Bab 39

342 13 0
                                    


Zhang Daeng baru sahaja pulang dari Kota Belanda di Melaka. Perbincangan mereka dengan Belanda tidak mendapat kata putus. Alfonso tetap dengan pendirian mereka untuk menguasai Pelabuhan Gowo dan seluruh Teluk Makassar. Sia-sia sahaja mereka bersekutu dengan Belanda pada awalnya, rupa-rupanya Alfonso hanya menggunakan mereka untuk mendapatkan Sulawesi. Zhang Daeng dan 5 orang puteranya sungguh kesal dengan sikap khianat Alfonso.

"Ayahanda, Tentera Belanda telah mengepung seluruh Pelabuhan Gowo. Alfonso telah mengambil alih seluruh Teluk Makassar" Beritahu puteranya Daeng Pe Ra Ni sewaktu kapal mereka berada di Laut China Selatan.

" Ya, itulah yang dikatakan Alfonso sewaktu perbincangan dengan mereka" Balas Zhang Daeng berdiri di dek hadapan Kapal Phinisi miliknya. Wajah Maharaja China itu kelihatan tenang.

"Kalau begitu kita serang sahaja tentera Belanda di Gowo!" Cadang Daeng Chen Lak.

"Jangan jadi bodoh! Orang-orang kita masih ramai di pelabuhan Gowo. Mereka berulang-alik dari Gowo ke China untuk berniaga. Malah Gowo adalah tempat seluruh pedagang dari Timur!!!Jika kita menyerang pelabuhan Gowo peperangan akan meletus dan segala perdagangan ke China akan terhenti!" Terang Zhang Daeng.

"Habistu, apa yang perlu kita lakukan?" Soal Daeng Chen Lak buntu. Kelima-lima Putera itu berdiri seiringan di tepi pemegang dek kapal sambil merenung Kepulauan Borneo yang semakin jauh dari mereka.

"Kita terperangkap di Laut China Selatan! Alfonso telah menipu kita! Hari ini mereka menghalau kita dari Gowo, esok lusa kita pula akan menghalau mereka dari Kepulauan Nusantara ini!"Jawab Zhang Daeng tegas.

"Jika Ayahanda bersetuju, sekarang juga kami akan bertempur dengan Belanda!" Kata Daeng Pe Ra Ni.

"Ya kita akan bertempur dengan Belanda! Tapi bukan di Gowo. Banyak Keluarga dan anak kecil di sana. Belanda hanya mahukan pelabuhan Gowo sebagai pusat dagangan barang-barang dari Timur! Alfonso telah jelaskan kepada Ayahanda sewaktu perbincangan dengannya" Jelas Zhang Daeng.

"Tapi kita akan ke mana lagi? Jika kita pulang ke China perjalanan kita sungguh jauh. Seluruh tentera kita perlukan tempat untuk berehat. Malah anak kapal kita perlukan bekalan makanan dan minuman dari daratan" Keluh Daeng Ma Re Wah.

"Mungkin kita perlu mencari Mekong!Dia telah menghilangkan diri dari Pulau Laut" Putus Zhang Daeng.

    Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seekor burung yang berlegar mengelilingi Kapal Phinisi. Kelima-lima Putera itu kaget dan masing-masing mengeluarkan senjata mereka. Daeng Ke Ma Si adalah Putera yang paling hebat dalam memanah. Dia melompat ke atas peti kayu di atas Kapal itu.

        "Chen Lak! Pinjamkan aku Busur Panah kau" Pinta Ke Ma Si adik Bongsu mereka. Daeng Chen Lak pun membaling busur panah miliknya kepada Daeng Ke Ma Si.

          "Hahaha! Makan burung kita hari ni!" Tawa Daeng Chen Lak. Daeng Ke Ma Si membetulkan sasaran anak panah di dalam busurnya. Burung yang berlegar di atas Kapal Phinisi itu mula merendahkan dirinya untuk hinggap di atas Kapal Phinisi itu.

       "Nanti!!!!! Jangan panah!"Halang Zhang Daeng memegang busur panah di tangan Daeng Ke Ma Si.

       "Mengapa Ayahanda? Burung itu menyerah diri" Tanya Daeng Me Nam Bun berasa hairan. Dia adalah Putera kedua Zhang Daeng selepas Daeng Pe Ra Ni.

         " Kalau anakanda sekalian ingin tahu, burung itu dikenali sebagai Burung Phionex. Ia bukanlah sebarang burung. Burung peliharaan keluarga DiRaja China" Jelas Zhang Daeng menghampiri burung yang telah hinggap di atas Kapal Phinisi itu. Bulu burung itu berwarna Putih, sementara ia mempunyai jambul di atas kepalanya yang berwarna Merah dan kuning. Ada seutas rantai emas yang tergantung di kaki burung itu. Mata Zhang Daeng tertancap kepada sebuah gulungan kulit binatang yang terikat di kaki burung itu. Perlahan-lahan Zhang Daeng menangkap Burung Phionex itu. Dia mengambil lembaran kulit binatang yang tergulung kecil di kaki burung Phionex itu.

        "Ini adalah lembaran perutusan daripada Mekong!" Kata Zhang Daeng selepas membaca perutusan itu. Lembaran itu diserahkan kepada kelima-lima orang puteranya. Mereka saling berganti membaca lembaran itu.

