Bab 26

398 16 1
                                    

Akhirnya Lancang Kuning yang di ubahsuai oleh Tuah telah bersiap sedia untuk belayar. Sultan Mudzaffar Shah menaiki Lancang Kuning tersebut untuk ke Tanah Abang. Baginda tidak sabar untuk bertemu dengan abangnya baginda Sultan Mahmud Shah, setelah sekian lama mereka tidak bertegur sapa.

Perlayaran di waktu malam bersama Lancang Kuning yang serba kekurangan itu bukanlah hal yang mudah. Ia memerlukan seseorang yang mampu mengemudi Lancang Kuning itu dengan baik dan pakar dalam perlayaran.

"Mampukah kita sampai ke Tanah Abang dengan Lancang Kuning ini? Kita terpaksa belayar di waktu malam , malah ke Laut dalam. Belum pernah orang membawa Lancang untuk perjalanan yang jauh "Ujar Sultan Mudzaffar Shah meninjau keadaan Lancang Kuning yang di kemudi Tuah itu.

"Ampun Tuanku, seboleh-bolehnya saya akan berusaha membawa Tuanku dan Puteri Buih ke Tanah Abang. Ia sudah menjadi tanggungjawab saya pada ketika ini" Jawab Tuah menundukkan kepalanya dihadapan Sultan Mudzaffar Shah.

Tuanku mengangguk-angguk lalu memegang bahu Tuah.

"Janganlah begitu dengan beta.... Anakanda adalah bekas suami Puteri Sultan Mahmud Shah....tidak perlulah menjunjung sembah kepada beta. Lebih layak kiranya anakanda berbual mesra sahaja dengan beta seperti anakanda beta sendiri" Kata Tuanku Sultan Mudzaffar Shah. Tuah terdiam seketika.

"Baiklah Ayahanda" Kata Tuah menurut sahaja apa yang dipinta oleh Tuanku Sultan Mudzaffar Shah.

"Mengikut pengalaman Ayahanda.. Tali tiang layar itu hendaklah berbilit tiga agar lebih kukuh apabila kita belayar ke Laut dalam. Bimbang apabila di pukul badai laut, ia akan terputus" Jelas Tuanku Sultan Mudzaffar Shah.

"Baiklah, anakanda akan menyuruh orang-orang kita menambah tali bilitan ke tiga-tiga tiang layar itu" Kata Tuah akur dengan nasihat Sultan Mudzaffar Shah.

Sultan Mudzaffar Shah tersenyum mendengar jawapan Tuah. Baginda begitu senang hati melihat tingkahlaku Tuah yang begitu taat dan setia kepada baginda. Memang sejak di Melaka baginda telah tahu sifat Tuah yang begitu Taat setia kepada Abangnya, Mekong. Malah Tuah menjadi orang yang di percayai oleh abangnya untuk menjaga Puteri Lipur.

" Kalau semua telah selesai, anakanda pergilah beristirahat. Bilik anakanda telah dipersiapkan" Pesan Tuanku Sultan Mudzaffar Shah menunjukkan sebuah bilik di hujung Lancang itu.

"Tidak mengapalah ayahanda.. anakanda boleh tidur di geladak atau di bilik kemudi bersama Datuk Bendahara Perak. Lagipun Lancang kita hanya ada tiga bilik. Satu untuk Tuanku, lagi satu untuk Puteri Buih dan Puteri Onang Sari. Sementara lagi satu adalah bilik kemudi" Ujar Tuah menolak pelawaan Sultan Mudzaffar Shah.

"Sebaiknya anakanda pergilah ke bilik yang telah dipersiapkan untuk anakanda. Tak baik melanggar titah perintah ayahanda" Nasihat Tuanku. Tuah terdiam. Dia tidak tahu kenapa dia perlu tidur di bilik sedangkan dia tidak meminta untuk dilayan seperti Putera Raja. Walaupun pada hakikatnya dia sebenarnya Sultan Masyur Shah suami kepada Puteri Lipur satu ketika dahulu. Tidak ramai yang mengetahui tentang dirinya.

Malam itu Tuah terpaksa menurut titah perintah Tuanku untuk tidur di bilik yang telah dipersiapkan untuknya. Selepas Tuah menyelesaikan tugasnya di atas geladak kapal dan menambah tali bilitan tiang layar, dia berjalan menuju ke bilik yang dimaksudkan Tuanku.

Bilik itu kelihatan cerah dengan cahaya pelita. Tuah berjalan menghampiri pintu bilik tersebut. Perlahan-lahan Tuah menolak daun pintu bilik.

Puteri Onang Sari tersentak apabila terdengar pintu biliknya di tolak. Cepat-cepat dia bangun dari pembaringan. Dia mencapai pelita di atas sebuah meja. Meja itu betul-betul dipinggir jendela bilik itu. Dia terlihat kelibat seseorang. 'Mungkin Puteri Buih' getus hati kecilnya.

Puteri Buih 2Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz