Bab 56

269 10 0
                                    

  Kapal layar Phinisi yang membawa Sultan Mudzaffar Shah telah disekat dari melalui perairan Langkasuka!

Mereka terkandas dan tidak dapat meneruskan pelayaran. Perairan Langkasuka telah di kawal ketat oleh tentera Monggol dan Siam. Segalanya sudah jelas, Langkasuka telah di kuasai  Maharaja Ong Maha Perita Deria! Maharaja Kerajaan Monggol.

       "Mengapa mereka menyekat kita untuk ke Selat Melaka?" Marah Sultan Mudzaffar Shah sambil meneropong ke sekitar perairan Langkasuka. Terdapat beratus-ratus lagi kapal dagang yang turut disekat dari melintasi perairan Langkasuka untuk ke Selat Melaka.

        "Peperangan sedang berlaku di Selat Melaka, Tuanku" Beritahu Panglima baginda.

        "Siapa yang sedang berperang? !!!" Terkejut sungguh Sultan Mudzaffar Shah. Wajahnya menjadi merah padam.

        "Berita yang kami dapat daripada para pedagang yang berdagang di Melaka, perang yang meletus itu diantara Maharaja Ong Maha Perita Deria dan pihak Belanda. Khabarnya Maharaja Ong Maha Perita Deria telahpun bergabung dengan Siam!" Beritahu Panglima itu lagi.

       "Baguslah, kita belum menyerang Belanda, 'mereka' telah diserang dahulu!" Kata Zhang Daeng bercekak pinggang.

        "Maharaja Ong Maha Perita Deria selalu mendahului kita. Tidak cukup Langkasuka dirampasnya.....Melaka pun mahu dicobanya!" Marah Sultan Mudzaffar Shah geram.

        "Bagaimana rancangan kita untuk menyerang Melaka?" Soal Raja Arya yang diam sejak tadi. Sultan Mudzaffar Shah saling berpandangan dengan Zhang Daeng. Terpaksalah mereka mengubah rancangan.

       "Kita terpaksa berlabuh di Sungai Batu. Kita cari Syekh Abdullah di sana!" Putus Sultan Mudzaffar Shah. Dia teringatkan pedagang yang menjual senjata di Goa. Mereka datang dari Sungai Batu. Khabarnya Syekh Abdullah berada disana bersama anak dan pengikutnya. Sultan Mudzaffar Shah telah lama tidak berjumpa dengan Syekh Abdullah. Lelaki tua itu adalah guru dan lelaki yang membuat dirinya tertarik untuk memeluk Islam.

   "Sungai Batu adalah pusat jualan senjata di alam Nusantara. Orang-orang beta biasa berulang alik ke sana" Beritahu Raja Arya.

     "Mengapa Tuanku tidak membeli senjata di Goa sahaja?" Soal Daeng Chen Lak kehairanan. Sedangkan Raja Arya adalah salah seorang anak Raja  yang menguasai empayar di India ketika itu termasuk Goa.

   "Kami tidak membeli senjata, sebaliknya menempah dari Sungai Batu. Pedang dan senjata kami bukan sahaja mempunyai ciri peperangan yang kami kehendaki, malah ia direka khas dan dihiasi dengan batu-batu permata yang berharga. Bukan sebarang orang yang kami percayai untuk diberikan batu permata dan berlian yang berharga itu untuk menghiasi pedang dan senjata kami...tapi Syekh Abdullah memang kami percayai!" Kata Raja Arya tegas. Sultan Mudzaffar Shah tersenyum mendengar nama Tok Guru nya disebut. Bermakna Raja Arya juga mengenali Syekh Abdullah dengan peribadi yang mulia.

     "Kalau begitu tentu Tuanku  amat kenal dengan Syekh Abdullah" Bisik Zhang Daeng perlahan kepada Raja Arya.

      "Ya, lelaki Tua itu mempunyai ilmu magic yang tiada tandingan nya!" Balas Raja Arya menarik keluar pedang yang tersisip di pinggangnya. Pedang panjang itu melengkung dihujungnya dan mempunyai dua mata. Terdapat hiasan batu permata berwarna biru dan merah di hulu pedang tersebut.

       "Kenapa India terlalu banyak batu?" Terpacul soalan itu daripada mulut Daeng Me Nam Bun. Daeng Chen Lak menyiku saudaranya. Zhang Daeng dan Sultan Mudzaffar Shah saling berpandangan dengan telatah anak-anak Zhang Daeng.

      Sedang kesemua Putera-Putera dari timur dan barat itu berdebat...Zhang Daeng dan Sultan Mudzaffar Shah meninggalkan mereka. Kapal layar Phinisi telah menyusur memasuki Sungai. Kapal layar mereka berlayar meninggalkan lautan luas yang terbentang. Saat itu matahari mula terbenam.

