Bab 62

254 11 1
                                    

Puteri Buih merenung jauh ke tengah lautan. Sudah berbulan-bulan lamanya dia di kurung di atas Kapal itu. Perlahan-lahan dia mengusap perutnya yang semakin membesar. Hatinya sayu kerana takdir telah memisahkan dirinya daripada suami tercinta.
       
          Beberapa orang askar Belanda berulang-alik di bawah kapal kerana berkawal. Puteri Buih memerhatikan sekeliling pelabuhan kecil tempat kapal besar yang mengurungnya itu berlabuh. Dia sungguh berharap Raden Putra datang menyelamatkannya.

        Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Dia sungguh terkejut melihat beberapa orang askar Belanda berdiri di hadapan pintu.

      "Siapkan duyung itu! Selepas itu hantar ia kepada Raja Mateus" arah seorang askar Belanda kepada seorang perempuan yang berdiri di belakangnya.

      "Bagaimana upah saya?!" Tanya perempuan itu sambil merias kukunya. Dia meniup-niup jari jemarinya sambil menjeling ke arah askar Belanda.

     "Ini upah Kau! Ingat, bersihkan duyung itu betul-betul! " Pesan askar Belanda itu sambil membaling sebuah uncang ke dada perempuan tersebut.  Askar Belanda itu berlalu pergi lalu menutup pintu bilik. Puteri Buih bingkas berlari menerpa ke arah pintu dan dia menjerit minta untuk di bebaskan.

     "Tolong-tolong...lepaskan saya!" Jerit Puteri Buih.

     "Kau nak ke mana? Tak mungkin mereka akan bebaskan kau!" Tegur perempuan Denmark yang di upah askar Belanda itu. Puteri Buih berhenti dari mengetuk pintu bilik. Dia berjalan menuju ke katil Kayu di dalam bilik itu. Langkahnya begitu lemah longlai.

      Perempuan Denmark yang diupah oleh askar Belanda itu menyiapkan Puteri Buih. Dia dimandikan dengan wangian bunga dan dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Rambutnya digulung beralun dan di sanggul tinggi. Kepalanya di hias dengan renda dan batu permata yang indah. Puteri Buih sama sekali tidak kelihatan seperti Puteri dari Nusantara. Penampilannya diubah seperti gadis-gadis dari barat. Begitu juga dengan baju yang dipakainya. Malam itu Puteri Buih akan ditawarkan kepada penakluk dari seluruh pelosok dunia barat. Sungguh malang nasib Puteri Buih. Tetapi lain pula pandangan Judy, perempuan Denmark itu. Dia merasakan Puteri Buih adalah perempuan paling bertuah kerana bakal dibeli oleh penakluk-penakluk empayar barat yang sangat berkuasa dan kaya raya. Malah dari golongan bangsawan dan pahlawan ternama.

   "Kau perempuan yang bertuah diantara perempuan dalam dunia ini" kata Judy sambil merias kuku kaki Puteri Buih.

   "Tidak! Mereka menculik aku!aku mahu pulang!" Balas Puteri Buih tegas. Judy tersenyum sinis.

    "Percayalah kataku, jika kau mengikut mereka, seluruh keturunanmu akan senang lenang. Kau pasti hidup mewah dan gembira" Kata Judy lagi. Puteri Buih menggeleng-gelengkan kepalanya.

    "Mereka mahu menunjukkan mereka hebat kerana memiliki aku! Aku seekor duyung yang menjadi lambang mereka penakluk terhebat di lautan....aku bukan untuk mereka sayangi!" Balas Puteri Buih lagi. Judy tidak mengendahkan kata-kata Puteri Buih. Dia meneruskan kerjanya mewarnai kuku kaki Puteri Buih.

    Pada malam itu ada majlis tari menari di dalam sebuah Kapal Mewah di pelabuhan itu. Khabarnya ia pemilik seorang bangsawan British. Kapal mewah itu dua kali ganda besarnya dari kapal tempat Puteri Buih dikurung.

    Puteri Buih diberi tempat duduk terhormat yang berada di sebelah Raja Mataeus. Penampilan sudah tidak seperti perempuan Nusantara lagi. Puteri Buih benar benar kelihatan seperti seorang Puteri Raja dari Barat. Rambutnya juga sudah tidak lurus lagi seperti dahulu. Malah ia digulung ikal dan disanggul tinggi di kepala. Keadaan mula menjadi riuh rendah apabila Puteri Buih di suruh berdiri disebelah Raja Mataeus.

    Meja mulai diketuk oleh wakil wakil penakluk-penakluk empayar barat itu. Mereka mahukan Puteri Duyung itu.