      "Ayahanda, Mekong masih hidup! Dia adalah pemerintah Johor-Riau. Ayuh kita ke sana! Mereka perlukan bantuan kita. Cucunda Mekong ditangkap oleh orang-orang Belanda" Kata Daeng Ma Re Wah. Zhang Daeng terdiam seketika. Dia merenung Laut China Selatan.

     "Baiklah, kita akan berpatah balik ke Selat Tebrau. Tuliskan persetujuan kita untuk membantu Mekong" Putus Zhang Daeng. Kelima-lima orang Puteranya menurut sahaja segala perintah ayahandanya. Akhirnya Kapal Phinisi mereka membuat pusingan U di Laut China Selatan untuk kembali ke Selat Tebrau. Mereka tidak menyangka Mekong telah menjadi pemerintah Johor-Riau. Hubungan Zhang Daeng dari China yang menguasai Pelabuhan Gowo itu kembali bertaut dengan Mekong setelah sekian lama mereka terputus hubungan.

      Setelah berhari-hari belayar akhirnya Zhang Daeng dapat juga bertemu Mekong di Selat Melaka. Mereka telah berjanji akan bertemu di sana selepas Mekong mempersiapkan seluruh bala tentera baginda untuk menyerang Belanda di Melaka.

       "Alfonso menangkap Puteri Buih. Cucunda aku!" Beritahu Mekong atau Sultan Mahmud Shah tegas. Wajahnya yang tegas itu ditambah lagi dengan misai melintang membuat sesiapa sahaja melihat baginda berasa gerun. Zhang Daeng memegang cangkir emas di tangannya. Dia belum menghabiskan minumannya.

          "Mengapa mereka menangkap cucu perempuan mu?" Soal Zhang Daeng berjalan mundar mandir di hadapan kelima-lima orang Puteranya.

        "Aku pun tidak tahu. Sudah berapa kali Belanda berlaku onar terhadap aku dan keluarga. Tetapi aku langsung tak dapat menyingkirkan mereka. Malah ada para pembesar Melayu dan rakyat jelata yang menyokong mereka"Luah Mekong perlahan tetapi masih didengari oleh Zhang Daeng.

      "Kalau tiada sebab tak mungkin mereka menangkap cucu perempuan mu" Balas Zhang Daeng. Mekong terdiam. Sudah penat dia berfikir. Malah sudah jerih dia menyiasat mengapa Puteri Buih ditangkap. Tetapi dia tidak mendapat apa-apa alasan. Jika Alfonso memusuhinya, mengapa Puteri Buih yang ditangkap, bukan dirinya. Sebelum ini pun dia pernah menjadi tawanan Belanda, malah mereka menipu cop mohornya dengan memaksanya untuk menguasai Melaka dan pemerintahannya. Tetapi kali ini mereka menangkap Puteri Buih secara tiba-tiba. Malah tiada perutusan atau permintaan dari mereka. Alfonso langsung tidak meminta sebarang pertukaran atau mengugut dirinya. Memang pelik. Itulah yang membuatkan Mekong tidak tahu kenapa Puteri Buih ditangkap oleh orang-orang Belanda.

      "Kita akan belayar dan bertemu dengan Laksamana Tuah di kapal 'Mendam Berahi'. Dia anakanda aku. Kalau kalian sanggup membantu Johor-Riau kami sangat terhutang Budi" Kata Mekong memandang wajah Zhang Daeng.

       "Ya kami setuju membantu kalian menyingkirkan Alfonso dan Belanda dari Kepulauan Nusantara. Tapi kami minta agar kalian juga dapat membantu kami untuk mendapatkan semula Pelabuhan Gowo dan Teluk Makassar dari cengkaman Belanda" Pinta Zhang Daeng. Mekong sugguh terkejut apabila mendengar penjelasan Zhang Daeng.

       "Apa???Belanda telah menguasai Pelabuhan Gowo???Nampaknya mereka benar-benar ingin menguasai seluruh ekonomi dari Barat ke Timur!" Kata Mekong kesal. Zhang Daeng menghela nafasnya perlahan.

      "Kami bimbang mereka akan sampai ke China. Nampaknya kau mesti juga Bantu kami untuk menghalang mereka" Tegas Zhang Daeng. Mekong mengangguk-angguk sambil mengusap janggutnya.

       "Baiklah. Tapi kalian mesti Bantu aku selamatkan Puteri Buih" Pinta Mekong.

       "Usahlah kau bimbang. Kelima-lima anak Ku adalah kelahiran Teluk Makassar. Mereka sangat hebat bermain senjata. Kami berjanji akan membantu kau menyelamatkan Puteri Buih" Kata Zhang Daeng berjanji.

       Kapal Phinisi milik Zhang Daeng terus membelah Samudera menuju ke  utara Selat Melaka. Mereka akan bertemu Laksamana Tuah di Kapal Mendam Berahi nya. Mekong memandang anak-anak Zhang Daeng hasil Perkahwinan Maharaja China itu dengan seorang Puteri dari Kepulauan Borneo, Sulawesi. Tiba-tiba baginda teringatkan Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Kelima-lima Putera Zhang Daeng mempunyai persamaan dengan kelima-lima orang Laksamana Melaka itu satu ketika dahulu. Ya, kelima-lima orang Laksamana yang ditugaskan untuk menjaga Puteri baginda, Puteri Lipur. Hati Sultan Mahmud Shah terusik. Dia begitu sedih kerana teringatkan anakandanya yang telah pergi buat selama-lamanya itu.





        

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now