      Peperangan yang berlaku di Selat Melaka masih berterusan tanpa hentinya. Bumi Melaka mengalami kemusnahan buat kali ke berapa...sudah tidak dapat dibilang dengan jari lagi. Sejak zaman Portugis sehingga ke zaman Belanda Bumi Melaka sering dihujani peluru dan meriam. Selat Melaka di selubungi asap dan api yang membakar kapal-kapal perang di sana sini. Ia menjadi hangus dan karam di lautan. Mungkin tidak bersisa walau sebagai tukun ikan. Segalanya hancur dan hangus dibedil peluru Meriam sesama sendiri. Melaka menjadi mangsa rebutan dan dendam bangsa asing. Sedang pemilik tunggalnya telah berlayar keluar dari perairan Nusantara mencari cucu kesayangannya yang diculik!

      Malam itu Melaka telah ditawan Maharaja Ong Maha Perita Deria dan tenteranya. Jelaslah Melaka ditawan Langkasuka! Malah Orang-orang Siam berjaya menyuntik api kemarahan dalam hati Maharaja Ong Maha Perita Deria demi untuk membalas dendam terhadap Belanda kerana kematian orang-orang mereka di Goa. Malah ketidakpuasan hati mereka dengan penipuan Alfonso tidak akan padam selamanya.

        "Di mana Jeneral Belanda itu?!!" Soal Maharaja Ong apabila baginda telah tiba dipinggir pantai Melaka. 

       "Orang-orang Belanda telah meninggalkan Melaka. Mereka berundur ke Johor-Riau!" Jawab Jeneral Perang Siam. Maharaja Ong Maha Perita Deria berjalan memasuki kawasan pinggir pantai dan pelabuhan yang telah hancur dibedil peluru meriam. Beberapa buah bangunan diatas bukit berhampiran masih lagi tegak berdiri di samping tembok yang tinggi.

       "Kita harus memburu orang-orang Belanda. Perang ini belum tamat! Mereka adalah puncanya anakanda beta Raden Putra hilang dan isterinya diculik!" Tegas Maharaja Ong apabila teringatkan kedua orang anak angkatnya itu.

    "Andai itu kata Maharaja, kami sedia bersekutu dengan Tuanku dan membantu menyingkirkan Belanda dari Kepulauan Nusantara ini!" Balas Jeneral Besar Siam.

       "Baguslah jika orang-orang Siam bersedia mengikut Beta. Penggabungan tentera beta bersama orang-orang Siam akan menjadikan kita lebih kuat untuk menyingkirkan Belanda!" Kata Maharaja Ong Maha Perita Deria dengan penuh yakin.

      "Itu benar! Tapi jangan lupa janji Tuanku !!! Kita telah bersetuju dengan penggabungan ini untuk menggabungkan Langkasuka dan Siam menjadi satu. Termasuk rancangan kita untuk mengambil alih Pattani. Persetujuan kita adalah untuk menubuhkan Kerajaan Dibawah Kuasa Tentera Chola! Tentera Chola akan menjadi kuat di Langkasuka dan Siam!!!!" Tegas Jeneral Besar Siam. Maharaja Ong Maha Perita Deria terdiam. Menguasai Pattani?!!!! Bermakna baginda terpaksa bermusuh dengan anakandanya sendiri Raden Putra @ Raja Sakti!

        "Beta tidak bersetuju untuk menguasai Pattani! Selain dari itu kita boleh berbincang" balas Maharaja Ong Maha Perita Deria penuh helah. Jeneral Besar Siam menoleh ke arah Maharaja Ong Maha Perita Deria. Keningnya dirapatkan. Kata-kata Maharaja Ong Maha Perita itu seperti menyembunyikan sesuatu....adakah Maharaja itu mempunyai hubungan dengan Kerajaan Pattani???

         "Tuan, tentera Siam telah mara memasuki Johor Riau dan Kerajaan Phang! Kami telah bersedia untuk menyerang jajahan kecil dibawah naungan Melaka!" Beritahu salah seorang tentera Siam. Maharaja Ong Maha Perita Deria merenung tajam ke arah Jeneral Besar Siam.

         "Kenapa perlu kita usik Kerajaan Kecil dibawah naungan Melaka?!!!! Itu bukan persetujuan kita!" Marah Maharaja Ong.

       "Itulah tujuan kita untuk menubuhkan Tentera Chola yang kuat. Tuanku sudah lupa persetujuan kita tentang "Chola'" bidas Jeneral Besar Siam.

       "Cis!!!!!Kalian cuba membuat tipu helah dengan beta!!!!!Jajahan kecil Melaka tidak ada kene mengena dengan pembentukan Tentera Chola!!!!Kalian cuba memerangkap beta!!!" Jerit Maharaja Ong Maha Perita Deria dengan kuat.  Jeneral Besar Siam terkejut dengan kemarahan Maharaja Ong.

        "Genghis Khan!!!! Arahkan tentera kita berundur dari jajahan kecil Melaka!" Perintah Maharaja Ong tegas. Jeneral Besar Siam mendekati Maharaja Ong. Perlahan-lahan orang Siam itu berbisik.

        "Genghis Khan telah diarahkan pulang ke Langkasuka!" Jeneral Besar Siam itu tersenyum sinis. Maharaja Ong Maha Perita Deria terperangkap. Jeneral Besar Siam itu telah berlalu pergi bersama ke semua tenteranya.

         Dari kejauhan tentera Siam mula memasuki setiap pelosok kerajaan kecil dibawah naungan Melaka!

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now