Bab 44

326 17 0
                                    

      Tuah sungguh terkejut apabila menerima perutusan dari Putera Zhang Daeng Berlima. Datuk Bendahara Perak telah mati dibunuh Alfonso!

          "'Cis!!!!Mereka bunuh Bendahara beta!!!" Sultan Mahmud Shah sungguh murka. Baginda bercekak pinggang merenung Kota Belanda di atas Tanah Melaka yang dilitupi debu-debu dan asap. Ia telah runtuh bermandikan darah.

        "Benar Ayahanda, Datuk Bendahara Perak telah mati dibunuh oleh orang-orang Belanda. Anakanda bimbangkan Puteri Buih!" Kata Tuah pula.

        "Bagaimana dengan Raden Putra dan Sultan Mudzaffar Shah? Ada perkhabaran daripada mereka?" Soal Sultan Mahmud Shah.

         "Anakanda tidak tahu, ayahanda. Selepas mereka memasuki Kota Belanda anakanda terputus hubungan dengan mereka" Jawab Tuah.

       "Kita ikut Phinisi! Mereka telah berlayar memasuki Sungai Linggi!" Perintah Sultan Mahmud Shah sebelum masuk ke bilik beradu baginda. Tuah menurut perintah Sultan Mahmud Shah lalu mengarahkan Nakhoda di bilik Kemudi berpatah balik ke Kuala Sungai Linggi. Mereka tidak jadi menaiki daratan di Pelabuhan Melaka.

        "Tuah, Zhang Daeng mengirimkan peti itu untuk Sultan Mahmud Shah" Beritahu Laksamana Kasturi yang tiba-tiba muncul bersama Laksamana Lekir. Mereka berperahu selepas Tuah mengarahkan anak kapal kembali ke Kapal kerana 'Mendam Berahi' akan berlayar mengikuti Kapal Phinisi.

        "Apa isinya?" Soal Tuah memanjat pemegang dek kapal. Dia meneropong Kapal Phinisi milik Maharaja Zhang Daeng.

           "Kami tidak pasti, Tuah" Jawab Lekir.

           "Kalau begitu bukakan peti ini!" Arah Tuah membongkok sambil memeriksa peti kayu yang besar itu.

           "Kami tidak ada kuncinya. Kata Zhang Daeng, kunci pendua peti ini  ada pada Tuanku Sultan Mahmud Shah" Balas Lekir. Tuah tidak jadi membuka peti kayu itu. Dia menoleh ke bilik beradu Sultan Mahmud Shah di belakang kapal. Tuanku sedang beristirehat di dalam bilik beradu baginda. Tuah pula, masih banyak tugas di atas Kapal 'Mendam Berahi'.

       "Kalian berdua hantarkan peti ini kepada Tuanku. Aku akan menyusul kemudian" Arah Tuah. Kasturi dan Lekir bersetuju. Mereka berdua meninggalkan Tuah bersama orang orangnya. Peti itu diusung menuju ke bilik Sultan Mahmud Shah.

       Selepas membuka peti kayu itu, Tuanku Sultan Mahmud Shah sungguh terkejut kerana mayat Datuk Bendahara Perak berada di dalam nya. Baginda sungguh murka! Bertambahlah sakit hati baginda apabila melihat betapa ngerinya jenazah Datuk Bendahara Perak.

        "Sungguh kejam perlakuan orang-orang Belanda. Mereka semakin berani dengan kita!" Titah Sultan Mahmud Shah berdiri di atas dek hadapan Kapal. Seluruh pembesar dan Laksamana berkumpul di situ.

      "Ampun Tuanku, kami semua sanggup berperang dengan Belanda secara habis-habisan walaupun nyawa kami terkorban!" Kata Kasturi dengan tegas diikuti sorakan orang-orangnya.

      "Beta bimbangkan cucu beta!! Mereka tidak boleh dipercayai! Puteri Buih harus diselamatkan dengan segera!" Luah Sultan Mahmud Shah.

        "Anakanda pasti akan selamatkan Puteri Buih. Usahlah Ayahanda bimbang. Kita akan mengikut Kapal Phinisi mengejar Kapal Alfonso di Sungai Linggi!" Kata Tuah menenangkan Sultan Mahmud Shah.

        "Beta sanggup berlayar ke hujung dunia sekalipun, asalkan darah daging beta akan bersama beta semula!" Tegas Sultan Mahmud Shah.

        "Jika kita berlayar mengejar Kapal Alfonso, bagaimana Kerajaan Johor-Riau, Tuanku? Jambi telah mengambil alih Istana Kota" Tanya salah seorang pembesar baginda. Sultan Mahmud Shah diam seketika. Dia mundar mandir dihadapan para pembesarnya.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now