Bab 30

418 15 0
                                    

     

      Sebenarnya Raden Putra tidak tahu apakah benar keputusan yang dilakukannya. Sekelip mata sahaja dia sanggup menukar agama kerana seorang Puteri yang dikasihi. Raden Putra terus memikirkan helah agar apa yang dilakukannya itu tidak diketahui oleh ayah angkatnya Maharaja Ong. Dia bingkas bangun daripada pembaringan yang empuk. Lalu langkah kaki diatur ke kiri dan ke kanan.

      Raden Putra mundar mandir kerana keresahan hati.

      "Tuanku tak tidur lagi?" Sapa Puteri Buih. Dia baru muncul dari pintu bilik beradu. Mata Raden Putra membulat melihat kemunculan Tuan Puteri itu. Kedinginan malam sedikit terubat apabila matanya menangkap sekujur tubuh seorang gadis dihadapannya.

       "Sejak dahulu aku minta jangan panggil aku Tuanku. Mungkin Puteri dah lupa.. panggilan itu akan memisahkan perasaan kita" Tegur Raden Putra.

       "Puteri menghormati suami Puteri, salahkah?" Soal Puteri Buih menghulur segelas susu kepada Raden Putra.

      "Tak salah. Tapi aku tak suka.."Jawab Raden Putra. Mata mereka bertentangan. Raden Putra menarik tangan Puteri Buih.

         "Puteri, aku mahu kau tahu yang aku amat mencintaimu. Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu" Beritahu Raden Putra.

           "Tuanku kelihatan bersungguh. Usahlah Tuanku bimbang, perasaan Puteri juga begitu terhadap Tuanku. Tapi bagaimana jika ayahanda Tuanku tidak dapat menerima Puteri sebagai menantunya?" Soal Puteri Buih lalu melepaskan tangannya daripada genggaman Raden Putra.

        "Percayalah...walau apapun terjadi, aku berjanji tak akan membenarkan perkara itu berlaku.."Ujar Raden Putra memegang bahu gadis itu.

       "Baiklah, Puteri percayakan Tuanku. Selepas majlis bersanding, Puteri bersedia mengikut Tuanku ke Langkasuka. Tetapi izinkan Puteri membawa Sultan Mudzaffar Shah bersama Puteri" Pinta Puteri Buih secara tiba-tiba. Raden Putra tersentak. Dia terdiam seketika memikirkan hal itu. Wajarkah dia menurut kemahuan Puteri Buih sedangkan dia tahu ayahandanya mempunyai persengketaan dengan Sultan Mudzaffar Shah.

       "Aku takut ayahanda akan murka jika mengetahui hal sebenar. Adalah lebih baik jika kita berdua sahaja yang pulang ke Langkasuka" Kata Raden Putra.

        "Puteri tak bersetuju!! Jika Tuanku gentar...biar Puteri sahaja berterus terang dengan ayahanda Tuanku" Tegas Puteri Buih. Raden Putra tahu Puteri Buih merajuk hati dengannya. Tetapi dia juga tahu gadis itu bukanlah gadis biasa. Puteri Buih mempunyai pendirian tegas dan juga seorang yang degil. Sedikit sifat Puteri Buih dimiliki daripada Nendanya, Sultan Mahmud Shah.

      "Bukan aku tak setuju! Tapi keputusan begitu akan melukai banyak pihak. Malah persengketaan tak akan berakhir"Kata Raden Putra berdiri di belakang Puteri Buih.

       "Tuanku sebenarnya takut...sedangkan Tuankulah Panglima Besar yang menguasai tentera utama. Ayahanda pasti tidak dapat melakukan apa-apa jika Tuanku memerintahkan Genghis Khan ke Phang bersama tentera yang lain" Balas Puteri Buih berpaling menatap wajah Raden Putra. Lelaki itu terdiam. Fikirannya buntu, tapi perasaan cinta dan kasihnya kepada gadis itu tidak berbelah bahagi. Dia menggenggam tangan Puteri Buih lalu mengusap-ngusapnya sehingga perasaan buntu bertukar menjadi asmara yang bergelora. Nafsu kelelakiannya tercabar melihat bibir indah Tuan Puteri yang berada di hadapannya. Tanpa diduga Raden Putra menyentuh bibir merah bak delima milik Puteri Buih.

             Ciuman itu langsung tidak dibalas gadis itu. Dia memalingkan wajahnya dengan hati yang sebal. Tetapi Raden Putra sedikit rakus menjalarkan bibirnya ke tengkuknya. Gerak laku Putera Mahkota Kerajaan Monggol itu adalah menginginkan tubuhnya. Tangan gadis itu ditarik ke katil beradu lalu dia merebahkan gadis itu perlahan-lahan.

       Puteri Buih membiarkan apa yang dilakukan oleh Raden Putra. Semua itu tak salah. Raden Putra telah memeluk Islam dan mereka berdua telah berkahwin. Apa yang salah adalah seluruh keluarga Raden Putra tidak tahu Putera Mahkota itu telah memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang Puteri dari Kepulauan Nusantara.

