Bab 46

278 16 0
                                    

      Puteri Buih dan Da Vinci berpaut pada tali yang diikat pada kapal 'Mendam Berahi'. Mereka bergayut dengan berhati-hati.

          "Mana Duyung itu!!!!" Jerkah Alfonso apabila dia melihat beberapa orang tentera Belanda yang berkawal di hadapan bilik Puteri Buih tergolek di atas lantai kapal. Muka mereka ditampar berkali-kali tetapi tidak seorang yang sedarkan diri.

          "Tuan Jeneral!! Duyung itu tiada dalam bilik!" Beritahu salah seorang tentera Belanda yang mengikutinya.

        "Huh!!! Tak boleh harap! Cepat cari Duyung itu!"Marah Alfonso. Beberapa orang tentera Belanda cepat berbaris dan meninggalkan Alfonso.

        "Tuan bagaimana dengan orang-orang Melayu itu???"Soal seorang tentera lain pula sambil menundingkan jari kepada pengikut Tuah yang masih bertempur dengan tentera Belanda di atas kapal mereka.

        "Tembak mereka!" Arah Alfonso menghentak tongkatnya dengan geram.

        "Kami telah menembaknya, Tuan. Tapi pelurunya tidak mahu meletup!" Adu tentera Belanda itu lagi.

         "Apa?" Alfonso sungguh terkejut dan dia berasa pelik.

            Sementara itu Puteri Buih telah sampai di atas Kapal 'Mendam Berahi' bersama-sama Da Vinci. Beberapa orang hulubalang Melayu menyelamatkannya dengan menarik Puteri Buih dan Da Vinci ke atas Kapal 'Mendam Berahi'.

         "Pakcik!!!!" Jerit Puteri Buih. Tuah yang berada di atas kapal Belanda segera menoleh.

           "Raden Putra! Ayuh kita kembali ke kapal. Puteri Buih telah selamat!" Ajak Tuah. Dia memberi isyarat kepada orang-orangnya supaya berundur. Sultan Mudzaffar Shah dan Raden Putra mencapai tali yang diikat pada tiang kapal Belanda. Mereka bergayut dengan laju dan melompat ke atas Kapal 'Mendam Berahi'. Kemudian seorang demi  seorang pengikut Tuah berjaya berpindah ke kapal 'Mendam Berahi'.

         Alfonso dan tentera Belanda menembak ke arah Kapal 'Mendam Berahi'. Peluru Meriam memecahkan dinding kapal. Beberapa orang Panglima Melayu membalas dengan menembak Kapal Belanda. Sasaran itu mengena bilik kemudi Kapal Belanda. Kapal Belanda terhuyung hayang dipukul pusar air.

        "Raden Putra, hamba perlukan 7 Pahlawanmu!" Jerit Tuah. Raden Putra yang sedang memeluk Puteri Buih melepaskan pelukan mereka. Dia dan 7 orang pahlawannya segera menghampiri Tuah.

          "Mereka di sini, pakcik" Beritahu Raden Putra. Ketujuh orang Pahlawan Kerajaan Monggol itu berbaris di hadapan Raden Putra.

         "Hamba mahu mereka menarik tali yang diikat Zhang Daeng pada batu di sana"Ujar Tuah sambil menundingkan jarinya ke arah tali yang terikat pada batu yang hampir ke pinggir muara Sungai Linggi.

        "Tapi pakcik, jika batu itu jatuh kita akan karam!" Tegas Raden Putra. Dahinya berkerut.

        "Jika batu itu jatuh, potong tali itu. hamba mahu kita keluar dari pusar air ini!" Balas Tuah.

        "Baik Pakcik" Raden Putra akur memberi arahan kepada panglimanya untuk menarik tali yang di ikat pada batu dan bersambung dengan kapal Phinisi. Kapal 'Mendam Berahi' mula bergerak dan menjauh dari pusar air hitam.

          Sultan Mahmud Shah bingkas keluar dari bilik kemudi apabila dia mendapati 'Mendam Berahi' telah menyasar laluan keluar dari pusar air hitam itu. Baginda sungguh terkejut melihat Puteri Buih telah selamat dan berada bersama adindanya Sultan Muzaffar Shah. Baginda segera mendapatkan Puteri Buih. Dua beranak itu berpelukan. Baginda Sultan Mahmud Shah sungguh bersyukur kerana cucundanya telah kembali ke pangkuannya.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now