    "Tawaran di buka!" Jerit juruacara di hadapan Raja Mataeus. Keadaan begitu riuh rendah. Ada yang menawarkan berpuluh peti syiling Perak. Ada juga yang menawarkan senjata peperangan, dan ada juga yang menawarkan kapal -kapal perang mereka. Semua yang ditawarkan adalah benda paling berharga pada abad itu. Namun Raja Mataeus tidak tertarik sedikit pun dengan tawaran para penakluk dari Barat tersebut.

    "Mereka sungguh kedekut" bisik Raja Mataeus kepada juruacaranya kerana dia masih tidak mahu menjual Puteri Duyung itu.

    Raja Mataeus menggeleng-geleng kepalanya lalu ingin pulang ke kapalnya.

     "Mataeus, kau akan rugi jika tidak menjualnya kepadaku!" Jerit Athur seorang bangsawan British.

   "Kelengkapan perang yang kau tawarkan tidak memadai!" Balas Raja Mataeus bersahaja. Athur tersenyum sinis.

     "Kapal ini milik kau!" Jerit Athur menghentak kakinya. Raja Mataeus terdiam. Kapal mewah yang mereka sedang naiki itu rupanya milik Athur.

    Lama Raja Mataeus berfikir. Dia berjalan mundar--mandir. Semua yang berada di situ berdebar-debar menunggu keputusan Raja Mataeus. Jika Raja Mataeus bersetuju bermakna Puteri Duyung itu menjadi milik Athur.

    "Baiklah! Aku bersetuju" Jawab Raja Mataeus. Semua pengikut dan pahlawan yang dibawa oleh Athur bersorak kegembiraan. Athur tersenyum sambil mencapai minuman beralkohol di atas mejanya. Dia merenung Puteri Buih sambil mengenyitkan matanya. Lalu dia meneguk air minumannya.

    "Puteri Buih tidak mampu melawan lagi apabila dia di serahkan kepada Athur. Lelaki berbadan besar itu mencapai pedang yang berada di atas mejanya lalu berjalan mendapatkan Puteri Buih.

      "Bawa dia ke kabin kapal. Ayuh, bersurai" arah Athur meninggalkan Raja Mataeus. Kapal Gold of England diserahkan kepada Raja Mataeus. Athur dan pengikutnya berpindah ke kapal  perang mereka untuk pulang ke England.

     Sewaktu melalui pelabuhan, Raden Putra dan Tuah telah mengintip pergerakan Puteri Buih bersama Athur. Mereka akan menghadapi masalah lebih besar dan rumit lagi apabila Athur telah membeli Puteri Buih dari Raja Mataeus. Sultan Mahmud atau Mekong masih belum mengetahui perkara itu. Tuah mulai buntu memikirkan hal tersebut. Bagaimana dia ingin memberitahu kepada Sultan Mahmud Shah.

    " Kita tak boleh bertindak lagi. Mereka telah jual Puteri Buih kepada Athur" bisik Tuah.

    "Tapi sampai bila? Athur akan belayar ke England ..sampai bila kita ingin mengikuti mereka tanpa bertindak?" Soal Raden Putra.

     "Ayuh kita kembali ke Kapal Mendam Berahi!" Ajak Tuah. Raden Putra masih merenung ke arah kapal Athur. Ingin sahaja dia menyerang kapal itu dan membawa pulang isterinya.

    "Kita mesti fikirkan jalan untuk naik ke kapal mereka dan membawa Puteri Buih pergi dari sini" pujuk Tuah kepada Raden Putra. Tuah dan Raden Putra berlaku meninggalkan kapal Athur.

    Sedangkan Athur dengan bangganya berdiri di atas kapal perangnya. Dia ingin pulang ke England. Sayangnya dia telah menjual kapal Gold of England. Oleh itu dia terpaksa mencari pengganti kapal Gold of England untuk di bawa berlayar pulang ke England.

   Sedang dia berfikir untuk berhenti di mana-mana pelabuhan lain untuk mencari kapal, matanya tertancap kepada sebuah kapal yang sangat besar. Ia lebih besar dari kapal Gold of England. Bezanya kapal itu bukanlah berwarna kuning seperti Gold of England.

    "Milik siapakah kapal besar itu?" Soal Athur kepada seorang pengikutnya. Lelaki berkemeja putih dan bertopi lusuh itu memandang ke arah kapal yang di tunjukkan Athur.

    "Mungkin saudagar dari timur.." balas pengikutnya itu selamba sambil mencungkil pisau pada celah giginya.

    "Ayuh siasat mereka. Katakan Athur mahu membeli kapal mereka!" Kata Athur tegas. Lelaki itu mengangguk-angguk lalu pantas turun dari kapal. Dia menuju ke arah kapal besar itu. Sedang di atas kapal besar itu Sultan Mahmud Shah, Tuah dan Raden Putra merasa resah gelisah untuk mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan semula Puteri Buih. Namun tanpa mereka sedari Athur telah terpikat kepada Kapal Mendam Berahi..

   

    

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now