         Raden Putra keletihan bersama satu kepuasan yang tidak terhingga. Peluh jantan membasahi kulit tubuhnya yang gelap itu. Dia memandang Puteri Buih yang berpura-pura merapatkan kelopak mata. Raden Putra tahu, dia akan mempunyai masalah lebih besar lagi jika ayahandanya tidak bersetuju dengan perkahwinan itu kerana dia telah menanamkan benih di dalam rahim gadis itu. Tetapi dia tidak dapat menolak dan menahan keinginannya terhadap Puteri Buih. Lagi-lagi mereka telah dinikahkan. Dan mereka telah sah menjadi suami isteri.  Mereka juga telah berkawan sejak kecil lagi. Raden Putra benar benar mencintai gadis itu.

       Buat seketika nafsu mengatasi segalanya. Ia membuat Raden Putra dan Puteri Buih melupakan masalah yang bakal mereka hadapi. Mereka berdua mengulangi perbuatan sepasang pengantin baru sehingga berkali kali. Perlakuan mereka hampir ke subuh hari.

       Puteri Buih  sungguh merasa bahagia bersama lelaki yang dicintainya. Dia lupa seketika akan perbezaan adat keluarga diantara mereka berdua.

        Pagi itu Puteri Buih bergegas keluar dari bilik beradu mereka. Gadis itu membungkus sesuatu di atas katil. Raden Putra hanya memerhatikan perlakuan Puteri Buih.

      "Puteri nak ke mana? Tak mahu temankan 'abang'?" Tanya Raden Putra tiba-tiba.

        "Abang??" Soal Puteri Buih menjugkitkan keningnya.

        "Ya, itu panggilan yang Puteri akan panggil abang...bukan Tuanku lagi" Jawab Raden Putra tersenyum.

        "...hmmm..baiklah abang. Puteri akan panggil Tuanku dengan panggilan abang mulai saat ini" Kata Puteri Buih patuh atas permintaan suaminya.

          "Puteri belum jawab pertanyaan abang... Puteri nak ke mana?" Soal Raden Putra lagi.

         "Oh.. Puteri nak tunjukkan lapik tidur kita kepada Nenda" Jawab Puteri Buih.

         "Nak buat apa Puteri tunjukkan kepada Nenda. Buang sajalah. Dah kotor" kata Raden Putra ketawa.

          "Janganlah begitu. Abang tak tahu....Semua ni penting, adat dalam keluarga Diraja Puteri" balas Puteri Buih terus bangun membawa kain yang dibungkusnya

         "Kalau Puteri mempunyai adat keluarga...abang juga mempunyai adat keluarga. Puteri pun akan tahu jika kita pulang ke Langkasuka nanti" Tawa Raden Putra. Dia memerhatikan  gerak Lenggok pemergian isterinya. Hatinya benar-benar terpikat dengan Puteri itu. Dia tidak dapat melupakan saat manis mereka pada malam itu. Dia berharap mereka dapat mengulanginya lagi. Raden Putra tersenyum memandang ke luar Taman Istana sambil mengusap-ngusap pedang yang tersisip di pinggangnya.

       "Wah, Pagi-pagi lagi sudah tersenyum-senyum di taman. Cucunda menunggu siapa?" Sapa Sultan Mudzaffar Shah yang melalui susur gajah di hadapan bilik pasangan pengantin itu.

       "Oh, Nenda. Maafkan saya kerana tak perasan  Nenda tadi. Saya menunggu Puteri" balas Raden Putra.

       "Hmm..Nenda harap  cucunda Nenda berbahagia hendaknya. Jagalah Puteri Buih dengan baik. Dia adalah satu-satunya cucunda perempuan Sultan Mahmud Shah. Jika terjadi apa-apa padanya putuslah zuriat dan waris baginda" Pesan Sultan Mudzaffar Shah. Raden Putra tunduk. 'seperti mereka menyayangi Puteri Buih, malah dia lebih lagi' getus hatinya.

       "Baiklah Nenda. Saya berjanji akan menjaga Puteri Buih sehabis nyawa saya" kata Raden Putra. Sultan Mudzaffar Shah tersenyum.

       "Kalau begitu ayuh ikut Nenda bersantap bersama. Banyak lagi yang Nenda ingin ceritakan kepada cucunda.." Ajak Sultan Mudzaffar Shah.

         "Baiklah Nenda" Raden Putra menurut ajakan Sultan Mudzaffar Shah. Lalu mereka berdua berjalan beriringan. Puteri Buih tersenyum di sebalik pohon bunga melur. Dia berasa bahagia melihat Raden Putra berbual mesra dengan Sultan Mudzaffar Shah. Puteri Buih berharap hubungan Raden Putra dan Sultan Mudzaffar Shah kembali pulih. Mereka bukanlah orang lain. Anak saudaranya juga, bisik Puteri Buih di dalam hati.

      

      

      

        

          
     

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now