berwarna hijau.

"Siapa yang bagi pulak ni?" Eh anggun ni. Main tanya tanya pada diri sendiri pulak. Patutlah orang cop dia ni gila.

Anggun mula menfokuskan mata melihat tulisan yang tertera pada kertas itu.

.

.

See me after class! 10 a.m sharp at the garden.

I know your class end at 9.30 a.m okay. So no excuse.

Muktamad,
Unknown.

.

.

.

Makin berdouble kerutan di dahi anggun membaca nota ini. Habislah berkedutlah minah ni.

Eh macam mana manusia ni boleh tahu jadual aku? Nak jumpa pulak tu? Eh dia siapa nak arah arahkan aku? Dia fikir kelahiran aku adalah untuk menjadi kuli batak dia je sampai nak dengar arahan dia? Siaplah kau unknown.

Anggun membuat wajah annoying bagai si unknown boleh melihat.

"Wait a minute. Jap jap entah entah ini...secret admirer aku bagi tak? Huyoo gilalah kau anggun ada fans siot!" Anggun mula berasa riak. Heh ada orang hantar surat ajak dating ! Akhirnya anggun Dellisya tidak lagi digelar manusia sendu.

Hanya tinggal readers sahaja sendu. Dan author. Eh macam tibe.

"Jadi aku kena pergi ke tak eh?"anggun mula membeku memikirkan pilihan yang ada.

Kalau pergi, bahaya pulak. Yela aku bukan tahu pun siapa dia ni. Tapi kalau tak pergi, tak tahu pula macam mana muka fan aku ni. Manalah tahu muka macam syafiq kyle, terus aku setuju dia jadi secret admirer aku. Tak mampu dah nak tolak.

Anggun menggaru dahi stres. Ya allah bertambah pulak stres aku macam ni! Payah lah gini! Betulla aku kata. Baik jadi kucing jela macam ni. Tak payah menghadap perkara sebegini! Hm asyik asyik anggun dengan cita citanya ingin menjadi kucing.

.

***************************************

.

Anggun menguap dengan tangan yang menutup mulut.

Dia mendecit dengan mulut menahan seribu carutan yang mampu menggegarkan dunia. Yela selama ni anggun kan manusia yang paling ayu, tiba tiba keluarkan carutan habislah imej perempuan melayu second last. Sebab perempuan melayu terakhir adalah author. La tibeh lagi.

"Wah geram nya hatiku ini. 10 a.m. sharp? Heh? Sharp dia boleh masuk longkang. Aku tak kira. Muka macam syafiq kyle atau tidak, kena jugak aku tazkirahkan!" Mana tidaknya jam sudah berdetik 10:10 pagi. Dan manusia unknown itu masih belum muncul. Kosong sahaja garden universiti ini. Anggun pula keluar sahaja dari dewan kuliah terus memecut pergi ke salah satu meja yang ada di taman universiti yang luas ini. Beria sungguh.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt