Bab 27

404 14 0
                                    

      Pertemuan Sultan Mahmud Shah dan Sultan Mudzaffar Shah di Tanah Abang disambut meriah oleh rakyat jelata. Malah rombongan kedatangan mereka telah di arak dengan gajah-gajah milik Puteri Buih. Gadis itu tidak menyangka gajah-gajahnya di bawa ke Tanah Abang oleh pengikut setia Datuk Bendahara Perak. Mereka bertolak dari Klang ke Tanah Abang selepas mengetahui akan kedatangan Sultan Mudzaffar Shah bersama Datuk Bendahara Perak. Pengikut setia Datuk Bendahara Perak tidak mahu Sultan Mahmud Shah menjatuhkan sebarang hukuman kepada Datuk Bendahara Perak.

      Apa yang merubah segalanya apabila Sultan Mahmud Shah tersangatlah gembira kerana cucunya telah kembali ke pangkuan mereka. Baginda sangat berterima kasih kepada Tuah. Segala salah faham telah diselesaikan oleh Laksamana Melaka itu.

       "Mengapa cucunda Puteri diam sahaja sejak datang ke mari? Apa cucunda tidak suka bertemu Nenda?"Soal Mekong duduk bersila di hadapan Puteri Buih. Cucunya itu duduk bersimpuh sambil mengambil sireh di dalam dulang emas. Perlahan-lahan gadis itu menyapu kapur dan meletakkan gambir dan pinang di dalamnya. Dia membalut perlahan-lahan sambil diperhatikan Nendanya Sultan Mahmud Shah.

      "Puteri menjadi punca kerana merosakkan hubungan Nenda dan Datuk Bendahara Perak..." Jawab Puteri Buih bersopan dan berhati-hati ketika berbicara dengan Sultan Mahmud Shah.

        "Tidak Puteri. Semuanya salah faham. Segalanya telah diceritakan oleh Laksamana Tuah kepada Nenda" Balas Sultan Mahmud Shah. Baginda tidak mahu cucundanya itu akan merasa bersalah atas tindakannya selama ini. Malah Sultan Mahmud Shah mulai bersikap lemah lembut selepas kepulangan Puteri Buih. Orang yang paling gembira melihat perubahan sikap baginda adalah Permaisuri Ratna Gumilah Sari.

        "Puteri mahu Nenda tahu, Datuk Bendahara Perak menjaga Puteri dengan baik. Tiada kurang walau sebesar biji sawi segala kehendak Puteri" Jelas Puteri Buih.

        "Hahaha...adakah Puteri sedang menghasut Nenda agar tidak menghukum Datuk Bendahara?" Soal Sultan Mahmud Shah sambil ketawa.

         "Puteri harap Nenda akan beri muka kepada seluruh keluarga Datuk Bendahara Perak. Mereka orang yang taat setia kepada Nenda dan berjasa juga.."Jawab Puteri Buih tunduk hormat kepada Sultan Mahmud Shah.

         "Baiklah, kerana Puteri Nenda akan ampunkan Datuk Bendahara Perak serta keluarganya. Seluruh keluarganya akan Nenda lantik menjadi orang-orang besar dalam istana" Ujar Sultan Mahmud Shah bersetuju akan kehendak cucu kesayangannya.

       "Nenda, ada satu lagi permintaan Puteri"Pinta Puteri Buih perlahan.

        "Ya Puteri, sebutkanlah, Nenda mendengarnya" Jawab Sultan Mahmud Shah merenung cucundanya itu.

           "Puteri harap sangat jika Nenda dapat mengangkat Sultan Mudzaffar Shah sebagai Sultan berdaulat di Tanah Abang ini. Segalanya adalah disebabkan Puteri telah menganiaya baginda dan kerajaan Langkasuka!" Jelas Puteri Buih. Sultan Mahmud Shah sungguh terkejut. Bagaimana baginda bisa menyerahkan Tanah Abang kepada Sultan Mudzaffar Shah sedangkan ia milik keluarga Mekong sejak azali lagi...ya Tanah di hilir telah diwasiatkan Tok Ma kepada dirinya.

        "Jika Tanah Abang diserahkan kepada Sultan Mudzaffar Shah...kita tidak punya apa-apa lagi di Kepulauan Nusantara ini. Adakah Puteri mahu kita pulang ke Siam...atau kembali ke China?" Soal Sultan Mahmud Shah.

         "Siapa kata kita tak punya apa? Melaka adalah milik kita!" Tegas Puteri Buih.

        "Apa maksud Puteri? Melaka di tangan Belanda-Siam, malah mereka telah bergabung dengan orang-orang Inggeris. Kita tidak akan mampu merampas Melaka kembali...mereka tak akan lepaskan Melaka" terang Sultan Mahmud Shah.

       "Puteri sudah fikirkan masak-masak hal ini. Malah untuk kebaikan seluruh rakyat jelata.." Jelas Puteri Buih perlahan. Dia terdiam seketika. "Puteri akan berkahwin dengan Raden Putra dan kita akan mendapatkan Melaka kembali!" Sambung Puteri Buih merenung Sultan Mahmud Shah.

          "Benarkah apa yang Puteri putuskan? Mereka beragama Hindu Buddha...adakah ini keputusan Puteri? Sedangkan Puteri beragama Islam dari keturunan Permaisuri Kerajaan Samudera Pasai...apa akan terjadi kelak jika Puteri berkahwin dengan Raden Putra? Mereka beragama lain" Sultan Mahmud Shah mengerutkan dahinya. Baginda mula risau akan keputusan cucundanya yang masih mentah itu.

           "Tapi kita telah berjaya menguasai Belum, Janin dan Klang. Jika Puteri berkahwin dengan Raden Putra, Langkasuka akan kembali ke tangan kita, Kerajaan Phang akan bersekutu dengan kita, seluruh tentera Monggol akan menyokong dan melindungi kita!" Jelas Puteri Buih.

        "Adakah mereka dapat menerima agama Islam yang Puteri anuti? Sedangkan Maharaja Ong tidak berpuas hati dengan Sultan Mudzaffar Shah disebabkan agama Islam. Apa Puteri tidak tahu akan hal ini?" Tegas Sultan Mahmud Shah. Baginda kelihatan resah apabila mendengar keputusan cucundanya itu.

     "Nenda percayalah kepada Puteri. Ini adalah pengorbanan yang Puteri lakukan demi kebaikan Raja Raja Melayu. Puteri tak mahu seluruh tanah jajahan raja-raja Melayu dibawah naungan Nenda selama ini hilang....percayalah, Puteri tahu apa yang Puteri lakukan!" Tegas Puteri Buih memegang tangan Sultan Mahmud Shah. Lelaki itu terdiam sambil memandang ke arah Permaisuri Ratna Gumilah Sari yang sejak dari awal lagi berdiam diri mendengar perbualan dua beranak itu.

     "Jika Puteri berkahwin dengan Putera Kerajaan Monggol mereka akan membawa Puteri...Nenda akan kehilangan Puteri..."Keluh Sultan Mahmud Shah.

       "Nenda,...dengarlah kata-kata Puteri. Hanya kita di sini sahaja yang tahu... Puteri lakukan ini untuk kebaikan. Puteri akan menjadi milik mereka...tetapi Nenda dan seluruh Raja-raja Melayu tidak akan kehilangan tanah jajahan masing-masing. Orang-orang Belanda-Siam dan Inggeris tidak dapat memecah belahkan Raja-raja Melayu. Kita akan bersatu..... Raja-raja Melayu akan menyokong Nenda dan Sultan Mudzaffar Shah kerana Nenda mendapat perlindungan dari tentera Monggol. Puteri akan minta Raden Putra membantu kita untuk mendapatkan Melaka kembali " Jelas Puteri Buih. Dia berharap Nendanya akan faham rancangan yang dimaksudkan.

     "Maafkan Nenda kerana tidak dapat berbuat apa-apa selepas kalah kepada Maharaja Ong di Langkasuka" Pinta Sultan Mahmud Shah lirih. Baginda tidak menyangka cucundanya itu sanggup berkorban demi kedaulatan raja-raja Melayu.

           " Tak perlulah Nenda minta maaf. Puteri akan pastikan Sultan Mudzaffar Shah di tabalkan menjadi Sultan berdaulat...maafkan Puteri kerana memilih baginda... Nenda tentu tahu kenapa" Bisik Puteri Buih perlahan lalu memeluk lengan Sultan Mahmud Shah.

         "Ya, tentulah Nenda tahu kenapa...banyak kesilapan yang Nenda telah lakukan. Sultan Mudzaffar Shah lebih layak...Baginda dan Maharaja Ong bukanlah orang lain...saudara baginda jua.." kata Sultan Mahmud Shah perlahan.

         "Terima kasih Nenda. Puteri sayangkan Nenda. Kalau Nenda sudi, Nenda ikutlah Puteri ke Phang selepas Puteri berkahwin dengan Raden Putra" Ajak Puteri Buih tersenyum.

         "Tak mengapalah Puteri. Nenda akan menetap di Johor-Riau. Banyak saudara Nenda di sana. Mereka pengikut setia Nenda. Lagipun senang Nenda nak belayar ke Siam atau China jika Nenda menetap di Johor-Riau"  Ujar Sultan Mahmud Shah.

     Persetujuan dan restu telah diberikan Sultan Mahmud Shah kepada Puteri Buih. Tapi hakikatnya baginda tidak sanggup kehilangan cucundanya itu buat kali kedua. Baginda amat berharap jika Puteri Buih dapat tinggal bersama-samanya di Johor-Riau. Segalanya bergantung kepada keputusan Raden Putra. Jika di ajak berperang lagi, Sultan Mahmud Shah tidak mampu untuk mengumpulkan tenteranya dalam jangkamasa pendek. Baginda perlu mengumpul dan mencari tentera-tentera baru kerana peperangan di Langkasuka telah banyak mengorbankan para tenteranya.

Puteri Buih 2Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin